Di dalam tulisan-tulisan yang lalu, saya telah memperkenalkan kepada anda tentang apa itu Laman Web Mini, yang mana merupakan salah satu dari 10 Model Perniagaan Internet yang amat menguntungkan. Saya juga telah menemukan anda dengan peluang untuk belajar membina laman web mini secara percuma.
Saya juga telah menulis serba ringkas mengenai Apa itu Program Affiliate, serta yang terbaru, tentang Apa Itu Autoresponder. Kedua-dua fungsi ini amat membantu dalam melariskan perniagaan anda di internet.
Kini telah muncul Pakej Panduan 3 dalam 1, yang diberi nama “Pakej Web Jualan” yang merangkumi 3 keperluan anda; panduan membina Laman Web Mini, panduan pemasangan Sistem Autoresponder, serta panduan pemasangan Sistem Affiliate.
Panduan ini telah disusun oleh saudara Mohd. Amirol, seorang lagi usahawan muda internet Malaysia. Panduan ini sepenuhnya ditulis di dalam Bahasa Malaysia. Oleh itu tiada lagi alasan dan halangan kepada anda yang kurang fasih berbahasa Inggeris untuk mendalaminya.
Pakej Panduan ini membolehkan anda mempelajari bagaimana untuk membina sesebuah laman web jualan mengikut kelapangan masa anda. Dan anda juga boleh menjimatkan kos sehingga RM 400.00 dengan membina laman web jualan impian anda tanpa perlu mengupah orang lain ! Meski pun anda mampu untuk mengeluarkan modal sebanyak itu, namun adalah tidak munasabah sebagai seorang usahawan perniagaan internet anda tidak mahu ambil tahu apa-apa pun tentang hal ehwal penyelenggaraan laman web anda sendiri! Oleh itu, makanya, pakej ini adalah merupakan sumber panduan yang amat sesuai untuk anda...
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej ini, sila klik disini !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan