Ahad, 11 Januari 2009

INTERNET, WEB HOSTING & CUBIEX...


Apakah yang anda fahami apabila anda ditanyakan akan definisi untuk istilah Nama Domain dan Web Hosting ? Apakah anda mampu memberikan jawapannya mengikut kefahaman anda sendiri.

Jumlah pengguna internet di seluruh dunia bertambah setiap hari. Di Malaysia sahaja, menurut statistik yang dikeluarkan pada National IT Council (NITC) pada Disember 2005, pengguna internet di Malaysia adalah seramai 10,040,000 orang. Merupakan jumlah yang terbesar dan teratas, jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain dari kelompok Asean. Dan jumlah itu sudah pasti bercambah berkali-kali ganda hingga ke saat ini.

Namun begitu, dengan jumlah yang begitu besar pengguna-pengguna yang celik IT ini, berapa ramaikah agaknya yang mengetahui secara asas mengenai internet, nama domain dan web hosting ini. Sebagai pengguna, saya rasa wajar juga untuk kita mengetahui serba sedikit bagaimana internet ini berfungsi. Maka tidaklah kita menjadi pengguna yang buta.

Untuk itu, sejajar dengan fungsi blog saya ini sebagai sumber maklumat asas untuk perniagaan dan pendapatan sampingan dari internet, saya ingin memperkenalkan beberapa istilah asas yang wajar untuk anda ketahui :

Internet
Perkataan internet adalah kependekan dari Inter-Network. Internet membawa maksud, jaringan atau perhubungan di antara satu komputer dengan komputer-komputer yang lain untuk tujuan perkongsian maklumat, dengan menggunakan satu kaedah atau protokol yang diberi nama Transmission Control Protocol/Internet Protocol (TCP/IP), atau pun Protokol Kawalan Tranmisi/Protokol Internet.

Nama Domain
Nama Domain ialah nama laman web yang anda daftarkan di internet. Di dalam kehidupan, khususnya di dunia moden ini, apa sahaja yang kita miliki secara sah, perlu kita daftarkan dengan pihak tertentu, yang berautoriti mengenainya, sebagai bukti ianya adalah miliki kita. Manusia yang baru dilahirkan, perlu didaftarkan kelahirannya. Kereta yang kita beli, perniagaan yang anda usahakan, semuanya memerlukan pendaftaran untuk membuktikan ianya adalah milik anda. Maka begitu jugalah dengan laman web anda di internet. Tidak kiralah sama ada laman web tersebut untuk tujuan perniagaan, persatuan, mahu pun blog peribadi. Nama domain anda juga akan menjadi ‘papan tanda’ dan alamat kepada laman web anda apabila diletakkan pada URLnya nanti.

Web Hosting
Merupakan tempat pada server internet di mana kesemua fail dan dokumen untuk website anda diletakkan, juga memberi maklumat jumlah bandwidth, jumlah ruangan pada server dan akaun-akaun database.

Sebagai memudahkah pemahaman, saya umpamakan hosting sebagai tapak kepada ‘premis’ anda di internet. Tidak kira apa pun tujuan sesebuah laman web itu dibangunkan, ianya memerlukan ‘tapak’ untuk membolehkan laman tersebut beroperasi. Jika laman web anda adalah laman web perniagaan, maka ianya bagaikan tapak kedai anda. Atau kiranya laman web tersebut menjalankan operasi perbankan, maka hosting tersebut boleh diandaikan sebagai premis bank di internet yang berurusan secara online. Maka bolehlah disimpulkan bahawa, web hosting itu diseumpamakan sebuah kompleks perniagaan yang menyediakan lot-lot kedai untuk disewakan.

Web hosting disedia dan dikendalikan oleh syarikat yang khusus di dalam menyewakan hosting. Saiz ruang yang hendak anda sewa adalah bergantung kepada kemahuan anda, berdasarkan saiz laman web anda. Ianya diukur dengan sukatan Megabyte (Mb) .

Web design
Web design ditakrifkan sebagai aktiviti atau kerja-kerja pembinaan dan merekabentuk sesebuah laman web. Ianya memerlukan perisian-perisian tertentu seperti Fontpage, Dream Weaver, CMS dan berbagai lagi perisian sokongan yang lain. Maka profesion membuat rekabentuk web itu pula dinamakan sebagai Web Designer.

Kesimpulannya, jika anda melayari internet, tidak dapat tidak anda akan mengunjungi sesebuah laman web. Dan laman web ini hanya boleh anda kunjungi jika ianya mempunyai nama domain yang terdaftar, dan apabila ianya berada di web hostingnya.

Apa pula Cubiex ?



Jika anda sudah memahami apa yang dikatakan Nama Domain dan Web Hosting sebagaimana yang telah dijelaskan di atas tadi, maka Cubiex.com pula adalah merupakan syarikat yang membekalkan perkhidmatan sewaan hosting, dan pendaftaran untuk Nama Domain.

Perkhidmatan hosting di Cubiex.com disediakan oleh XPOD NETWORK, sebuah syarikat yang telah diasaskan sejak 2007. Dengan Cubiex, anda tidak perlu lagi merasa khuatir, kerana penempatan laman web anda di Cubiex akan diselenggarakan dengan baik dan dipantau sepanjang masa. Ini adalah janji dan jaminan pihak syarikat.

Di antara pakej yang ditawarkan oleh Cubiex ialah Shared Hosting, Reseller Hosting, Virtual Private Server (VPS) Hosting. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej-pakej ini serta ciri-ciri yang ditawarkan bagi setiap pakej terus dari laman web Cubiex.com. Sudah pasti ada satu yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet anda. Ini kerana, sebagaimana motto perkhidmatan syarikat ini; “Affordable Doman & Web Hosting”, Cubiex menawarkan harga pakej pada kadar yang mampu dimiliki.

Berita baik untuk anda ! Kini Cubiex sedang menawarkan satu tawaran menarik untuk anda. Dengan menyertakan Kod Kupon berikut : ARTCT09, anda layak untuk mendapatkan Nama Domain pada harga RM25.00 (setahun) dengan setiap pembelian pakej web hosting, beserta bonus 50% ekstra untuk bandwith dan database.

Tiada ulasan: