Selasa, 12 Februari 2008

APA ITU MRR, RR & PLR ?

Di dalam pos yang lalu, saya telah menyebut secara sepintas lalu mengenai Produk Master Resell Rights atau MRR. Saya juga pernah menulis serba sedikit mengenai definisi Master Resell Rights ini di peringkat awal blog ini. Selain dari produk MRR ini, terdapat dua lagi istilah penting yang berkaitan dengan produk di dalam perniagaan digital ini. Istilah yang saya maksudkan itu ialah Resell Rights (RR), dan juga Private Label Rights (PLR).

Bagi mereka yang senior di dalam perniagaan internet, istilah ini tentunya sudah begitu mesra dengan mereka. Namun bagi anda yang masih baru, tentunya tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan istilah-istilah tersebut ? Ini adalah pengalaman yang saya sendiri lalui.

Bagi menjadikan blog ini sebagai sumber rujukan yang lengkap kepada para newbie, wajar rasanya saya menyenaraikan kembali istilah-istilah tersebut di sini, berserta dengan definisinya sekali. Mudah-mudahan, ianya dapat membantu ‘pendatang baru’ ke alam perniagaan internet ini lebih memahaminya.

1. Master Resell Rights – Pembeli produk jenis ini diberikan kuasa dan kebenaran, oleh pencipta atau pemilik asal produk tersebut, untuk menjual semula produk tersebut berserta dengan lesen jualan semula. Lesen jualan semula ini boleh jadi dalam bentuk MRR juga, atau mungkin hanya sekadar Resell Rights sahaja. Keuntungan dari jualan produk ini adalah milik anda 100%. Ada sesetengah penjual mengeluarkan lesen MRR ini kepada jumlah tertentu sahaja. Ini adalah bertujuan untuk mengawal pasaran agar tidak menjadi terlalu tepu. Sebagai contoh, ebook berbahasa Melayu, pasarannya tentulah terhad di sekitar Malaysia atau seluas Nusantara sahaja. Oleh itu pengeluaran lesen MRR yang berleluasa untuk produk seperti ini, bukanlah sesuatu yang bijak. Kebiasaannya, produk yang mempunyai lesen MRR terhad ini, harganya agak mahal sedikit dari harga sebenar produk tersebut.

Selain dijual semula, produk MRR juga boleh diberikan secara percuma sebagai bonus atau seumpamanya. Walau bagai mana pun, segalanya adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh pemilik asal produk tersebut. Syarat-syarat tersebut biasanya boleh dilihat pada halaman-halaman awal ebook yang dijual, atau pun di dalam satu nota sisipan yang disertakan bersama dengan produk yang didownload.

Ebook ‘Rahsia Perniagaan Digital’ adalah merupakan contoh produk yang mempunyai lessen MRR ini.

2. Resell Rights – Hak kebolehjualan semula produk ini hanya terhad kepada pembeli di peringkat pertama sahaja. Pembeli di level pertama boleh menjual semula produk tersebut, tetapi tidak berhak untuk memberikan lesen jualan semula kepada pembelinya. Ini bermakna pembeli di level kedua ini hanya layak untuk menggunakannya sahaja.

3. Private Label Rights – Produk yang bertaraf Private Label Rights (PLR) ini memberikan kebenaran yang tiada batasannya kepada anda. Pendek kata, anda boleh melakukan apa sahaja kepada produk tersebut. Produk jenis ini biasanya di dalam bentuk ebook. Dengan produk PLR ini, anda boleh ; menukar judulnya, menambahbaikkan isi kandungannya, meletakkan nama anda sebagai penulisnya, dan kemudian menjualnya semula dengan harga yang anda suka. Definisi yang sangat mudah untuk difahami.

Demikianlah apa yang saya fahami dengan ketiga-tiga istilah untuk produk digital di atas. Jika ada kesilapan, tolong betulkan, jika ada kekurangan tolong tambahkan di ruangan komentar. Penulisan saya di blog ini adalah atas nama perkongsian maklumat, bukan untuk mengajar. Ini kerana, saya sendiri sebenarnya masih seorang newbie...

Menjual produk yang bersifat MRR, RR dan juga PLR ini, adalah merupakan satu kaedah yang mudah dan segera untuk memulakan perniagaan digital. Ini kerana, anda tidak perlu memerah otak, bersengkang mata, dan menghabiskan masa untuk mencipta produk anda sendiri. Hari ini anda beli, esok anda sudah boleh menjualnya semula. Produk jenis ini biasanya sudah siap sedia dengan surat jualannya sekali.

Walau bagaimana pun, anda perlulah menggunakan sedikit kebijaksanaan di dalam memasarkan produk-produk seumpama ini. Ini kerana produk yang sama mungkin sedang atau telah dijual oleh pehak yang lain juga. Kebijaksanaan yang dimaksudkan ialah anda mempakejkan semula produk tersebut dengan lain-lain produk yang berkaitan, dan menjualnya semula dengan ‘jenama’ anda sendiri. Ini bermakna, anda perlu menggunakan surat jualan yang tersendiri bagi menampakkan kelainan pada produk dan jenama anda.

Jika anda sedang mencari-cari produk-produk berstatus MRR, RR, atau PLR untuk memulakan perniagaan internet anda, pakej Bonanza Ulangtahun mungkin boleh membantu anda. Pakej ini mengandungi lebih dari 100 produk bertaraf MRR, RR & PLR yang terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu, ebook, software & audio video, serta template & grafik.

Saya tidak pasti berapa lamakah tawaran Pakej Bonanza Ulangtahun ini akan berlangsung. Oleh itu jika anda benar-benar berminat, jangan bertangguh lagi untuk membelinya sebelum pemiliknya, Abooain, menarik balik tawaran istimewa ini.

Jika anda memerlukan panduan bagaimana untuk membina laman web jualan yang baik, Pakej Web Jualan Evolusi mungkin dapat membantu anda.

2 ulasan:

khairul berkata...

syabas saudara KA'AB berbagai info yang saudara sediakan ini akan memudahkan sesiapa sahaja untuk melakukan rujukan melalui blog saudara termasuklah saya sendiri..Terima Kasih banyak-banyak.

KA'AB berkata...

Terima kasih Khairul, di atas sokongan anda. Semuanya hanyalah sekadar perkongsian maklumat dari saya. Saya ni bukanlah pakar sangat...