Isnin, 26 Februari 2007

APA ITU PAYPAL ?

Di dalam tulisan yang lalu saya telah memperkenalkan satu peluang untuk menabung di internet. Peluang yang saya maksudkan ialah dengan mempromosikan secara percuma ebook/lapuran "The Rockefeller Files". Anda akan dibayar sebanyak RM 2.80 untuk setiap salinan lapuran tersebut yang didownload oleh prospek anda.

Jika anda masih belum mendownload lapuran percuma tersebut, boleh melakukannya melalui pautan berikut, dan jangan lupa untuk turut mempromosikannya : The Rockefeller Files

Walau bagaimana pun pihak pengurusan Affiliate tersebut telah menetapkan bahawa pembayaran komisen akan di masukkan ke dalam akaun Paypal anda. Jika anda seorang yang baru hendak berjinak-jinak dengan perniagaan internet, tentunya anda merasakan hal ini akan menjadi satu halangan anda merebut peluang menarik ini.

APAKAH PAYPAL ?

PayPal adalah merupakan salah satu bentuk alat pemprosesan pembayaran secara online. Ianya dikatakan adalah merchant account yang terbesar di internet selain 2CheckOut, Worldpay, Stormpay dan sebagainya. Dalam kaedah tradisional kita menggunakan cek, wang pos, kad kredit dan seumpamanya sebagai alat pembayaran kita, maka PayPal, adalah merupakan alat pembayaran dan penerimaan bayaran secara online yang amat terkenal di internet. Jika anda seorang yang sedang merancang-rancang untuk melombong wang di internet, maka memiliki akaun PayPal bagaikan sudah menjadi satu kemestian.

Saya sendiri sebenarnya baru sahaja membuka akaun PayPal ini. Pada pemikiran saya sebelum ini saya tidak memerlukannya kerana saya tidak bercadang untuk berniaga sehingga ke peringkat global. Maklumlah, saya ni sebenarnya kurang mahir berbahasa Inggeris. Jadi untuk menjual produk sehingga ke luar negara, tentulah akan menghadapi masalah.

Walau bagai mana pun, setelah mengenali Program Affiliate seperti TheRockefellerFiles.com ini, barulah saya menyedari bahawa saya masih mempunyai peluang mencari pendapatan di internet walau pun saya tidak lancar berbahasa Inggeris. Sebelum ini saya juga telah diperkenalkan oleh teman-teman dengan pelbagai program seperti ini, namun saya membiarkan sahaja ianya berlalu kerana memikirkan saya tidak mempunyai kelayakan untuk turut serta.

Dalam kebanyakan program Affiliate, alatan untuk mempromosikan produk telah disediakan oleh pemilik perniagaan tersebut, sama ada didalam bentuk banner, teks iklan , emel dan sebagainya. Oleh itu anda hanya perlu memilih mana-mana tools yang bersesuaian dengan keadaan dan tempat. Jika anda mempunyai kebolehan untuk menulis, itu adalah satu kelebihan!

BAGAIMANA MEMBUKA AKAUN PAYPAL?

Saya bukanlah orang yang berkelayakan untuk mengajar anda bagaimana untuk membuka akaun PayPal ini. Walau bagaimana pun, ianya tidaklah sesukar mana. Saya ingin memperkenalkan kepada anda sebuah ebook yang menerangkan secara lengkap, langkah demi langkah, bagai mana untuk membuka akaun PayPal ini. Penerangan turut disertakan dengan gambar 'screen shot' yang menjadikannya lebih mudah untuk difahami. Ebook ini berjudul 'Malaysia Pal', ditulis oleh saudara Hafiz Latib, diberi secara percuma kepada pengunjung laman web beliau : MalaysiaPal.com.
Diantara kandungan ebook ini ialah Bagai Membuka Dan Mengesahkan Akaun PayPal, dan Bagaimana Mengeluarkan Wang dari PayPal. Segala-galanya telah terungkap di dalam ebook ini. Anda hanya perlu mendapatkannya secara percuma melalui pautan berikut : MalaysiaPal.com.

___________________________________________________________

MUTAKHIR :

Sumber rujukan terkini untuk mempelajari PAYPAL :

5 ulasan:

mr.en berkata...

saya nak belajar tentang paypal ni..termasuk adakah dikenakan bayaran2 atau cas2 lain, jenis kad debit yg boleh diguna dan cara keluarkannya..macam mana?link ebook tu pun tak berfungsi la.

KA'AB berkata...

Asus,
Sememangnya ebook Malaysia Pal sudah tidak berada di pasaran lagi. Ini kerana kandungannya juga sudah tidak begitu relevan lagi dengan suasana semasa.

PayPal telah melakukan pelbagai rombakan dan perubahan ke atas peraturannya sejak pos ini ditulis.

Walau bagaimana pun, ebook panduan mengenai Paypal sentiasa ditulis oleh IM-IM tempatan sebagai memberi bimbingan kepada para newbie di Malaysia. Saya telah pun meletakkan sedikit update pada bahagian bawah pos ini. Sila klik pada link yang diberikan di bahagian 'MUTAKHIR' untuk mendapatkan ebook dan video panduan mengenai Paypal.

Tanpa Nama berkata...

Unquestionably believe that which you said. Your
favorite reason appeared to be on the internet the simplest thing
to be aware of. I say to you, I certainly get annoyed while people think
about worries that they just don't know about. You managed to hit the nail upon the
top as well as defined out the whole thing without having
side effect , people can take a signal. Will probably be back to get more.
Thanks

Also visit my blog post - Grass gets

yanmaneee berkata...

balenciaga shoes
nike cortez men
christian louboutin
balenciaga
nike kd 11
louboutin shoes uk
yeezy boost 350 v2
kobe sneakers
nike sneakers for men
off white clothing

thasot berkata...

why not check here r3y69w3b86 louis vuitton replica replica bags toronto replica bags los angeles his comment is here j0c05q5t92 replica bags reddit replica bags prada replica gucci bag u0q43z8g61 7a replica bags meaning