Jumaat, 10 Ogos 2007

BUAT DUIT DENGAN EBOOK.

Ebook adalah merupakan di antara produk yang sangat popular dijual di internet. Ianya dikategorikan sebagai Produk Digital, yang mana membawa maksud; produk yang tidak mempunyai bentuk, saiz dan berat. Dalam bahasa mudah, ianya adalah produk yang tidak dapat kita sentuh secara fizikalnya. Contoh lain bagi produk digital ini ialah seperti perisian komputer dan grafik laman web.

Saya pernah menulis mengenai definisi ebook ini di peringkat awal blog ini lagi. Produk digital seumpama ebook ini mempunyai beberapa kelebihan tersendiri jika hendak dibandingkan dengan buku fizikal. Dari segi kos penerbitan misalnya, ebook tidak memerlukan kos percetakan. Setiap kali kandungan ebook dikemaskinikan, pembeli akan mendapat edisi terkininya tanpa perlu membeli sekali lagi. Ebook juga tidak memerlukan kos penghantaran kerana ianya boleh dihantar melalui proses muat turun sahaja.

Sekiranya anda mempunyai kemahiran di dalam sesuatu bidang, mengapa tidak anda kongsikannya dengan orang lain melalui ebook ? Disamping dapat membantu menyelesaikan masalah orang ramai, anda juga boleh menjana pendapatan sampingan melaluinya !

Berikut adalah contoh-contoh ebook yang telah banyak membantu orang ramai :

Mas Kahwin Yang Hilang - Panduan untuk menguruskan kewangan anda.
Repair Komputer Sendiri - Panduan untuk membaiki komputer.
Panduan Belajar Bahasa Arab - Untuk anda yang ingin mempelajari Bahasa Arab.
Jana Wang Dengan Unit Trust – Panduan untuk melabur di dalam Saham Amanah.
Belajar Proses Installation - Panduan untuk memasang perisian komputer.

Setelah melihat beberapa contoh ebook di atas, diharapkan telah dapat membantu dan memberi idea kepada anda dalam menulis ebook anda sendiri. Apa yang paling penting, bagi memastikan produk anda laris, pengisian ebook anda mestilah mempunyai potensi dan permintaan yang tinggi. Dalam kata lain, kandungan ebook anda mestilah sesuatu yang sangat dicari-cari dan dinanti-nantikan oleh orang ramai.

Jika anda berminat untuk menulis ebook, dan ingin tahu bagaimana sesebuah ebook dihasilkan, anda boleh merujuk kepada sebuah ebook yang khusus membicarakan hal ini. Ianya diberi judul, “Rahsia Penulis Ebook”, yang ditulis oleh saudara Shamsuriyadi, atau juga dikenali sebagai Sham Raja Adsense. Saudara Sham juga adalah merupakan penulis kepada ebook “Panduan Raja Adsense”.

Diantara tajuk-tajuk yang dibincangkan di dalam ebook ini ialah Kajian mengenai Keperluan dan Permintaan, Pemilihan Tajuk, Teknik Menulis, serta Perisian-perisian yang yang berkaitan.

Ebook ini tidak sekadar mendidik anda bagai mana untuk menerbitkan ebook, malahan juga turut membantu anda bagaimana untuk membina laman web jualan serta pelbagai kaedah pemasaran yang berkesan ! Ianya merupakan sumber rujukan yang sangat lengkap dan padat !

Kepada anda yang berminat untuk memilikinya, sila kunjungi : Penulisebook.com

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hello, kami dari AIS.net.my ingin memjemput anda untuk menyertai program affiliate kami.

Kami adalah syarikat tempatan dan komisyen kami adalah sebanyak 20% dari setiap jualan.

Maklumat lanjut ada di http://ais.net.my/affiliate_bm

Kami juga mencadangkan bahawa anda menggunakan program ini untuk membawa lebih member. Anda mendapat 5% komisyen utk setiap jualan member anda.

Terima kasih. Semoga berjaya