Jumaat, 28 November 2008

EBOOK SENSASI : PANCUTKAN ISTERI ?

Di dalam pos yang lalu, saya telah mengkongsikan dengan anda beberapa produk yang berkaitan dengan aktiviti hubungan intim di antara suami isteri. Ianya hanyalah untuk mereka yang memerlukannya sahaja. Samada mereka yang mempunyai masalah dalam hal tersebut, atau pun kepada anda yang berhajat untuk menambahnilai kepada ‘keupayaan’ diri anda.

Hari ini saya ingin berkongsi satu produk lagi. Kali ini bukanlah berbentuk bahan ransangan yang bersifat fizikal. Ia lebih kepada pengetahuan. Saya sering menyatakan di blog ini, dan anda pasti bersetuju mengenainya, bahawa apa pun pekerjaan yang ingin kita lakukan, hasilnya akan pasti lebih cemerlang jika kita melakukannya di dalam keadaan yang berilmu. Ini tidak terkecuali di dalam hal hubungan asmara atau atau sanggama.

Oleh itu untuk kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda sebuah ebook yang menyorot mengenai perkara tersebut. Ebook tersebut berjudul ‘Pancutkan Isteri’. Melihat kepada judulnya sahaja, saya sendiri telah berfikir beberapa kali untuk menyiarkannya di sini. Saya khuatir ada di kalangan anda yang merasa tersinggung dengan maksud judulnya yang sangat berterus terang.

Walau bagaimana pun, saya merasakan di dalam membicarakan soal hubungan mesra suami isteri ini, memang kita tidak dapat lari untuk bersikap berterus terang. Cumanya, jika di dalam keadaan dan suasana yang terbuka, maka kita haruslah menggunakan bahasa yang sedikit bersopan. Namun, jika anda membaca maklumat yang diberikan di laman web penulis ini, tidaklah keterlaluan sangat. Begitu juga bahasa yang digunakan di dalam ebook tersebut. Cuma judulnya sahaja yang agak sensasi bunyinya. Mungkin salah satu dari strategi perniagaan beliau agaknya!.

Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai kandungan ebook ini. Lagi pula saya bukanlah pakar mengenainya. Jika anda berminat, sila dapatkan maklumat lanjut langsung dari laman web penulisnya : PancutkanIsteri.com

Ebook ini khabarnya, telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Mungkinkah ianya ebook berbahasa Melayu yang paling laris di Malaysia untuk tahun 2008 ini ?

Jika anda ingin menambah ilmu, dan jika anda inginkan kelainan yang ketara dari malam-malam yang sebelumnya, dapatkanlah segera ebook ini ! Mudah-mudahan kasih sayang anda suami-isteri semakin erat...


Ahad, 23 November 2008

MANTAPKAN PERSEDIAAN BATIN ANDA !

Saya telah menulis dan berkongsi maklumat dengan anda dengan pelbagai bentuk persediaan kepada yang bakal mendirikan rumahtangga. Sebenarnya tidaklah terkecuali kepada anda yang sudah pun berumahtangga. Ini kerana, ada di antara produk-produk yang saya perkenalkan di sini masih lagi relevan untuk anda yang sudah pun berumahtangga.

Setiap orang yang mendirikan rumahtangga itu, berkemungkinan dengan niat dan tujuan yang berbeza. Ada orang yang berkahwin bertujuan untuk mencari ketenangan hidup, memantapkan ibadah, mengejar keredhaan Allah, dan mencontohi sunnah Rasulullah. Ada pula yang berkahwin untuk menyempurnakan perasaan cinta, kasih dan sayang pada pasangan kekasihnya. Tidak kurang juga ada yang berkahwin untuk tujuan melampiaskan dorongan syahwatnya.

Semua sebab di atas adalah sebab yang wajar untuk seseorang itu berumahtangga. Namun, adalah lebih beruntung menyatukan kesemua tujuan tersebut untuk menjadikan kehidupan kita lebih sempurna.

Perkahwinan di atas tujuan untuk menyempurnakan kehendak nafsu syahwat mungkin boleh dianggap sebagai sebab yang sangat sempit. Namun ianya adalah lebih baik dari melakukannya diluar kehendak agama. Aktiviti seksual sesama suami isteri adalah merupakan rahmat dan nikmat kurniaan Allah ke atas hambanya. Ianya mampu menjadi pengerat kasih sayang di antara suami dan isteri. Oleh itu, janganlah dikesampingkan, atau diremehkan keperluan ini. Akan tetapi, saya pasti, tidak ada pasangan suami isteri yang mengenepikan perkara ini. Jika ada orang yang sanggup berzina untuk menikmati kesedapan yang amat abstrak ini, kenapa pula kita yang sudah pun berada pada landasan yang halal ?

Apa yang menjadi persoalan, mungkinkah aktiviti seksualiti anda bersama pasangan anda sudah mencapai tahap kualiti yang tertinggi ? Atau, sekadar ‘melepaskan batuk ditangga’ sahaja ? Kata pepatah; ‘menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’. Melakukan sesuatu itu, biarlah dengan bersungguh-sungguh, dan kita akan mendapat kepuasan yang maksima dari apa yang kita kerjakan.

Atas tujuan itu, bersama-sama tulisan saya pada pos kali ini saya ada menyelitkan beberapa produk yang mungkin boleh membantu menyempurnakan keperluan anda. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai produk-produk tersebut. Anda sendirilah yang membuat penilaian dan keputusan. Klik sahaja pada imej produk, dan anda akan di bawa ke laman web yang berkaitan.

Ahad, 16 November 2008

HADIAH ISTIMEWA BUAT SANG ISTERI...

Telah menjadi satu kelaziman di dalam musim kenduri perkahwinan, ialah amalan saling memberi hadiah di antara satu sama lain. Para tetamu datang dengan hadiah yang pelbagai rupa, atau sekurang-kurangnya dengan unjukan sejumlah wang, sebagai meraikan kegembiraan tuan rumah. Sementara tuan rumah pula, tidak akan membiarkan para undangannya pulang dengan tangan kosong. Sedikit sebanyak, akan dibekalkan dengan bunga telur, atau cenderamata lainnya sebagai tanda kenangan untuk dibawa pulang.

Begitu juga halnya dari pihak kedua belah pengantin. Istilah yang selalu didengar untuk pemberian seumpama ini dinamakan sebagai ‘hantaran’. Diantara perkara yang menjadi kelaziman sebagai isian dulang hantaran itu ialah persalinan pakaian, barangan kemas, atau pun makanan.

Kenapa tidak, didalam mencari kelainan, dan didalam menyatakan perasaan kasih dan sayang kepada bakal isteri, kita keluar sedikit dari kebiasaan itu. Kasih sayang tidak seharusnya diukur dengan nilai kebendaan semata-mata. Ketenteraman rohani, adalah asas yang lebih kukuh di dalam memastikan kebahagian rumahtangga. Dan didalam mencapai keteguhan rohani itu, ibadah yang sempurna adalah akarnya. Sementara ibadah yang sempurna pula memerlukan ilmu yang secukupnya.

Buku “Hadiah Buat Muslimah : Panduan Asas Fiqah Wanita” mungkin hadiah atau ‘hantaran’ yang terbaik buat bakal isteri anda, disamping barang-barang hantaran yang sedia ada. Jika anda secara peribadi mengakui hakikat diri, bahawa anda tidak mampu membimbing bakal isteri anda, walau pun sekadar di dalam perkara-perkara asas ibadah harian, maka mengapa tidak menjadikan buku ini sebagai hadiah pertama buat bakal isteri anda.

Buku ini disusun oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, seorang pendakwah bebas yang terkemuka, serta dibantu oleh Ida Ezyani Othman. Ianya mengandungi sebanyak 11 bab semuanya, yang mencakupi : Islam dan Wanita, Wanita dan Bersuci, Wanita dan Solat, Wanita dan Puasa, Wanita dan Zakat, Wanita dan Haji, Wanita dan Perkahwinan, Wanita dan Pergaulan, Wanita dan Perhiasan, Wanita dan Kewajipan Dalam Islam, dan Perbezaan Wanita Islam dan Agama Lain.

Jika dilihat pada judul-judul bab di atas, ianya sudah amat mencukupi sebagai keperluan asas (fardhu ain) untuk melakukan ibadah bagi seseorang muslimah. Buku ini amat sesuai untuk semua peringkat umur, dan tidak mengira apa pun status anda, sama ada anda seorang remaja, isteri, ibu, mahu pun nenek. Ianya juga sesuai untuk dijadikan sebagai teman setia untuk dibawa kemana-mana, sepanjang perjalanan, dan di sepanjang kehidupan.

Kepada anda yang berminat untuk memiliki buku ini, ianya boleh didapati di kedai-kedai buku terkemuka, atau untuk lebih mudah, pesan sahaja secara online di AdikBijak.com

Isnin, 10 November 2008

CENDERAMATA UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN


Telah menjadi resam kepada rakyat Malaysia, khususnya dari kalangan masyarakat Melayu, memberikan cenderamata sebagai buahtangan untuk dibawa pulang kepada tetamu yang hadir di majlis kenduri perkahwinan mereka. Bunga Telur adalah merupakan cenderamata yang sangat sinonim dengan majlis perkahwinan masyarakat Melayu.

Namun begitu, peredaran masa dan kreativiti manusia, serta keinginan untuk melihat majlis perkahwinan mereka dilihat lain dari yang lain, maka pemberian alangan ini telah dipelbagaikan. Maka timbullah pelbagai produk baru seperti bunga sabun, bunga lilin, ‘towel gift set’, kek cawan, dan seumpamanya. Pemberian-pemberian yang seumpama ini bukan sahaja menarik, malah ianya juga boleh digunakan kembali sebagai hiasan rumah, atau sebagai koleksi peribadi bagi mereka yang suka mengumpul barangan cenderamata.

Untuk pos kali ini, saya ingin memperkenalkan kepada anda satu lagi bentuk cenderamata yang tidak kurang menariknya iaitu dari produk tembikar. Ianya bukanlah sesuatu yang baru, kerana tembikar telah melalui sejarah yang panjang di negara kita ini. Namun fungsi dan keperluan kepada produk tembikar ini sudah pastinya berbeza jika dibandingkan di antara zaman dahulu dan kini.

Kepada anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk tembikar sebagai cenderamata perkahwinan, sila klik pada foto di bawah. Mudah-mudahan pemaparan ini akan memberikan anda lebih pilihan untuk anda membuat keputusan.



Produk-produk tembikar yang saya perkenalkan di sini adalah hasil usaha anak tempatan, khususnya dari kalangan usahawan desa. Ianya kini boleh didapati secara online melalui laman web Dunia Seramik.

Selain dari memberi kelainan kepada majlis perkahwinan anda, adalah diharapkan juga mudah-mudahan, pemilihan anda kepada produk ini akan dapat membantu memajukan lagi industri desa negara kita.

Rabu, 5 November 2008

BAGAIMANA MELANCARKAN MAJLIS PERNIKAHAN ANDA ?

Anda masih seorang teruna atau dara, yang bercita-cita untuk mendirikan rumahtangga ? Alhamdulillah, ianya adalah hasrat yang baik dan menepati fitrah kejadian. Saya katakan begitu kerana di akhir zaman ini terdapat ramai lelaki dan wanita yang keliru dengan identiti semulajadinya sendiri. Yang lelaki tidak menyedari bahawa dia adalah lelaki, sementara yang wanita pula malu menerima hakikat kejadiannya.

Untuk mendirikan rumahtangga sudah pastilah perlu kepada persediaannya. Apatah lagi kerana yang hendak ber‘kahwin’ itu adalah manusia, maka tentulah beban tanggungjawabnya adalah lebih berat berbanding dengan makhluk ‘mamalia’ yang lain. Ini kerana kita manusia dikurniakan akal, dan dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dunia ini.

Sejauh manakah persediaan kita untuk menghadapi saat itu, dan tanggungjawab itu ? Di dalam tulisan saya yang pertama dalam siri Selangkah Ke Alam Perkahwinan ini, saya telah menyorot kembali ebook Mas Kahwin Yang Hilang. Kandungan ebook ini adalah panduan mengatur perbelanjaan dan menjana pendapatan khusus untuk persediaan perkahwinan.

Menyediakan dana yang mencukupi untuk majlis perkahwinan adalah usaha yang baik dan sangat wajar, kerana untuk melangsungkan perkahwinan memerlukan belanja yang bukan sedikit.

Namun persiapan untuk perkahwinan dan alam rumahtangga bukanlah sekadar pada kekukuhan kewangan semata-mata. Jika itu menjadi sikap anda, saya rasa ianya bukanlah satu pandangan yang waras. Banyak perkara yang perlu disiapsiagakan. Jika anda seorang lelaki, maka persiapannya tentulah lebih lagi kerana tanggungjawab yang bakal anda pikul, kesannya bukannya sekadar di dunia ini, bahkan akan melangkaui ke alam lain nanti. Semua orang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, mempunyai anak-anak yang sihat, pintar dan berakhlak. Anak-anak adalah merupakan aset, yang bukan sahaja bakal menjaga kita di hari tua, bahkan juga yang bakal mendoakan kita, dan menghantar pahala kepada kita apabila kita sudah tidak berupaya menjana pahala kita sendiri.

Jika anda seorang yang akrab dengan masjid dan surau, dan sering menghadiri kuliah-kuliah agama, alhamdulillah, itu adalah merupakan persediaan dan pelaburan yang sangat bernilai. Namun jika sekiranya anda tidak berada di dalam kategori ini, sesuatu anjakan perlulah dilakukan. Mungkin anda tiada kesempatan masa, lantaran kesibukan urusan kehidupan, atau mungkin sememangnya anda sengaja mengelakkan diri dari program-program seumpama ini. Haruslah diingat, bahawa sebarang kebaikan yang kita harapkan dari orang lain, ianya harus bermula dari diri kita sendiri. Begitulah halnya, jika kita mengharapkan seorang isteri, dan anak-anak yang cemerlang, maka ianya harus bermula dari kita sebagai akar, atau sebagai idola kepada mereka.

Sebaik-baik kaedah menuntut ilmu adalah melalui proses berguru atau menghadiri kelas. Namun bagi sesetengah pihak, ianya mungkin menyulitkan. Satu pilihan lain yang boleh diusahakan, ialah melalui pembacaan. Ada banyak sumber bacaan yang boleh anda perolehi.

Sesuai dengan siri penulisan saya yang bertemakan ‘Selangkah Ke Alam Perkahwinan’ ini, saya ingin mencadangkan satu bahan bacaan yang khusus mengenai perkahwinan. Ianya di dalam format ebook, berjudul Rahsia Mudah Akad Nikah. Ebook ini telah disusun oleh saudara Meor Shukri.

Di antara kandungan menarik ebook ini ialah perancangan awal bermula 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan anda lagi. Perkara-perkara yang perlu anda lakukan di dalam tempoh enam bulan sebelum majlis perkahwinan anda. Dengan senarai semak ini, mudah-mudahan tidak ada lagi perkara-perkara yang terlepas dari pantauan anda yang mana mungkin akan mencacatkan majlis yang sangat bermakna itu.

Satu lagi isi yang sangat menarik dari ebook ini, yang menjadikan ianya masih relevan kepada mereka yang bakal melangsungkan perkahwinan di dalam waktu yang terdekat ini, ialah tips bagaimana menghadapi saat-saat yang mendebarkan kepada bakal pengantin lelaki, iaitu majlis akad nikah. Rasanya, ianya adalah igauan kedua bagi seorang lelaki selepas pengalaman berkhatan sewaktu kecil dahulu !

Penulis memperincikan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh kebanyakan pengantin lelaki, agar kesilapan yang sama tidak anda ulangi, disamping tip-tip berharga yang bakal membantu kelancaran anda. Selain itu, penulisnya juga memberi jaminan bahawa terdapat tip-tip yang dikongsikan beliau di dalam ebook ini yang tidak anda perolehi dari mana-mana kursus pra-perkahwinan !



Isnin, 3 November 2008

BAGAIMANA MERANCANG MAJLIS PERKAHWINAN ANDA ?

Saya amat pasti anda akan bersetuju bahawa, sesuatu perkerjaan yang dilakukan secara terancang itu, akan memberikan hasil yang lebih baik dan sempurna, berbanding jika sekiranya ianya dilakukan secara sambil lewa atau sekadar ‘melepaskan batuk ditangga’.

Maka begitu juga halnya di dalam melangsungkan majlis perkahwinan. Anda pastinya tidak mahu melihat majlis yang sangat istimewa bagi pasangan pengantin itu tercemar akibat dari ketidaktelitian anda merancang majlis.

Anda mungkin boleh mengambil jalan mudah bagi memastikan majlis perkahwinan ini terancang rapi dengan melantik perunding majlis perkahwinan. Namun ianya sudah pasti akan menuntut sejumlah perbelanjaan yang besar juga, sesuai dengan nilai kepakaran mereka.

Ada juga yang menyerahkan tanggungjawab ini sepenuhnya kepada ibubapa dan keluarga. Ini juga bukanlah sesuatu yang baik pada hemat saya. Perkongsian tugas itu mungkin wajar. Ianya boleh mengurangkan bebanan kita. Namun biarlah kita turut terlibat dalam merancang aktiviti ini, mudah-mudahan proses ini akan dapat membantu mematangkan kita.

Di zaman dahulu, jiran sekampung turut membantu menjayakan sesuatu majlis perkahwinan itu. Ianya bermula dari peringkat awal lagi. Permuafakatan diadakan bagi memastikan majlis berjalan lancar. Namun, perubahan cara gaya hidup masa kini, tidak memungkinkan nostalgia seumpama itu akan kembali.

Bagaimana untuk menjadikan majlis perkahwinan anda itu gilang gemilang pada kadar belanjawan yang anda mampu ?

Ebook Majlis Perkahwinan Impian mungkin jawapan yang tepat di dalam membantu merealisasikan impian anda. Ebook ini ditulis oleh Amalia Roslan, dari MajlisImpian.com.

Ebook ini amat sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang sederhana, tetapi masih menginginkan impak yang cemerlang dan gemilang. Beliau menjanjikan dengan menuruti 10 langkah praktikal yang beliau cadangkan, anda akan mendapat hasil yang sangat membanggakan untuk Majlis Perkahwinan anda.

Tidak sekadar itu, bersama ebook ini, anda akan turut mendapat beberapa pemberian lain lagi yang sangat membantu perancangan perkahwinan anda. Bonus yang dimaksudkan itu ialah; Buku Gerak Kerja, Pengurus Bajet, dan Pengurus Tetamu.

Pernahkah anda terfikir untuk melakukan semua ini secara kendiri, dengan penuh rapi dan bersistematik ? Anda boleh !