Selasa, 1 Januari 2008

'KATALOG PRODUK ONLINE 'O8' DILANCARKAN HARI INI !

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2008 kepada semua pengunjung blog ini. Saya secara peribadi sebenarnya tidaklah ghairah sangat hendak menyambut tahun baru masehi ini. Apa tah lagi jika hendak diisi dengan unsur-unsur hiburan dan pestaan.

Namun begitu, jika kita hendak menjadi tarikh awal tahun ini sebagai sebagai suatu wahana untuk memulakan tekad baru, azam baru, atau semangat baru, rasanya tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika kita ingin menjadikan tanggal 1 Januari ini, sebagai tarikh untuk memuhasabah akan pencapaian kita untuk setahun yang lalu, saya rasa ianya masih wajar.

Memperbaharukan azam sememangnya perlu dilakukan dari masa ke masa. Namun begitu, memperbaharukan tekad, tidaklah semestinya pada awal tahun sahaja. Jika kita benar-benar mahukan tarikh-tarikh yang bermakna untuk memulakan sesuatu langkah, ada banyak tarikh-tarikh yang bermakna di dalam setahun itu yang boleh kita ambil sempenakan. Tarikh lahir kita sendiri misalnya. Di dalam Takwim Islam sendiri ada banyak tarikh-tarikh yang penting yang boleh kita jadikan hari untuk kita memulakan sesuatu yang bermakna di dalam hidup kita.

Apakah pemilihan tarikh ini penting ?
Secara ilmiahnya… entahlah ! Saya sendiri tidak pasti, kerana saya bukanlah pakar dibidang ini. Namun secara nalurinya, bolehlah dianggap penting juga. Yalah ! Untuk melakukan sesuatu yang bermakna, dengan pengharapan mendapat kesan dan kesudahan yang terbaik, maka memulakannya di hari yang bermakna juga adalah rasional. Cukuplah sekadar itu komentar saya mengenai tahun baru ini.

Sebagai 'alang-alangan' dari saya di awal tahun baru ini, saya ingin menghadiahkan sebuah ebook yang saya namakan 'Katalog Produk Online '08'. Katalog ini saya usahakan bagi membantu menyatukan dua pehak; iaitu pembeli dan penjual. Kini sudah terdapat banyak dan pelbagai produk yang dijual secara online di Malaysia ini sahaja. Namun kita mungkin tidak menyedarinya. Kalau ada pun, kita mungkin hanya mengenali satu atau dua produk sahaja, berdasarkan kecenderungan dan minat kita sendiri.

Adalah diharapkan dengan kelahiran Katalog Online ini, ianya tidak sekadar membantu IM memasarkan produk mereka, tetapi juga membantu para pengguna mendapatkan keperluan mereka secara lebih pilihan dalam kaedah urusniaganya.

Saya tidak berani mengatakan kandungan katalog ini lengkap pada ketika ianya dilancarkan hari ini. Mungkin ada produk-produk yang saya terlepas pandang untuk saya muatkan di sini. Namun tidak dinafikan juga ada produk yang sengaja saya tidak senaraikan di katalog ini, di atas sebab-sebab tertentu. InsyaAllah, jika terbitan kali ini mendapat sambutan yang baik, edisi seterusnya akan menyusul...

Kepada anda yang berminat untuk 'membelek' katalog ini, anda boleh mendownloadnya
di sini !

Tiada ulasan: