Rabu, 27 Februari 2008

SEMINAR PERNIAGAAN INTERNET.

Sekadar makluman untuk anda yang berminat ! Satu seminar yang dinamakan Rahsia Buat Duit Dengan Internet akan diadakan pada pertengahan Mac depan. Sila kosongkan diari anda untuk urusan lain pada tarikh tersebut, jika anda benar-benar berminat ! Sayugia diingatkan, bahawa seminar ini bukanlah untuk program seumpama pelaburan internet, skim cepat kaya atau sebagainya.

Seminar ini adalah berkenaan dengan perniagaan internet yang sebenar-benarnya. Anda akan dibimbing oleh dua tokoh usahawan internet muda yang telah pun teruji kebolehan dan kejayaan mereka. Mereka yang saya maksudkan ialah saudara Sabri dan saudara Syazwan (gambar) dari Saudagar.com dan juga Saifulsham.com. Produk mereka tidak sekadar dipasarkan di sekitar Malaysia kita sahaja, bahkan juga sehingga ke seantero dunia!

Sabri dan Syazwan turut memiliki team konsultan yang bertujuan untuk membimbing bakal usahawan muda internet untuk turut menjejaki langkah mereka. Berikut adalah butiran lengkap untuk seminar tersebut :
(Bahasa Malaysia)
Sabtu, 15 Mac 2008
8.40 pagi hingga 6.40 petang
Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur

Seminar seumpama ini telah pun dimulakan sejak tahun 2006 lagi oleh Saifulsham Consultants, dan telah pun melahirkan ramai usahawan-usahawan internet baru. Di antaranya ialah, Irwan Dahnil, Nasir Yaacob, Zulfadli dan A.F Hazwan (sekadar menyebut beberapa nama).

Apakah anda merupakan usahawan internet Malaysia yang berikutnya ? Segalanya mungkin, kiranya anda memulakan langkah pertama anda. Dapatkan maklumat lanjut mengenai modul seminar, dan bonus-bonus yang bakal anda perolehi, di laman web Saudagar.com.

Sabtu, 23 Februari 2008

JOM BERNIAGA PREPAID ! (Bahagian 3)

Hari ini saya ingin menyambung sedikit lagi penulisan saya mengenai perniagaan tambahnilai prabayar dan Master Eload ini. Ianya bertujuan untuk melengkapkan lagi penjelasan dan maklumat mengenai perniagaan Master Eload.

Berikut adalah beberapa perkara yang berkaitan dengan perniagaan prepai Master Eload ini :

1. Perniagaan ini adalah perniagaan MLM.

2. Anda masih lagi perlu menjual produk secara offline. Aktiviti online hanyalah untuk usaha-usaha promosi dan penajaan ahli-ahli baru melalui laman web replika yang diberikan secara percuma. Dan anda masih lagi boleh melakukan penajaan melalui kaedah offline.

3. Tiada istilah ‘pangkat’ di dalam perniagaan Master Eload.

4. Di antara bentuk-bentuk pendapatan ialah, Untung Runcit, Bonus Bulanan (overiding sehingga ke level 10), Insentif Penajaan, Bonus Yuran Tahunan Agen, Bonus Pool Tabung Master, dan Insentif Pindahan Point. Semua bonus dan insentif yang disebutkan tadi adalah untuk agen biasa sahaja. Jika anda menaikkan taraf keahlian anda ke tahap Mobile Center (stokis), ada banyak lagi bonus dan insentif yang menanti anda. Segala penjelasan mengenai insentif di atas boleh di dapati di laman web WebME4u, di bawah tajuk ‘Marketing Plan’. Walau bagaimana pun anda perlu mendaftar menjadi ahli (percuma) terlebih dahulu sebelum mendapatkan maklumat tersebut.

5. Anda hanya perlu membeli atau menjual sekurang-kurangnya RM10.00 sahaja ‘top up’ sebulan untuk melayakkan anda mendapatkan segala bonus/insentif yang ditawarkan.

Maklumat yang diberikan di atas adalah merupakan maklumat asas sahaja. Bertujuan untuk memudahkan pemahaman anda. Ada banyak perkara lagi yang perlu anda tahu. Namun ianya boleh dipelajari dan difahami secara beransur-ansur setelah anda menyertai perniagaan ini.

Kepada anda yang masih lagi menyertai perniagaan seumpama ini, dan masih tercari-cari sumber pandapatan kedua anda, ayuh, jom sertainya bersama kami!

Sabtu, 16 Februari 2008

JOM BERNIAGA PREPAID ! ( Bahagian 2 )

Terdapat beberapa syarikat yang menawarkan produk tambahnilai prabayar ini melalui sms ini. Salah satunya ialah Summit Priority Sdn. Bhd., yang lebih dikenali dengan jenama ‘Master Eload’.

Apa itu Master Eload ?
Master Eload adalah merupakan perniagaan yang berasaskan MLM. Produk utama Master Eload ialah tambahnilai prabayar untuk Maxis, Celcom, Digi dan lain-lain lagi. Selain itu, Master Eload juga turut menawarkan kemudahan membayar bill seperti Astro, Syabas, Tmnet, TNB (dan banyak lagi), hanya melalui sms. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Master Eload di laman web rasmi syarikat di MasterEload.com.

Selain itu, terdapat satu lagi laman web yang mempunyai kaitan dengan Master Eload, iaitu WebME4U. WebME4u merupakan laman web yang dibangunkan oleh Mastereload untuk kemudahan ahli-ahli yang berminat untuk membuat penajaan atau merekrut ahli secara online. Kepada anda yang pertama kalinya mengenali Master Eload pada hari ini, diharap anda telah pun dapat membezakan diantara MasterEload.com dan juga WebME4u.

Anda boleh mendapat maklumat lanjut dan meninjau peluang anda terus dari laman web WebME4u. Segala maklumat ada terhidang di sana. Anda juga boleh meneruskan pembacaan anda di sini kerana saya akan cuba menyampaikan maklumat yang ada dengan cara dan bahasa saya sendiri.

Kelebihan menyertai MasterEload.biz.
Seperti yang telah ditulis sebelum ini, Mastereload adalah merupakan perniagaan MLM. Sudah menjadi satu kemestian bahawa MLM dan penajaan, adalah satu rangkaian yang tidak dapat dipisahkan. Jika anda ingin berjaya dengan cemerlang di dalam perniagaan ini, maka usaha dan kerja penajaan seharusnya tidak dikesampingkan. Bergantung hanya semata-mata pada keuntungan runcit dari jualan produk adalah tidak memadai.

WebME4u telah membuka ruang dan peluang yang sangat luas untuk anda melakukan kerja penajaan ini :

1. Dengan menyertai kami, anda akan di bekalkan dengan replika laman web, yang membolehkan anda melakukan kerja-kerja penajaan di internet secara online. Satu peluang yang tidak ditawarkan jika anda menyertai perniagaan ini secara offline. Ruang dan peluang untuk anda mendapat downline sangat terbuka luas; dari segenap pelusuk negara, di mana sahaja pengguna internet berada.

2. WebME4u juga turut menawarkan plan pemasaran untuk pendapatan sampingannya sendiri. Anda akan dibayar 50 sen untuk setiap satu referral sehingga ke level 2. Mulai level 3 hingga 10 pula, anda akan menerima RM1.00 untuk setiap orang ahli yang mengaktifkan keahlian mereka. Ya ! Anda berhak untuk menerima insentif penajaan sehingga ke level 10 !

3. Anda juga masih boleh melakukan promosi dan penajaan secara konvensional, secara offline sebagaimana yang biasa dilakukan oleh perniagaan MLM yang lainnya.

Lihatlah, betapa besarnya peluang anda untuk mendapatkan downline jika anda menyertai perniagaan ini secara online, berbanding jika anda hanya menggunakan kaedah offline semata-mata.

Klik di sini untuk mendaftar ==> WebME4u.

Jumaat, 15 Februari 2008

JOM BERNIAGA PREPAID !

Hari ini saya ingin menulis mengenai peluang perniagaan atau pendapatan sampingan melalui produk tambahnilai prabayar. Dengan perkataan yang lebih khusus, tambahnilai prabayar yang dijual secara sms. Saya pasti, ramai yang sudah tahu mengenai perkara ini. Memang ini bukan perkara baru. Namun saya juga pasti, masih ramai lagi yang menggunakan prepaid hanya sebagai keperluan harian semata-mata. Hanya sebagai pengguna, dan hanya sebagai pembeli. Sedangkan, jika kita melangkah setapak sahaja lagi, kita sudah boleh menjadikan produk ini sebagai sumber pendapatan. Setidak-tidaknya, pendapatan kita ini mampu menampung bil prepaid kita sendiri. Atau pun paling koman, anda dapat membeli untuk keperluan anda sendiri pada harga diskaun.

Itulah serendah-rendah kata-kata motivasi yang boleh saya berikan untuk mengajak anda menyertai perniagaan ini. Jika tidak berminat untuk menjual, gunakannya untuk keperluan peribadi pada harga yang lebih baik. Siapa tahu, tanpa diduga, jika kena pada langkahnya, anda mungkin mampu meraih kejayaan yang di luar jangkaan anda sendiri. Telah banyak kisah-kisah yang tertulis mengenai kejayaan seseorang usahawan yang menceburi bidang tersebut tanpa sengaja dan tanpa dirancang pada mulanya. Saya bukanlah ingin mengajak anda melakukan sesuatu tanpa merancang, tetapi sekadar untuk menyatakan, “kalau tidak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya...”.

Berikut adalah beberapa rasional saya mengapa perniagaan ini wajar anda ceburi :

1. Permintaan yang tinggi. Lihatlah diri anda. Saya pasti anda adalah salah seorang dari pengguna handphone. Lihatlah di dalam keluarga anda. Dan lihatlah di sekeliling anda di dalam persekitaran yang lainnya. Hampir di mana-mana handphone berdering. Bahkan, pelajar sekolah pun sudah ramai yang menggunakan handphone. Anda hanya perlu menjadikan mereka ini sebagai pelanggan anda, sebelum mereka menjadikan anda sebagai pelanggan mereka pula. Mulakanlah dengan mereka yang terdekat dahulu.

2. Modal yang rendah. Untuk memulakan perniagaan ini, modal serendah RM50.00 – RM100.00 sahaja sudah memadai. Jika anda tiada pengalaman berniaga, dan takut modal anda akan lebur, anda boleh memulakannya secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Lagi pun, saya yakin anda juga adalah pengguna prepaid. Jadi anda tidak perlu khuatir jika produk anda tidak laku. Namun jika modal sejumlah tersebut juga anda tidak berani untuk melaburkannya, sememangnya perniagaan bukanlah bidang anda. Tiada perniagaan tanpa modal !

3. Tidak perlu menyimpan stok. Jika hendak dibandingkan dengan perniagaan kad prepaid yang dijual di kedai, anda mungkin terpaksa menyimpan stok kad yang banyak, dan adakalanya stok yang disimpan itu belum pasti lagi sama ada akan terjual atau pun tidak. Akan tetapi, dengan perniagaan prepaid melalui sms ini anda hanya perlu memesan hanya mengikut permintaan sahaja.

4. Tidak memerlukan pengetahuan yang luas mengenai produk. Di dalam sesetengah produk MLM yang lain, anda mungkin perlu untuk mempelajari dan memperhalusi tentang latarbelakang produk, bagi meningkatkan lagi kredibiliti anda sebagai penjual. Produk berasaskan kesihatan misalnya. Semua ini memerlukan anda menghadiri perjumpaan demi perjumpaan untuk menambahnilai pada diri anda sendiri. Ini mungkin akan membebankan anda dan menuntut pengorbanan masa yang bukan sedikit.

5. Tiada persaingan dari sudut harga. Harga prepaid topup ini adalah seperti harga rokok. Di mana pun ianya dijual, harganya tetap sama. Jadi anda tidak perlu khuatir jika terpaksa bersaing dengan peniaga-peniaga besar yang mungkin menawarkan harga yang lebih rendah.

Demikianlah beberapa kelebihan yang sempat saya catatkan di sini. Mungkin selama ini kita tidak terfikirkan mengenainya. Jika anda sedang mencari punca pendapatan tambahan untuk keselesaan kehidupan, mengapa tidak untuk mencuba perniagaan ini ?

Selasa, 12 Februari 2008

APA ITU MRR, RR & PLR ?

Di dalam pos yang lalu, saya telah menyebut secara sepintas lalu mengenai Produk Master Resell Rights atau MRR. Saya juga pernah menulis serba sedikit mengenai definisi Master Resell Rights ini di peringkat awal blog ini. Selain dari produk MRR ini, terdapat dua lagi istilah penting yang berkaitan dengan produk di dalam perniagaan digital ini. Istilah yang saya maksudkan itu ialah Resell Rights (RR), dan juga Private Label Rights (PLR).

Bagi mereka yang senior di dalam perniagaan internet, istilah ini tentunya sudah begitu mesra dengan mereka. Namun bagi anda yang masih baru, tentunya tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan istilah-istilah tersebut ? Ini adalah pengalaman yang saya sendiri lalui.

Bagi menjadikan blog ini sebagai sumber rujukan yang lengkap kepada para newbie, wajar rasanya saya menyenaraikan kembali istilah-istilah tersebut di sini, berserta dengan definisinya sekali. Mudah-mudahan, ianya dapat membantu ‘pendatang baru’ ke alam perniagaan internet ini lebih memahaminya.

1. Master Resell Rights – Pembeli produk jenis ini diberikan kuasa dan kebenaran, oleh pencipta atau pemilik asal produk tersebut, untuk menjual semula produk tersebut berserta dengan lesen jualan semula. Lesen jualan semula ini boleh jadi dalam bentuk MRR juga, atau mungkin hanya sekadar Resell Rights sahaja. Keuntungan dari jualan produk ini adalah milik anda 100%. Ada sesetengah penjual mengeluarkan lesen MRR ini kepada jumlah tertentu sahaja. Ini adalah bertujuan untuk mengawal pasaran agar tidak menjadi terlalu tepu. Sebagai contoh, ebook berbahasa Melayu, pasarannya tentulah terhad di sekitar Malaysia atau seluas Nusantara sahaja. Oleh itu pengeluaran lesen MRR yang berleluasa untuk produk seperti ini, bukanlah sesuatu yang bijak. Kebiasaannya, produk yang mempunyai lesen MRR terhad ini, harganya agak mahal sedikit dari harga sebenar produk tersebut.

Selain dijual semula, produk MRR juga boleh diberikan secara percuma sebagai bonus atau seumpamanya. Walau bagai mana pun, segalanya adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh pemilik asal produk tersebut. Syarat-syarat tersebut biasanya boleh dilihat pada halaman-halaman awal ebook yang dijual, atau pun di dalam satu nota sisipan yang disertakan bersama dengan produk yang didownload.

Ebook ‘Rahsia Perniagaan Digital’ adalah merupakan contoh produk yang mempunyai lessen MRR ini.

2. Resell Rights – Hak kebolehjualan semula produk ini hanya terhad kepada pembeli di peringkat pertama sahaja. Pembeli di level pertama boleh menjual semula produk tersebut, tetapi tidak berhak untuk memberikan lesen jualan semula kepada pembelinya. Ini bermakna pembeli di level kedua ini hanya layak untuk menggunakannya sahaja.

3. Private Label Rights – Produk yang bertaraf Private Label Rights (PLR) ini memberikan kebenaran yang tiada batasannya kepada anda. Pendek kata, anda boleh melakukan apa sahaja kepada produk tersebut. Produk jenis ini biasanya di dalam bentuk ebook. Dengan produk PLR ini, anda boleh ; menukar judulnya, menambahbaikkan isi kandungannya, meletakkan nama anda sebagai penulisnya, dan kemudian menjualnya semula dengan harga yang anda suka. Definisi yang sangat mudah untuk difahami.

Demikianlah apa yang saya fahami dengan ketiga-tiga istilah untuk produk digital di atas. Jika ada kesilapan, tolong betulkan, jika ada kekurangan tolong tambahkan di ruangan komentar. Penulisan saya di blog ini adalah atas nama perkongsian maklumat, bukan untuk mengajar. Ini kerana, saya sendiri sebenarnya masih seorang newbie...

Menjual produk yang bersifat MRR, RR dan juga PLR ini, adalah merupakan satu kaedah yang mudah dan segera untuk memulakan perniagaan digital. Ini kerana, anda tidak perlu memerah otak, bersengkang mata, dan menghabiskan masa untuk mencipta produk anda sendiri. Hari ini anda beli, esok anda sudah boleh menjualnya semula. Produk jenis ini biasanya sudah siap sedia dengan surat jualannya sekali.

Walau bagaimana pun, anda perlulah menggunakan sedikit kebijaksanaan di dalam memasarkan produk-produk seumpama ini. Ini kerana produk yang sama mungkin sedang atau telah dijual oleh pehak yang lain juga. Kebijaksanaan yang dimaksudkan ialah anda mempakejkan semula produk tersebut dengan lain-lain produk yang berkaitan, dan menjualnya semula dengan ‘jenama’ anda sendiri. Ini bermakna, anda perlu menggunakan surat jualan yang tersendiri bagi menampakkan kelainan pada produk dan jenama anda.

Jika anda sedang mencari-cari produk-produk berstatus MRR, RR, atau PLR untuk memulakan perniagaan internet anda, pakej Bonanza Ulangtahun mungkin boleh membantu anda. Pakej ini mengandungi lebih dari 100 produk bertaraf MRR, RR & PLR yang terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu, ebook, software & audio video, serta template & grafik.

Saya tidak pasti berapa lamakah tawaran Pakej Bonanza Ulangtahun ini akan berlangsung. Oleh itu jika anda benar-benar berminat, jangan bertangguh lagi untuk membelinya sebelum pemiliknya, Abooain, menarik balik tawaran istimewa ini.

Jika anda memerlukan panduan bagaimana untuk membina laman web jualan yang baik, Pakej Web Jualan Evolusi mungkin dapat membantu anda.

Jumaat, 1 Februari 2008

BAGAIMANA MEMULAKAN PERNIAGAAN DIGITAL ?

Satu lagi ebook panduan untuk bakal-bakal usahawan internet dilancarkan hari ! Ianya adalah merupakan ebook panduan yang paling asas bagaimana untuk memulakan perniagaan internet anda, khususnya untuk produk digital. Ebook yang saya maksudkan ialah ‘Rahsia Perniagaan Digital, hasil tulisan saudara Zamri Nanyan, yang juga telah menerbitkan ebook ‘Rahsia MLM’ sebelum ini.

Apakah produk digital ?
Produk digital di dalam konteks perniagaan internet ini ialah produk yang yang tidak mempunyai sifat-sifat fizikal seperti berat, saiz atau pun rasa. Ianya boleh dihantar dan diterima melalui talian internet sama ada secara emel atau melalui proses muat turun. Di antara contoh produk digital ini ialah produk informasi seumpama ebook atau pun video, atau pun produk yang berbentuk perisian komputer.

Walau pun ebook ini hanya setebal 42 mukasurat sahaja, namun ianya amat padat dan sarat dengan informasi yang penting yang perlu diketahui oleh seseorang yang bergelar ‘newbie’.

Anda mungkin sedang tercari-cari potensi diri yang boleh dijadikan sumber untuk menerbitkan produk informasi yang boleh dijual di internet? Setelah berfikir panjang, anda mula merasakan bahawa perniagaan internet bukanlah bidang yang seharusnya anda ceburi. Sebenarnya produk digital yang boleh anda jual tidak semestinya hasil dari ciptaan anda sendiri. Dengan lesen MRR (Master Resale Rights) atau Lesen Jualan Semula Master, anda boleh dan berhak untuk menjual semula produk tersebut kepada umum.

Ebook Rahsia Perniagaan Digital ini juga turut menawarkan lesen MRR kepada anda. Ini boleh dijadikan sebagai langkah pertama untuk anda menceburkan diri di dalam perniagaan internet. Apa yang penting, jika anda ingin menjadikan ebook ini sebagai produk anda, maka sewajarnya anda mendapatkan produk ini seawal mungkin sebelum pasarannya menjadi tepu.

Jika anda memerlukan panduan untuk membina laman web jualan untuk produk ini, Pakej Lengkap Perniagaan Internet mungkin boleh membantu.