Khamis, 24 Januari 2008

LINDUNGI LINK ANDA, BINA LIST, TINGKATKAN PENDAPATAN !

Adakah anda seorang yang sering menyertai program affiliate di internet ? Jika anda seorang yang masih berstatus ‘newbie’ di dalam bidang ini, saya ingin memperkenalkan satu laman web yang mungkin boleh membantu meningkatkan pendapatan dari program affiliate yang anda sertai.

Laman web yang saya maksudkan itu ialah ViralURL.com. Ianya adalah merupakan sebuah laman web keahlian (Membership site). Terdapat dua jenis keahlian, iaitu Keahlian Percuma dan Keahlian Berbayar. Namun saya lebih suka untuk berbicara mengenai Keahlian Percuma sahaja di pos ini. Sesuailah dengan status kita sebagai seorang newbie. Namun begitu, saya sendiri tidak pasti apakah tawaran untuk keahlian percuma ini akan terus berkekalan atau pun tidak. Mungkin ianya akan ditutup jika jumlah ahlinya telah mencapai tahap tertentu. Oleh itu, eloklah mendaftar segera sementara ianya masih dibuka.

Apakah kelebihan ViraURL.com ?
Ada banyak manfaat yang boleh anda perolehi. Namun di sini saya ingin menulis mengenai dua perkara sahaja :

1. URL cloaker. Ianya adalah kemudahan untuk menyembunyikan affiliate link anda. Saya pasti anda sudah pun tahu akan risikonya jika anda menghantar link affiliate secara terbuka tanpa dilindungi. Besar kemungkinan anda akan kehilangan komisen affiliate anda akibat dari perbuatan ‘link hijack’ dan ‘link bypass’ dari pehak yang tidak bertanggungjawab. Akibat dari pengkhianatan ini, usaha anda akan menjadi sia-sia dan tidak berbaloi.

Selain dari menyembunyikan link affilate anda, URL cloaker juga membantu memendek dan memperkemaskan link affiliate anda yang panjang, berserabut dan hodoh ! Link yang panjang berjela-jela akan menjadikan kerja-kerja pemasaran anda kelihatan tidak profesional.

2. Kemudahan membina ‘mailing list’. Salah satu kaedah pemasaran internet yang sangat berkesan di internet, ialah kaedah Pemasaran Email. Jika anda benar-benar serius dengan perniagaan internet ini, maka keperluan untuk mempunyai mailing list sendiri seharusnya tidak anda abaikan.

Walau bagaimana pun sebagai seorang newbie, anda mungkin belum bersedia untuk memiliki laman web sendiri sebagai tapak pengumpulan senarai emel anda. Maka di sinilah ViralUrl.com sekali lagi berperanan membantu anda.

Salah satu kelebihan ViralURL.com ini, ialah anda akan turut dibantu oleh downline anda untuk mengembangkan senarai prospek anda. Ini akan menjadikan prosesnya menjadi lebih pantas lagi.

Seperti yang telah saya katakan di awal tadi, ada banyak lagi manfaat yang boleh anda perolehi di ViralURL.com. Anda boleh menyingkapnya sendiri di laman web tersebut.

Saya sendiri sedang dalam usaha menulis ebook panduan mengenai ViralURL.com ini. Di samping melatih diri ke arah penulisan ebook, mudah-mudahan kelahirannya dapat sedikit sebanyak membantu mempermudahkan mereka yang berminat dengan ViralURL.com ini memanfaatkan segala kemudahannya.

InsyaAllah, jika ebook ini berjaya dihasilkan, saya akan umumkannya di dalam pos-pos yang mendatang.

Kepada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ViralURL.com, sila lawati : http://ViralURL.com/DARMAKIFAYAH

Selasa, 15 Januari 2008

PELANCARAN GALERIKAFTAN.COM

Baru pada pos yang lalu, saya memperkenalkan ebook "101 Tip Adsense" di blog ini. Hari ini, penulis ebook tersebut, saudara Adly Mukhtar bersama Team Flarebiznya melancarkan satu lagi projek terbaru beliau.

Projek beliau kali ini ialah laman web jualan untuk produk fizikal pula, yang menfokus pada produk pakaian wanita, atau lebih khusus lagi ialah baju-baju kaftan.

Kepada saudara Adly (aka Labanon) yang sangat saya hormati kerana pencapaian beliau di dalam perniagaan internet ini, serta rakan-rakan beliau di dalam Team Flarebiznya, segugus tahniah saya ucapkan diatas pembukaan laman web GaleriKaftan.com ini.

Dengan sekalung doa dan pengharapan semoga perniagaan GaleriKaftan.com akan terus berkembang maju dan merancakkan lagi dunia perniagaan internet di Malaysia khususnya.

Sila kunjungi ==> GaleriKaftan.com

Ahad, 13 Januari 2008

101 TIP ADSENSE !

Ketika saya memperkenalkan ebook "Pakej Lengkap Google Adsense" di dalam pos sebelum ini, saya ada menyatakan bahawa satu lagi ebook mengenai Adsense akan turut dilancarkan di dalam waktu yang terdekat. Kini ebook yang saya maksudkan itu telah pun dilancarkan.

Ebook yang saya maksudkan itu ialah : 101 Tip Adsense Terbongkar! Ebook ini telah disusun oleh saudara Adly Mokhtar, atau lebih dikenali sebagai Labanon, dari Team Flarebiz. Ebook ini sememangnya ditujukan khusus untuk para newbie di dalam bidang ini.

Walau pun telah banyak rujukan mengenai Adsense dihasilkan, namun kelahiran ebook ini agak berbeza dengan ebook-ebook yang sedia ada. Ini adalah kerana ebook ini lebih merupakan himpunan tip-tip yang amat berguna dan berkesan di dalam meningkatkan pendapatan melalui Google Adsense seperti mana yang telah diamalkan oleh pakar-pakar Adsense yang telah pun terbukti keberhasilannya.

(Walau bagaimana pun, panduan untuk membuka akaun Google Adsense turut diberikan di dalam ebook yang berasingan sebagai bonus !)

Anda mungkin mempunyai teori yang tersendiri yang anda rasakan rasional pada pemikiran anda bagaimana untuk meningkatkan pendapatan Adsense anda. Namun begitu, tidak semestinya kerasionalan anda itu benar dan berkesan menurut pandangan pakar.

Benarlah sebagai mana kata Labanon lewat ebook ini; "Untuk berjaya anda perlu ikut langkah orang yang berjaya". Langkah ini adalah lebih mudah dari mencipta teori-teori tersendiri yang belum pasti sedangkan kita bukanlah ahli mengenainya.

Beserta dengan ebook Tip Adsense ini, anda juga akan dihadiahkan dengan sembilan lagi ebook sebagai bonus. Separuh daripadanya adalah di dalam Bahasa Malaysia. Di antara yang menarik perhatian saya ialah "Temubual Eksklusif Bersama 5 Orang Pakar Adsense Tempatan", dan "Terma & Polisi Adsense" yang telah diterjemahkan 100% ke dalam Bahasa Malaysia.

Berapakah harganya untuk kesemua ini ? Anda pasti tidak percaya ! Hanya RM 20.00 sahaja. Harga yang paling termurah yang pernah saya temui untuk ebook rujukan mengenai Adsense !

Jika anda telah pun mempunyai rujukan mengenai adsense sebelum ini, ebook 101 Tip Adsense Terbongkar masih merupakan rujukan tambahan yang perlu anda miliki.

Rabu, 9 Januari 2008

SELAMAT TAHUN BARU 1429 HIJRAH !

Kepada semua pengunjung blog ini, khususnya anda yang beragama Islam, saya mengucapkan Selamat menyambut Ma'al Hijrah!

Kita baru sahaja menyambut tahun baru Masehi kira-kira sembilan hari yang lalu. Kini hadir pula satu lagi 'tahun' untuk takwim bagi umat Islam. Jika di awal tahun Masehi, kita sering membicarakan soal azam baru, maka di Awal Muharram ini, istilah azam itu lebih kenali dengan perkataan hijrah. Hijrah yang membawa maksud perpindahan, yang diangkat dari sejarah perpindahan Rasulullah s.a.w, dari kota Mekah ke kota Madinah, kini telah digunakan secara maknawinya sebagai 'penghijrahan' dari suasana yang kurang baik kepada yang lebih baik. Maka akan timbullah pertanyaan sesama rakan ; Apa 'hijrah' anda tahun ini ?

Agak mengecewakan juga apabila melihat umat Islam sendiri menyambut dingin sambutan Ma'al Hijrah. Jika kita melihat pada awal tahun baru yang lalu, ada ibubapa yang sanggup membawa anak-anak kecil ke Dataran Merdeka untuk sama-sama merayakan tahun baru dengan manusia-manusia yang lainnya, namun suasana ini tidak berlaku pada malam tahun baru Hijrah ini.

Memang tidak ada anjuran sambutan di malam tahun baru Hijrah di Dataran Merdeka. Namun Islam mempunyai kaedah yang tersendiri di dalam menyambut tahun baru ini. Hari akhir tahun disudahkan dengan doa akhir tahun, kemudian diikuti pula dengan doa awal tahun apabila kita mula melangkah ke tahun baru.

Di masjid-masjid dan surau ada menyeliakan majlis doa akhir dan awal tahun ini. Maka mengapakah kita tidak sama-sama turut memenuhi masjid dan surau ini, bersama keluarga, untuk merayakan sesuatu yang berlaku hanya sekali di dalam setahun ?

Dengan pengharapan, semoga di tahun hadapan akan ada sedikit perubahan dan 'penghijrahan' untuk situasi ini, saya sekali lagi mengucapkan; Selamat Tahun Baru 1429 Hijrah !

MA'AL HIJRAH !

KA'AB
1hb. Muharram, 1429H

Jumaat, 4 Januari 2008

EBOOK PERCUMA : JAGA KESIHATAN !

Jika anda seorang peka dengan kesihatan diri anda, ini ada hadiah istimewa untuk anda ! Bukan dari saya, tapi dari penulisnya sendiri iaitu saudara Mohd Rozmie atau dikenali juga sebagai Jimie Ray, dari JagaKesihatan.com

Download segera ebook percuma ini ; JAGA KESIHATAN: Tips, nasihat & panduan kesihatan.

Oleh kerana ebook ini adalah percuma sahaja, maka saya tidak akan mengulas lanjut mengenainya. Anda boleh terus download, dan baca sendiri.

Seperti kata penulisnya, Jimie Ray : "Kesihatan umpama sahabat, kehilangannya dirasai apabila ianya telah pergi…"

Oleh itu jangan sia-siakan ebook ini !

Download segera => http://www.ziddu.com/download/1758261/JAGAKESIHATAN.zip.html

Selasa, 1 Januari 2008

'KATALOG PRODUK ONLINE 'O8' DILANCARKAN HARI INI !

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2008 kepada semua pengunjung blog ini. Saya secara peribadi sebenarnya tidaklah ghairah sangat hendak menyambut tahun baru masehi ini. Apa tah lagi jika hendak diisi dengan unsur-unsur hiburan dan pestaan.

Namun begitu, jika kita hendak menjadi tarikh awal tahun ini sebagai sebagai suatu wahana untuk memulakan tekad baru, azam baru, atau semangat baru, rasanya tidaklah menjadi satu kesalahan. Begitu juga jika kita ingin menjadikan tanggal 1 Januari ini, sebagai tarikh untuk memuhasabah akan pencapaian kita untuk setahun yang lalu, saya rasa ianya masih wajar.

Memperbaharukan azam sememangnya perlu dilakukan dari masa ke masa. Namun begitu, memperbaharukan tekad, tidaklah semestinya pada awal tahun sahaja. Jika kita benar-benar mahukan tarikh-tarikh yang bermakna untuk memulakan sesuatu langkah, ada banyak tarikh-tarikh yang bermakna di dalam setahun itu yang boleh kita ambil sempenakan. Tarikh lahir kita sendiri misalnya. Di dalam Takwim Islam sendiri ada banyak tarikh-tarikh yang penting yang boleh kita jadikan hari untuk kita memulakan sesuatu yang bermakna di dalam hidup kita.

Apakah pemilihan tarikh ini penting ?
Secara ilmiahnya… entahlah ! Saya sendiri tidak pasti, kerana saya bukanlah pakar dibidang ini. Namun secara nalurinya, bolehlah dianggap penting juga. Yalah ! Untuk melakukan sesuatu yang bermakna, dengan pengharapan mendapat kesan dan kesudahan yang terbaik, maka memulakannya di hari yang bermakna juga adalah rasional. Cukuplah sekadar itu komentar saya mengenai tahun baru ini.

Sebagai 'alang-alangan' dari saya di awal tahun baru ini, saya ingin menghadiahkan sebuah ebook yang saya namakan 'Katalog Produk Online '08'. Katalog ini saya usahakan bagi membantu menyatukan dua pehak; iaitu pembeli dan penjual. Kini sudah terdapat banyak dan pelbagai produk yang dijual secara online di Malaysia ini sahaja. Namun kita mungkin tidak menyedarinya. Kalau ada pun, kita mungkin hanya mengenali satu atau dua produk sahaja, berdasarkan kecenderungan dan minat kita sendiri.

Adalah diharapkan dengan kelahiran Katalog Online ini, ianya tidak sekadar membantu IM memasarkan produk mereka, tetapi juga membantu para pengguna mendapatkan keperluan mereka secara lebih pilihan dalam kaedah urusniaganya.

Saya tidak berani mengatakan kandungan katalog ini lengkap pada ketika ianya dilancarkan hari ini. Mungkin ada produk-produk yang saya terlepas pandang untuk saya muatkan di sini. Namun tidak dinafikan juga ada produk yang sengaja saya tidak senaraikan di katalog ini, di atas sebab-sebab tertentu. InsyaAllah, jika terbitan kali ini mendapat sambutan yang baik, edisi seterusnya akan menyusul...

Kepada anda yang berminat untuk 'membelek' katalog ini, anda boleh mendownloadnya
di sini !