Hari ini saya ingin memperkenalkan satu lagi sumber idea perniagaan. Ianya berorientasikan Sistem Pesanan Ringkas atau lebih dikenali sebagai SMS. Perniagaan seumpama ini bukan lagi sesuatu yang baru. Boleh dikatakan hampir setiap orang mungkin pernah terlibat dengannya tanpa disedari.
Di antara produk yang biasa kita lihat dijual dengan kaedah SMS ini ialah Ringtones, Wallpaper, Logo, Tips, Teks Ucapan dan pelbagai lagi. Malah kini, Tambah Nilai untuk talian prabayar juga boleh dibeli secara SMS.
Di dalam begitu banyak dan kepelbagaian bentuk perniagaan SMS ini, masih belum ada tanda-tanda perniagaan cara ini sudah mencapai tahap ‘tepu’nya. Bahkan sebaliknya, ianya semakin rancak dan giat berkembang !
Perniagaan SMS seharusnya tidak dilihat pada hanya sekadar ringtones, wallpaper, teks atau apa-apa sahaja produk yang dipesan dan diterima hanya melalui SMS semata-mata. Produk Fizikal juga boleh diurusniagakan dengan menggunakan ‘tools’ SMS ini. Sebagai contoh; buku, di mana pesanan dan pembayarannya dibuat melalui SMS, sementara produknya dihantar menggunakan Pos, atau pun perkhidmatan penghantaran yang seumpamanya.
Jika anda mempunyai idea yang hebat dan menarik, yang boleh dipasarkan secara SMS, namun tidak tahu di mana dan bagaimana untuk memulakannya, saya mempunyai sumber yang lengkap untuk anda ! Segalanya boleh anda perolehi di smswang.com.
Terdapat beberapa bahan bacaan yang boleh membantu anda untuk memulakan perniagaan ini :
1. Ebook “Rahsia Buat Duit Dengan SMS”
2. Buku “Buat Duit Dengan SMS”
3. Manual “Pemasaran SMS”
Jika anda inginkan pembelajaran yang lebih interaktif, anda boleh berguru terus dengan penulis ebook & buku tersebut, saudara Irwan Dahnil melalui Seminar Rahsia Perniagaan dan Pemasaran SMS.
Saya pasti segala maklumat yang telah saya berikan ini cukup untuk anda memulakan langkah pertama anda !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Salam alaikum
Terima kash for the comment, blog anta ni lagi hebat wahai akhi. Semoga orang2 kita akan celik agar makin pandai dlam bidang2 cam gni hehe. At least bg yang ketiadaan arah dalam mencari pekerjaan yang sesuai dengan mereka.
Apa pn kerjasama penting gak dalam blogging ni kan, ana harap kita dapat kerjasama setakat mampu, x gitu? Tak join ke virus ke train ke apa utk naikkan page rank kita dengan percuma wahai KAAB?
Best regards
:)
Assalamualaikum..Wah hebat anda banyak aideo dalam memasarkan produk affiliate..saya pun masih dok terfikir mencari ayat² untuk memikat hati pelanggan hehe..
InsyAllah semoga berjaya diatas usaha anda.
Forumer,
Mengenai program virus anta tu, insyaAllah ana akan turut serta bila sampai topik yang sesuai nanti.
Tapi khabarnya untuk peserta Adsense, program seumpama ini 'tidak disukai' oleh Google, betul ke ?
Encik Hamid Salim,
Terima kasih di atas komen anda ! Saya juga mendoakan kejayaan di atas segala usaha anda. Apa kata anda sertai Mailing List Rakan Online saya untuk perkongsian maklumat dan bertukar-tukar pandangan. Saya juga sebenarnya masih baru dalam bidang ini...
Terima kasih !
yea semoga mereka di luar tu di dedahkan dengan perkara macam ni..
macam saya dulu kena tipu dengan skim piramid... baru la terdedah dengan perniagaan internet.. :)
kepada sahabat semua jangan terpengaruh dengan program atau skim yang menyuruh kita mencari downline semata².
kalau minat hendak menceburi dalam perniagaan internet saya mempunyai produk Master resale right..
dengan produk ini anda boleh menjual nya semula dan memberi hak kepada pelanggan anda untuk menjual semula.
kalau nak maklumat lanjut klik link di bawah
http://pemasaran-affiliate.com/pagepeel
For admin dah ada produk ker belum? jangan marah k iklan kat sini jap... :)
untuk newbiz kita kat luar tu.. agar lebih bersemangat kalam bidang ni.
semoga berjaya semua..
En. Hamid,
Terima kasih di atas komen anda!
Buat masa ni saya belum ada produk sendiri lagi. Banyak perkara yang perlu dipelajari... Cukuplah dengan menyertai program affiliate dulu buat masa ni.
Produk PAGEPeel tu tak buat program affiliate ke ? Boleh la saya tolong promotekan.
InsyaAllah akan datang nanti..
pagepeel ni masih baru lagi kat malaysia jadi saya cuba nak promosikan dulu..
tengok ada sambutan tau tak..
Catat Ulasan