Ahad, 28 Oktober 2007

BAGAIMANA MENABUNG UNTUK BELANJA KAHWIN ?

Pertama kali melihat kepada judulnya, ianya seakan sebuah cereka misteri. Namun sebenarnya, ianya adalah sebuah ebook yang membicarakan soal-soal pengurusan kewangan peribadi. Ebook yang saya maksudkan ini ialah 'Mas Kahwin Yang Hilang', hasil jalinan minda Mohd. Suhaimi aka Shuth.

Apakah yang dimaksudkan dengan Maskahwin Yang Hilang ?

Setiap insan yang normal kejadiannya sudah pasti mempunyai keinginan untuk mendirikan rumahtangga. Tidak kira apa pun bangsanya, apa pun agamanya, kemahuan semulajadi ini adalah lumrah. Namun di dalam merealisasikan keinginan itu, terdapat pelbagai halangan yang membantutkan niat seseorang untuk berkahwin. Di antara halangan yang biasa didengar ialah mengenai masalah kewangan, atau di dalam bahasa yang lebih mudah duit tidak mencukupi untuk melangsungkan perkahwinan.

Kalau hendak diikutkan kepada kehendak asas agama, urusan pernikahan tidaklah semahal mana. Namun belenggu persekitaran dan budaya sesuatu masyarakat, telah menjadikan ianya menjadi berat dan sukar. Dan kita yang menjadi sebahagian dari masyarakat itu, mahu tidak mahu terpaksa akur dan pasrah kepada budaya itu demi menjaga maruah diri dan keluarga.

Setiap orang mempunyai cara pendapatannya yang tersendiri, sama ada berniaga atau makan gaji. Dan setiap kali meraih pendapatan tersebut, kita akan simpan sedikit untuk keperluan di masa hadapan. Mustahil sekali rasanya di zaman moden ini manusia tidak menabung dari pendapatannya. Namun tuntutan kehidupan adakalanya tidak dapat diduga. Kadangkala wang yang kita simpan itu lesap entah ke mana. Bayar itu, bayar ini, tiba-tiba kenderaan pula mengalami kerosakan, akhir-akhirnya wang simpananlah yang menjadi mangsa !

Bagi seorang bujang, di antara matlamat utama simpanannya tentulah untuk belanja perkahwinannya nanti. Namun jika tabung simpanannya sentiasa sahaja ketirisan dan kembali kosong, sampai bilakah hajatnya itu akan terlaksana ? Maka inilah yang dimaksudkan oleh penulis ebook ini sebagai "Maskahwin Yang Hilang".

Ebook ini sebenarnya adalah merupakan panduan khusus bagaimana menguruskan pendapatan dan perbelanjaan serta mengumpul belanjauntuk perkahwinan anda. Namun, pada pandangan saya, jika kita sudah bijak menguruskan kewangan kita semasa belum berkahwin, kesannya tentulah akan berterusan sehinggalah kita sudah berumahtangga.

Di antara panduan yang diberikan oleh penulis melalui ebook ini ialah :

  1. 18 tips bagaimana kita boleh berjimat dan mengumpulkan wang sehingga RM 10,000.00. Angka tersebut rasanya merupakan jumlah yang agak baik juga untuk sebuah majlis perkahwinan yang sederhana !
  2. 6 cara bagaimana mengurangkan atau mengawal hutang.
  3. 7 cara bagaimana meningkatkan pendapatan.

Ada banyak lagi tips yang telah disusun oleh penulis melalui ebook ini. Tidak semua dari kita melalui pendidikan secara formal bagaimana menguruskan kewangan peribadi. Namun keperluan kepadanya semakin dirasakan desakannya demi kesejahteraan dan kesempurnaan kehidupan kita. Adalah diharapkan ebook ini menjadi penyelesaian awal kepada keperluan ini.

Pada peringkat awal penerbitannya, buku ini telah diterbitkan didalam bentuk fizikal. Namun kini ianya telah dijadikan ebook. Ingat ! Salah satu kelebihan ebook ialah, apabila setiap kali kandungannya dikemaskinikan, anda akan mendapat versi terkininya secara percuma dari penulisnya. Begitulah kelazimannya amalan yang dilakukan oleh penulis-penulis ebook. Anda tidak tidak perlu membeli edisi terkini sepertimana buku-buku fizikal.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,

memang tidak dinafikan bahawa kewangan memanglah suatu perkara yang penting sebagai persediaan untuk mendirikan rumahtangga. Namun, masih ada beberapa perkara yang tidak kurang pentingnya untuk dipersiapkan sebelum kita mendirikan rumahtangga.Antaranya ilmu tentang perkahwinan itu sendiri. Persoalannya, sudahkah kita mempersiapkannya. Sebab itulah kita lihat banyak pasangan yang yang kaya, namun masih lagi tidak dapat mempertahankan rumahtangga yang dibina. Sebabnya mereka ini tiada ilmu yang mencukupi. Diharapkan bakal-bakal pengantin akan mempersiapkan diri dengan ilmu secukupnya.

http://perkahwinansempurna.blogspot.com

Kenduri Kahwin berkata...

Perbelanjaan kahwin memang boleh memeningkan tapi kalau betul cara dan jadualkannya dengan baik, akan dapat diselesaikan dengan baik dan lancar, terkucil sikit-sikit tu normallllah....