Isnin, 26 Februari 2007

APA ITU PAYPAL ?

Di dalam tulisan yang lalu saya telah memperkenalkan satu peluang untuk menabung di internet. Peluang yang saya maksudkan ialah dengan mempromosikan secara percuma ebook/lapuran "The Rockefeller Files". Anda akan dibayar sebanyak RM 2.80 untuk setiap salinan lapuran tersebut yang didownload oleh prospek anda.

Jika anda masih belum mendownload lapuran percuma tersebut, boleh melakukannya melalui pautan berikut, dan jangan lupa untuk turut mempromosikannya : The Rockefeller Files

Walau bagaimana pun pihak pengurusan Affiliate tersebut telah menetapkan bahawa pembayaran komisen akan di masukkan ke dalam akaun Paypal anda. Jika anda seorang yang baru hendak berjinak-jinak dengan perniagaan internet, tentunya anda merasakan hal ini akan menjadi satu halangan anda merebut peluang menarik ini.

APAKAH PAYPAL ?

PayPal adalah merupakan salah satu bentuk alat pemprosesan pembayaran secara online. Ianya dikatakan adalah merchant account yang terbesar di internet selain 2CheckOut, Worldpay, Stormpay dan sebagainya. Dalam kaedah tradisional kita menggunakan cek, wang pos, kad kredit dan seumpamanya sebagai alat pembayaran kita, maka PayPal, adalah merupakan alat pembayaran dan penerimaan bayaran secara online yang amat terkenal di internet. Jika anda seorang yang sedang merancang-rancang untuk melombong wang di internet, maka memiliki akaun PayPal bagaikan sudah menjadi satu kemestian.

Saya sendiri sebenarnya baru sahaja membuka akaun PayPal ini. Pada pemikiran saya sebelum ini saya tidak memerlukannya kerana saya tidak bercadang untuk berniaga sehingga ke peringkat global. Maklumlah, saya ni sebenarnya kurang mahir berbahasa Inggeris. Jadi untuk menjual produk sehingga ke luar negara, tentulah akan menghadapi masalah.

Walau bagai mana pun, setelah mengenali Program Affiliate seperti TheRockefellerFiles.com ini, barulah saya menyedari bahawa saya masih mempunyai peluang mencari pendapatan di internet walau pun saya tidak lancar berbahasa Inggeris. Sebelum ini saya juga telah diperkenalkan oleh teman-teman dengan pelbagai program seperti ini, namun saya membiarkan sahaja ianya berlalu kerana memikirkan saya tidak mempunyai kelayakan untuk turut serta.

Dalam kebanyakan program Affiliate, alatan untuk mempromosikan produk telah disediakan oleh pemilik perniagaan tersebut, sama ada didalam bentuk banner, teks iklan , emel dan sebagainya. Oleh itu anda hanya perlu memilih mana-mana tools yang bersesuaian dengan keadaan dan tempat. Jika anda mempunyai kebolehan untuk menulis, itu adalah satu kelebihan!

BAGAIMANA MEMBUKA AKAUN PAYPAL?

Saya bukanlah orang yang berkelayakan untuk mengajar anda bagaimana untuk membuka akaun PayPal ini. Walau bagaimana pun, ianya tidaklah sesukar mana. Saya ingin memperkenalkan kepada anda sebuah ebook yang menerangkan secara lengkap, langkah demi langkah, bagai mana untuk membuka akaun PayPal ini. Penerangan turut disertakan dengan gambar 'screen shot' yang menjadikannya lebih mudah untuk difahami. Ebook ini berjudul 'Malaysia Pal', ditulis oleh saudara Hafiz Latib, diberi secara percuma kepada pengunjung laman web beliau : MalaysiaPal.com.
Diantara kandungan ebook ini ialah Bagai Membuka Dan Mengesahkan Akaun PayPal, dan Bagaimana Mengeluarkan Wang dari PayPal. Segala-galanya telah terungkap di dalam ebook ini. Anda hanya perlu mendapatkannya secara percuma melalui pautan berikut : MalaysiaPal.com.

___________________________________________________________

MUTAKHIR :

Sumber rujukan terkini untuk mempelajari PAYPAL :

Sabtu, 17 Februari 2007

PROGRAM AFFILIATE TERBARU


Kepada anda yang cenderung mencari pendapatan sampingan melalui Program Affiliate, kini ada satu lagi program terbaru untuk anda : Pil2U.com. Kepada anda anda yang baru nak mula mencuba pun boleh juga.

Laman ini menjual tiga jenis produk kesihatan : Nu-Prep (Tongkat Ali), Phyto-Oestro (Kacip Fatimah) dan Sapura Gel (Krim untuk lelaki). Yang menariknya program ini, ianya menawarkan komisen sehingga ke level 3 ; RM10.00 di level 1, dan RM5.00 di level 2 dan 3. Pada dasarnya syarat untuk menyertai program ini adalah percuma. Namun untuk melayakkan anda mengeluarkan komisen yang telah anda kumpul, anda disyaratkan membeli sekurang-kurangnya satu produk terlebih dahulu. Walau bagaimana pun anda boleh membeli produk tersebut dengan menggunakan komisen yang telah anda kumpul itu.

Oleh kerana ini adalah produk fizikal, saya mencadangkan kepada anda agar tidak sahaja mempromosikan link affiliate anda secara online secara online, tetapi juga menjual produk ini secara offline kepada rakan-rakan dan sebagainya. Anda memesannya sendiri melalui link affiliate anda dan menjualnya mengikut permintaan dari pelanggan anda. Kaedah ini pastinya lebih menguntungkan kerana anda akan mempunyai pelanggan tetap yang akan membeli secara berulang-ulang. Namun ianya bergantung kepada kemahiran anda sendiri !

Kepada anda yang berminat, sila klik pada pautan berikut untuk pendaftaran : Pil2U.com

Rabu, 14 Februari 2007

LAPURAN PERCUMA & WANG PERCUMA !!!

Semalam saya ada menerima emel dari salah seorang mentor saya. Beliau memberikan maklumat tentang satu Lapuran Percuma yang diberi judul ; The Rockefeller Files, yang ditulis oleh Eric Rockefeller.

Yang menariknya tentang lapuran percuma ini (maksud saya bukanlah pada isi kandungannya), jika anda mengedarkannya kepada orang ramai, anda akan dibayar sebanyak USD$0.50 untuk setiap salinan. Anda juga akan dibayar komisen sehingga ke level dua.

Tujuan tulisan saya pada hari ini adalah lebih kepada mempromosikan peluang tersebut kepada anda. Bukan kepada isi kandungan lapuran tersebut atau pun mengenai penulisnya. Sebenarnya saya sendiri masih belum membacanya lagi !
(He! He! He! Maklumlah tulisan dalam Bahasa Inggeris – makanya slowlah sikit… J)

Oleh kerana lapuran ini adalah percuma, maka janganlah ragu-ragu untuk mendapatkannya melalui link berikut : http://www.therockefellerfiles.com/?download=10803

Sabtu, 10 Februari 2007

APA PERNIAGAAN INTERNET YANG PALING MENGUNTUNGKAN ?

Tulisan saya sebelum ini menceritakan tentang cd-rom 59 Idea Bisnes Luar Biasa. Pada kali ini saya ingin meneruskan siri 'cipta produk anda sendiri'. Oleh itu saya ingin memperkenalkan sebuah lagi ebook yang mungkin boleh membantu mempermudahkan lagi langkah anda! Ebook yang saya maksudkan itu ialah : 10 MODEL PERNIAGAAN INTERNET (Yang Popoular, Berkesan & Menguntungkan). Ebook ini juga di tulis oleh saudara Tazilan Ibrahim (Penulis 59 Idea Bisnes Luar Biasa !) Menurut Tazilan, beliau telah membuat kajian dan pemerhatian hampir enam bulan sebelum terhasilnya ebook ini.

Jika anda adalah seorang yang baru hendak memulakan perniagaan internet, maka buku ini adalah sumber rujukan yang wajar untuk anda. Ebook ini tidak hanya sekadar memperkenalkan kepada anda perniagaan-perniagaan internet yang berdaya maju, bahkan juga penulisnya turut memberikan analisa kelebihan dan kelemahannya sesuatu model perniagaan yang diperkenalkannya itu.

Ebook ini juga sesuai kepada anda yang sudah pun memiliki perniagaan internet, tetapi ingin mengembangkan lagi dan mempelbagaikan bentuk perniagaan internet anda ! Kepada anda yang berminat untuk memiliki ebook tersebut sila klik pada pautan berikut :




Harganya sangat berpatutan : RM 20.00 sahaja!

Jumaat, 9 Februari 2007

SEMINAR, KURSUS & BENGKEL PERNIAGAAN INTERNET.

Terdapat tidak kurang dari tiga majlis ilmu berkaitan dengan perniagaan internet yang bakal berlangsung pada bulan Februari ini (yang ada dalam pengetahuan saya). Oleh itu kepada anda yang berminat untuk menambahkan ilmu pengetahuan di dalam bidang perniagaan internet, disamping menimba pengalaman dari mereka yang telah pun berjaya di dalam bidang ini, maka molek benarlah kiranya anda mengikuti program-program tersebut :


"Kursus Perniagaan Internet 3-dalam-1"

Speaker: Osman Affan
Tarikh: 17hb & 18hb Februari 2007
(Sabtu & Ahad)
Tempat: UIA Gombak, KLResearch Centre
(Berhadapan main library)
Waktu: 9.00am - 6.00pm
Yuran: RM347
Anjuran : 3DALAM1.COM
Tarikh : Sabtu, 24hb Februari 2007
Masa : 8.45 pagi hingga 5 petang
Tempat:Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur
Yuran : RM397.00
Anjuran : SAIFULSHAM.COM


Bengkel Asas Perniagaan Internet

Speaker : Zul Smartusaha & Sham Raja Adsense
Tarikh: Sabtu, 24 Februari, 2007
Masa: 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat: Pusat Komputer, UKM Bangi.
Yuran Penyertaan: RM270 sahaja
Anda boleh pilih mana-mana program yang bersesuaian dengan keselesaan masa dan bajet anda. Sila KLIK pada judul program atau nama penganjur untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program tersebut di laman web mereka.

Isnin, 5 Februari 2007

TAK ADA IDEA NAK BUAT BISNES ?


Di dalam tulisan pada bulan yang lalu, saya ada menulis tentang bagaimana untuk mencipta produk anda sendiri. Sebagai seorang yang baru hendak memulakan langkah ke alam perniagaan, sememangnya perkara ini merupakan suatu pengalaman yang amat sukar untuk dilalui. Saya rasa itu adalah pengalaman biasa bagi semua orang ! Namun begitu, dengan bimbingan dari mereka yang berpengalaman, masalah seperti ini akan lebih mudah untuk diatasi.

Kali ini saya ingin memperkenalkan satu produk yang mungkin boleh membantu anda : 59 Idea Bisnes Luar Biasa. Koleksi idea-idea unik ini adalah susunan dan kajian saudara Tazilan Ibrahim. Koleksi yang di datangkan dalan bentuk cd-rom ini turut mengandungi :



  • 59 idea unik dari seluruh dunia yang terbukti kejayaannya.

  • Teknik Brainstorming + Mindmapping ; iaitu bagaimana mencipta idea-idea bisnes yang hebat dan luarbiasa !

  • Koleksi Artikel Pilihan ; Tip lanjutan bagi memperkembangkan idea-idea kreatif di dalam bisnes.

  • Forum Eksklusif ; Sebagai pembeli, anda akan diberikan tunjuk ajar secara berterusan melalui laman forum khas.

Sekiranya anda adalah seorang yang minat dengan bisnes, tapi tiada pengalaman, tiada pengetahuan, dan tiada idea yang unik; atau pun anda mungkin sudah mempunyai bisnes, tetapi tidak tahu pula bagaimana untuk menyubur dan memantapkan bisnes anda agar lebih berdaya saing, maka memiliki cd-rom ini adalah satu pelaburan yang amat bermanfaat.

Kepada anda yang berminat untuk memiliki koleksi idea-idea bisnes luarbiasa ini, anda boleh mendapatkannya di ideabisnesluarbiasa.com.



Koleksi idea ini tentunya hanyalah sekadar panduan kepada anda, bukannya untuk dicontohi secara total. Ianya adalah sebagai pencetus, dalam menghasilkan idea-idea baru berdasarkan kepada kebolehan peribadi anda, persekitaran anda dan permintaan semasa.