Rabu, 2 September 2009

KAD RAYA DIGITAL ?

Salam Ramadhan, dan selamat mengerjakan ibadah puasa kepada rakan-rakan yang beragama Islam. Bersama-samalah kita meningkatkan kualiti dan kuantiti amalan kita, agar hari ini kita adalah lebih baik dari semalam, dan Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari Ramadhan di tahun-tahun yang berlalu.

Sudah lama benar saya tidak mengemaskini blog ini. Walau pun hakikatnya banyak perkara dan maklumat yang ingin saya kongsikan disini, namun kesempitan waktu sering sahaja mengatasi kesempatan. Apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini, hampir semua orang Islam kesuntukan waktu. Di samping melakukan rutin kehidupan, kita tentunya tidak mahu melepaskan peluang untuk turut serta merebut segala peluang dan ruang ganjaran yang dijanjikan oleh Allah swt kepada hambanya. Malang benarlah kiranya ada di antara kita membiarkan Ramadhan ini berlalu tanpa memanfaatkannya sebaik-baiknya.

* * *

Mengirim Kad Ucapan Hari Raya adalah budaya yang sudah lama berlaku di dalam masyarakat kita. Pada mulanya ianya dijadikan sebagai tanda pengganti diri kepada mereka yang tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga tercinta, atau dihantar kepada rakan-rakan yang tinggal jauh yang sudah lama tidak berjumpa.

Selepas itu, fungsi Kad Hari Raya bertambah pula kepada tujuan untuk suka-suka. Walau pun dah pasti akan balik kampung, namun kad raya tetap dikirimkan juga. Ada juga yang menjadikan kad raya sebagai penghias dan penyeri ruangan rumah di hari perayaan tersebut.

Kini budaya mengirim kad hari raya hampir ditelan zaman. Kemajuan teknologi telah menjadikan peranan kad hari raya di dalam bentuk fizikal sudah tidak relevan lagi. Apatah lagi di dalam keadaan manusia dihambat waktu kini.

Namun begitu, naluri manusia, kemahuan untuk menyampaikan ucapan dan saling ingat-mengingati diantara satu sama lain tidak mungkin akan luput. Ianya adalah sesuatu yang murni dan wajar dikekalkan. Maka, sesuai dengan perkembangan masa, kad hari raya yang bersifat digital pula mengambil peranan.

Di kesempatan ini saya ingin perkenalkan kepada anda koleksi Kad Raya Digital yang dihasilkan oleh Team Kreatif kepada anda! Sila klik DI SINI jika anda sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melihatnya.

Koleksi kad-kad raya digital ini dilukis oleh sekumpulan 6 orang pelukis berbeza dan 4 orang designer, menghasilkan rekabentuk grafik yang cantik. Ada 3 saiz semuanya. Saiz yang diberikan khas untuk dihantar dengan 3 cara yang berbeza: melalui handphone, email dan tak lupa juga untuk dicetak dan dihantar secara pos, khusus untuk anda yang masih ingin terus kekal dengan nostalgia lama. Ada lebih dari 100 pilihan rekabentuk semuanya!

Bayangkanlah, ada lebih 100 rekabentuk yang berbeza! Memang anda akan garu kepala dan rambang mata untuk memilihnya! Tapi tak mengapa, semuanya itu adalah milik anda pada satu harga sahaja. Ada boleh hantar Kad Raya Digital ini berkali-kali pada orang yang sama jika anda merasakan tidak tahu untuk memilih yang mana satu. Terima kasih kepada Team Kreatif kerana sanggup jual pakej ini dengan harga yang begitu murah sekali.

Tapi itu masih belum memadai rupanya ! Khabarnya Team Kreatif sedang menawarkan koleksi Kad Raya Digital ini pada harga yang lebih rendah dari harga sebenarnya. Namun tawaran tersebut hanyalah untuk sementara waktu sahaja, iaitu sehingga 15hb Ramadhan ini. Selepas itu nanti, harganya akan kembali ke harganya yang sebenar. Oleh itu, wajar benarlah anda mengambil kesempatan ini sementara masih anda peluang.

Khamis, 30 Julai 2009

MENJEJAKI LANGKAH 8 JUTAWAN...

Di dalam pos yang lalu, saya telah menyarankan sebuah ebook yang berjudul ‘AMALAN JUTAWAN’. Ebook ini percuma sahaja. Sesuai dengan ‘mood’ pembicaraan mengenai jutawan ini, kali ini saya ingin memperkenalkan sebuah lagi ebook yang berkisar dari hal-hal kejutawanan.

Ebook yang saya maksudkan itu berjudul ‘MENTOR JUTAWAN. Namun, ebook ini tidaklah percuma. Ianya adalah merupakan trankripsi temubual dengan 8 orang tokoh jutawan Malaysia dan Singapura. Temubual ini dilakukan oleh seorang jutawan internet, saudara Irfan Khairi.

Ebook ini sebenarnya bukanlah baru. Ianya sudah pun lama berada di pasaran. Namun setelah menyemak kembali arkib blog ini, rupa-rupanya saya terlepas pandang untuk menampilkan ebook ini sebelum ini. Oleh itu, senyampang ianya masih dibuka untuk jualan, dan bagi melengkapkan lagi fungsi blog ini sebagai direktori dan sumber rujukan, serta berkebetulan pula mempunyai kesinambungan dengan pos yang terdahulu, maka muatkannya sebagai pos untuk kali ini.

Selain dari dapat mengenali dengan lebih dekat akan jutawan-jutawan tersebut, anda juga berpeluang untuk mempelajari strategi, formula, rahsia, langkah dan juga X-factor bagaimana untuk menjadi seorang jutawan. Kejayaan yang mereka kecapi hari ini, bukanlah sesuatu yang diperolehi secara mudah. Setiap individu jutawan ini menghadapi liku-liku perjalanan kehidupan mereka yang tersendiri.

Siapakah 8 jutawan yang dimaksudkan itu ? Saya rasa tidak perlulah saya menyenaraikannya di sini, kerana ianya boleh anda rujuk langsung dari laman web IrfanKhairi.com.

Khamis, 23 Julai 2009

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJADI JUTAWAN...

Adakah anda mempunyai impian untuk menjadi jutawan ?

Tak usahlah berselindung atau cuba untuk membohongi diri sendiri. Siapalah yang tidak mahu menjadi seorang jutawan… Lagi pun , apa salahnya untuk menjadi seorang yang kaya wang. Bahkan pula, mungkin dengan bergelar jutawan, anda mampu membuat lebih banyak perkara-perkara kebajikan. Asalkan jalan dan cara anda memperolehi kekayaan itu tidak pula melampaui batasan.

Untuk menjadi jutawan, anda memang tiada pilihan. Anda perlu melibatkan diri dengan dunia perniagaan. Pernahkah anda mendengar kisah seorang jutawan dari pekerjaan makan gaji ? Tentu tidak pernah bukan ? Jika ada pun pilihan lain untuk menjadi jutawan, mungkin dengan menyertai program ‘Who Wants to Be a Millionare’, atau rancangan TV realiti, ‘One In A Million’. Namun peluang seumpama itu bukan terbuka untuk semua orang.

Sejauh manakah langkah yang telah anda lalui di dalam dunia perniagaan ini. Sudah separuh jalan ? Atau belum memulakan apa-apa lagi ? Tidak kisahlah di mana pun status anda. Orang yang telah melangkah pun belum pasti akan berjaya jika langkah mulanya sumbang belaka. Jika anda belum memulakan apa-apa, eloklah anda mengatur langkah itu dengan lebih baik dan cermat, agar anda tidak terpelecok di belakang harinya.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan kepada anda sebuah ebook panduan bagaimana mencari rezeki, khususnya di dalam bidang perniagaan, dan seterusnya melangkah menjadi jutawan !

Ebook ini berjudul ‘AMALAN JUTAWAN’, ditulis oleh saudara Mohd Hairil Nizam (MhNizam), dari PeminatJutawan.com. Ebook ini sebenarnya nipis sahaja. Amat sesuai untuk anda yang baru hendak berjinak dengan dunia perniagaan. Paling menarik, ebook ini tidak sekadar mengajar bagaimana mengatur kaedah dan strategi perniagaan semata-mata. Ianya turut membimbing anda di dalam menjaga hubungan dengan Yang Maha Pemberi Rezeki, serta hubungan sesama manusia.

Tidak perlu saya menulis banyak mengenai isi kandungan ebook ini, kerana ianya adalah PERCUMA sahaja. Jadi anda boleh membacanya sendiri tanpa mengeluarkan barang sesen pun untuk mendapatkannya.

Download segera di sini : AmalanJutawan.com

Malah, anda berpeluang untuk membuat duit pula melalui ebook ini. Promosikan ebook ini kepada sesiapa sahaja, dan anda akan dibayar sebanyak RM1.20 untuk setiap salinan. Tetapi AWAS ! Jangan berlengah-lengah lagi kerana tawaran ini akan hanya sah sehingga 31hb. Julai ini sahaja.

Apa tunggu lagi, download cepat : AmalanJutawan.com

Dan nantikan makluman dari penulis ebook ini, apa yang anda perlua buat jika anda berminat untuk menjana wang percuma darinya.

Selasa, 21 Julai 2009

WORKSHOP RAHSIA RAJA LELONG

Workshop Rahsia Raja Lelong

Saya pernah menulis mengenai seorang pakar lelongan online di blog ini sebelum ini. Beliau yang saya maksudkan itu ialah saudara Eruwan Gerry Norsen. Saya juga pernah memperkenalkan ebook-ebook tulisan beliau secara bersiri di blog ini.

Kini Eruwan muncul lagi dengan program atau produk terbarunya. Kali ini di dalam bentuk bengkel pula. Ianya dinamakan Workshop Rahsia Raja Lelong.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai workshop tersebut :

Tarikh : 8hb. Ogos, 2009.
Masa : 8.30 – 5.00 petang.
Tempat : Hotel Melia, Kuala Lumpur.

Kepada anda yang pernah membaca buku-buku dan ebook Eruwan, namun masih memerlukan bimbingan langsung dari beliau untuk memulakan gerak, jangan lepaskan peluang ini. Kepada anda yang malas nak baca ebook, baca buku, workshop ini menawarkan kaedah pengajaran secara ‘talaqi’ dari mereka yang berpengalaman di dalam bidang tersebut.

Turut mengiringi saudara Eruwan dan memperkongsikan ilmu dan pengalaman beliau, ialah saudara Mohd Yuzafi Yunos, seorang penjual cemerlang di Lelong.com.my. Ini bermakna anda bukan sekadar dapat menceduk ilmu dari seorang pakar, malahan dua orang pakar sekali gus !

Kepada anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai workshop ini, sila lawati laman web RahsiaRajaLelong.com/workshop.
Workshop Rahsia Raja Lelong

Ahad, 21 Jun 2009

BAGAIMANA UNTUK MUDAH HAMIL ?

Anda sudah berumahtangga untuk sekian lama dan masih belum berupaya untuk mendapatkan seorang cahaya mata ? Dan anda benar-benar kepingin untuk mendapatkan zuriat ? Jangan berputus asa ! Kini saya ada satu berita baik bagi mereka masih yang belum dikurniakan anak.

Sempena dengan Bulan Jun sebagai Bulan Kesedaran Kesuburan Antarabangsa (World Fertility Awareness Month) satu panduan lengkap ilmu-ilmu tentang kesuburan telah dilancarkan dalam bentuk ebook. Ebook ini dinamakan Rahsia Mudah Hamil. Ianya ditulis oleh pasangan suami isteri yang pernah mengalami masalah yang sama sebelum dikurniakan zuriat. Ini telah menggerakkan mereka untuk membuat satu kajian yang mendalam terhadap ilmu-ilmu tentang kesuburan. Oleh kerana kedua-dua mereka berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Genetik dan Sains Pemakanan, bukan menjadi suatu masalah bagi mereka untuk mendapatkan maklumat-maklumat dari sumber-sumber yang jarang dicapai oleh kebanyakan orang. Pasangan yang saya maksudkan itu ialah Abu Jarir dan Ummu Aisyah.

Apa yang menariknya, mereka telah membuat kajian selama 3 tahun. Hasil kajian mereka selama tempoh itu, mereka telah berjaya menghasilkan satu ebook setebal kira-kira 300 mukasurat, yang penuh dengan informasi dan panduan yang sangat praktikal. Tetapi oleh kerana ianya terlalu tebal, mereka telah mengeluarkan satu bab dari ebook tersebut untuk diterbitkan sebagai ebook yang kedua nanti. Walaupun begitu, ebook Rahsia Mudah Hamil sebenarnya masih cukup tebal bagi kategori ebook kerana ianya berjumlah 212 mukasurat.

Daripada 212 mukasurat ebook Rahsia Mudah Hamil tersebut, penulis telah memetik satu bahagian dari ebook tersebut sebanyak 23 mukasurat dan diberikan secara percuma dalam bentuk lapuran yang sangat praktikal bertajuk ‘Mengesan Kesuburan Dengan Kaedah BBT’. Ia mula diedar sejak Oktober 2008 dan sehinga Mei 2009, dan telah dimuatturun oleh 1426 orang. Dalam tempoh tersebut, beliau menerima beberapa email daripada pembaca yang memberikan pengakuan ikhlas mereka bagaimana dengan lapuran percuma 23 halaman tersebut, dengan izin Allah swt mereka telah berjaya hamil anak pertama.

Ya... itu baru hanya 23 mukasurat! Bagaimana pula kiranya jika dengan 212 mukasurat? Kata penulis, beliau cukup yakin bahawa setiap orang yang membeli ebook Rahsia Mudah Hamil ini, sudah pasti mereka juga akan membeli ebook susulan kedua mereka nanti.

Yang paling menakjubkan, penulis telah membongkarkan sebanyak 15 kaedah untuk mengesan hari-hari subur bagi meningkatkan peluang kehamilan. Sesuatu yang sangat-sangat jarang diketahui oleh semua orang. Semuanya didapati dari sumber-sumber kajian saintifik seperti buku rujukan luar negara dan jurnal-jurnal perubatan.

Sebenarnya banyak lagi intro tentang isi kandungan ebook ini. Semuanya boleh anda perolehi dengan mengunjungi laman web rasmi mereka iaitu di MudahHamil.com.

Zuriat adalah rezeki kurniaan Allah kepada kita. Dan seperti rezeki-rezeki yang lainnya, ianya perlu diusahakan bagi mendapatkannya. Ada jalan yang mudah, dan adakalanya juga jalan yang sukar. Namun, keberhasilan hanya menjadi milik orang yang gigih berusaha, bersabar, dan berdoa. Setelah semua itu dilakukan, dan kita masih juga gagal, barulah selayaknya kita menyatakan bahawasanya... “Aku masih belum punyai rezeki !”


Rabu, 20 Mei 2009

FORUM : MEDAN PEMASARAN BERKESAN !

Saya amat pasti bahawa ramai di kalangan pengguna internet, terutamanya di kalangan yang muda-muda, telah amat biasa berforum. Di laman forum, kita boleh merehatkan minda dengan ‘bersembang’ dengan ahli-ahli yang lain, menambah ilmu dengan bertukar pandangan, dan juga menambah kenalan baru.

Namun, bukan sekadar itu sahaja. Tahukah anda, selain dari tujuan-tujuan seperti yang tersenarai di atas, forum juga boleh dijadikan ruang dan peluang untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan anda ? Bagi yang telah biasa dengan pemasaran internet ini, anda pastinya sudah pun maklum. Namun tidak juga semua yang menggunakan forum sebagai lapangan pengiklanan mereka itu berjaya menjual produk mereka dengan jayanya.

Menggunakan forum sebagai kaedah pemasaran memerlukan adab, method dan strategi tertentu bagi menjadikannya lebih berkesan. Barangkali, kemahiran inilah yang kurang dimiliki oleh IM yang berstatus newbie ini.

Maka kerana itulah, terlahirlah sebuah ebook yang mampu memandu anda memanipulasikan forum internet sebagai wadah untuk melakukan promosi yang cemerlang. Ebook ini berjudul ‘Kuasa Forum’, yang telah disusun oleh saudara Mohd Zulfadli. Saudara Zulfadli atau dikenali juga sebagai Smartzul ini telah berpengalaman lebih dari tiga tahun, didalam menggunakan forum sebagai platform promosi kepada perniagaan.

Menurut Zul, asas utama kepada kejayaan pemasaran di forum hanyalah satu, iaitu ‘kredibiliti’! Menurut Kamus Dewan terbitan DBP, kedibiliti membawa maksud ‘keboleh percayaan’. Ya! Anda perlu melahirkan rasa kebolehpercayaan di kalangan orangramai (khususnya ahli-ahli forum) terlebih dahulu terhadap kemampuan diri anda bagi meningkatkan keyakinan mereka terhadap anda. Ini bermakna anda perlu mempromosikan diri anda dahulu sebelum mempromosikan produk anda. Proses ini dinamakan ‘membina kredibiliti’. Tentu anda merasakan ianya adalah sesuatu yang sukar bukan ?

Namun menurut Zul, proses tersebut tidaklah seperit mana. Malahan ianya boleh dicapai di dalam tempoh yang tidak sampai sebulan pun. Tetapi, ianya kenalah dibuat dengan kaedah yang betul. Ada banyak cara untuk membina kredibiliti anda di forum. Semuanya ada dinyatakan di dalam Kuasa Forum’.

Kredibiliti adalah satu hal. Promosi adalah satu hal yang lain pula. Jika anda sudah mempunyai kredibiliti di sesebuah forum, langkah untuk melakukan promosi akan menjadi semakin mudah. Namun promosi juga memerlukan strateginya yang tersendiri pula. Sekali lagi Smartzul mengkongsikan formula, rahsia dan pengalaman beliau lewat ebook ini.

Turut dibicarakan di dalam ebook ini ialah bagaimana melakukan Join Venture (JV) dengan ahli-ahli forum yang lain bagi menambahimpakkan lagi pemasaran anda. Ebook Kuasa Forum ini juga akan membimbing anda secara langkah demi langkah bagaimana untuk mendapatkan dan mempengaruhi bakal rakan kerjasama niaga anda ini.

Sabtu, 16 Mei 2009

MAJALAH IM #13 : BLOG, BLOGGER, BLOGGING...


Kepada pembaca setia Majalah IM; sudahkah anda mendapatkan edisi terkini majalah tersebut. Kalau belum, cepat-cepatlah download dekat sini. Kepada anda yang masih baru, dan belum mengenal dekat dengan Majalah IM, majalah ini adalah merupakan satu-satunya e-majalah yang membicarakan mengenai dunia perniagaan dan pemasaran internet berbahasa Melayu yang unggul di Malaysia buat masa ini. Ianya adalah merupakan sumber rujukan terbitan percuma yang diterbitkan secara berkala, dan setia menemui anda pada setiap bulan.

Baiklah, mari kita sorot serba sedikit kandungan Majalah IM edisi terkini ini. Majalah IM kali ini mengangkat judul ‘Pro Blogger’ sebagai isu utamanya. Rasa-rasanya, rata-ratanya sudah pun mengenali dan memahami apa itu blog. Saya sendiri pernah menulis secara ringkas mengenai ‘Apa Itu Blog’ di awal kelahiran blog saya ini. Namun, apa yang saya tulis itu tidaklah sesarat apa terkupas di dalam majalah Majalah IM kali ini, dimana telah membicarakan dengan lebih terperinci lagi akan definisi, penjenisan dan peranan blog itu sendiri.

Setiap orang mungkin mempunyai sebab yang tersendiri dan berbeza di antara satu sama lain di dalam menulis blog. Namun perbincangan Majalah IM mengenai blog adalah khusus mengenai blog yang dihasilkan untuk tujuan meraih pendapatan, atau ‘Pro Blogger’. Kepada pendatang baru, anda mungkin merasa aneh bagaimana blog boleh dijadikan sumber rezeki. Namun ianya bukanlah mustahil, bahkan sudahpun terbukti. Sila baca artikel berjudul ‘Tips Menjana Wang Dari Blog’, di mukasurat 16 majalah ini.

Blog yang baik adalah blog yang sentiasa dikemaskini. Namun adakalanya kita akan ketandusan idea untuk menulis dan menambahtokok kandungan blog kita dengan bahan dan maklumat terkini. Saudara Adly Mukhtar pula mengkongsikan idea dan pengalamannya sendiri melalui ‘5 Sumber Idea Kemaskini Blog’.

Jika anda ingin mendapatkan panduan bagaimana untuk menjadi seorang ‘Pro Blogger’, dengan kemahiran kemahiran anda yang telah sedia ada, anda boleh mendapatkan sedikit tips melalui ‘Pro Blogging Untuk Pelbagai Niche’. Tulisan ini disumbangkan oleh Galadriel.

Istilah ‘Pro’ adalah berasal dari perkataan ‘profesional’, yang membawa maksud sesuatu bidang pekerjaan yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang khusus. Oleh itu, Pro Blogger boleh dikatakan sebagai seseorang yang melibatkan diri secara sepenuh masa, dan bergantung hidup di dalam bidang ini sebagai sumber rezekinya.

Sesuai dengan temanya, maka Majalah IM kali ini mengangkat seorang tokoh ‘Pro Blogger’ melalui slot temubualnya. Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Rohaizad, dari Rohaizad.com. Beliau adalah merupakan salah seorang contoh blogger yang melibatkan diri secara ‘pro’ di dalam bidang ini. Ada banyak tips yang beliau berikan bagaimana blog mampu memberikan anda sumber kewangan. Anda boleh baca sendiri, atau dengar sahaja melalui pilihan audio MP3.

Ada banyak lagi artikel-artikel menarik yang mampu menambahnilai kepada daya keintelektualan anda. Namun tidak wajar rasanya untuk didedahkan semuanya di sini. Anda boleh tatap dan baca sendiri. Itu mungkin lebih meruntun keinginan anda.

Ada satu perkara lagi yang ingin saya maklumkan di sini. Senyampang dengan isu kali ini yang berbicara mengenai penjanaan wang dari blog. Sejak beberapa keluaran yang lalu, pehak pengurusan Majalah IM telah menganjurkan Pertandingan Menulis Review Majalah IM bagi setiap edisinya. Hadiah utama adalah dari tempat pertama hingga ketiga. Namun bagi setiap 60 penyertaan terawal, anda akan diberikan saguhati sebanyak RM5.00, tanpa sebarang penilaian kualiti! Syarat utamanya ialah review anda mestilah disiarkan di blog anda sendiri. Mulakan langkah anda sekarang. Manalah tahu, mungkin ini adalah merupakan langkah pertama anda ke arah menjadi seorang... PRO BLOGGER!



Siapa mereka ini ? Kenapa ramai-ramai ni ? Ada majlis kenduri ke ?

Ikuti cerita lanjut di Majalah IM...