Isnin, 14 Mac 2011

JOM BERNIAGA DI KEDAI ONLINE !

Anda mempunyai impian untuk membuka sebuah perniagaan ? Atau anda sememangnya sudah mempunyai perniagaan, namun ingin mengembangkan lagi keupayaan perniagaan anda hingga ke persada online? Ini ada satu ruang dan peluang yang mungkin mampu membantu impian anda menjadi kenyataan .

Kepada anda yang berhasrat untuk membuka sebuah perniagaan, namun tidak mempunyai cukup pengetahuan dan pengalaman, bahkan juga tidak mempunyai modal yang besar, saya menyarankan anda memulakan perniagaan anda secara online, atau perniagaan internet. Ini kerana dengan berniaga atau membuat jualan online, anda tidak memerlukan modal yang begitu besar. Sejumlah RM500.00 sudah amat mencukupi, malah jika lebih rendah dari jumlah tersebut pun anda masih boleh memulakan langkah pertama. Bahkan juga, jika anda tahu caranya, anda juga sebenarnya boleh berniaga di internet tanpa memerlukan sebarang modal pun. Tapi harap maklum ya ! Bahawa kenyataan saya ini adalah bermaksud jika sekiranya anda sudah pun memiliki laptop dan talian internet anda sendiri.

Saya tidak akan membicarakan lanjut bagaiman anda boleh berniaga di internet tanpa sebarang modal ini, melainkan mengenai satu perkara sahaja pada hari ini, iaitu mengenai laman web. Hal-hal lain seperti bagaimana cara mendapatkan produk dan sebagainya, bolehlah anda ikhtiarkan sendiri dari sumber lain, atau insyaAllah, akan saya bicarakan di masa mendatang jika sekiranya ada kesempatan.

Laman web adalah merupakan elemen penting jika anda ingin berniaga di internet. Ada banyak pilihan bentuk laman web untuk anda menjual barang seperti blog, forum, Facebook dan sebagainya. Laman-laman web yang disebutkan tadi boleh disertai secara percuma sahaja kerana terdapat pehak tertentu yang telahpun menyediakan tapak dan pasarannya sekali. Namun jika anda serius untuk berniaga di internet, sementelahan pula barang yang ingin anda jual itu berbentuk fizikal, serta mempunyai bentuk dan jenama yang pelbagai, maka laman web yang dirasakan sangat bersesuaian untuk tujuan itu ialah laman web yang menyediakan kemudahan system 'Shopping Cart'.

Sistem 'Shopping Cart' adalah merupakan salah satu sistem yang terdapat di dalam perniagaan internet atau sistem e-dagang. Ianya juga turut dikenali sebagai 'Online Store' atau pun 'Kedai Online' di dalam Bahasa Melayunya. Analogi mudahnya sistem ini ialah seumpama anda berada di sebuah pasar mini atau pasaraya nyata. Anda berlegar di dalam kedai atau pasaraya itu sambil menolak sebuah troli. Apabila bertemu dengan produk yang anda berkenan, dan anda akan mengambilnya dan memasukkan ke dalam troli atau bakul yang anda bawa. Begitulah seterusnya sehinggalah apa yang anda cari sudah memadai., maka anda pun membawa barang-barang itu ke kaunter pembayaran. Di kedai online, anda tidak perlu berlegar-legar atau merayau-rayau sambil menolak troli. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah melayari kedai online tersebut di hadapan laptop, sambil ditemani secawan minuman panas atau sejuk. Apabila bertemu dengan produk pilihan, anda hanya perlu mengklik pada butang yang telah ditentukan, dan 'barang' tersebut akan masuk ke dalam 'troli maya' anda. Setelah berpuas hati dengan apa yang anda pilih, anda hanya perlu klik pada butang 'Check Out' untuk ke 'Kaunter Pembayaran'. Mudah bukan ? Tidak perlu bersesak di jalan raya, beratur di kaunter, menghauskan tayar kereta, menanggung kos petrol, atau pun terpaksa berebut-rebut dengan manusia lain untuk mendapatkan kenderaan awam.

Ada banyak pilihan dan jenama perisian untuk sistem Shopping Cart ini di luar sana. Anda boleh membinanya sendiri, atau pun mengupah orang lain untuk melakukannya. Namun hari ini saya lebih cenderung untuk memperkenalkan kepada sistem Shopping Cart yang disediakan oleh pehak Lot.my.

Apa itu LOT.MY ?


Lot.my adalah merupakan sebuah laman web yang menyediakan kemudahan 'Shopping Cart' dan Hosting sekaligus. Laman web yang telah mula beroperasi secara online sejak Januari, 2010 ini, telah dibangunkan oleh Aidan Technologies Sdn. Bhd. Ada beberapa sebab saya menyarankan anda menggunakan sistem ini. Sebab pertama ialah kerana pehak Lot.my memberikan pilihan kepada anda; sama ada membuka akaun secara percuma, atau pun memilih akaun Premium, keahlian berbayar. Saya telah menulis mengenai perniagaan internet tanpa modal di awal penulis ini tadi. Maka saya lebih menjurus untuk mengutamakan pilihan percuma untuk penulisan ini. Namun, jika anda mampu memulakan perniagaan dengan modal yang selesa, maka tiada halangan untuk anda membuka akau Premium. Namun anda tidak perlu khuatir. Anda juga sebenarnya masih boleh menaiktarafkan akaun anda dari status percuma kepada Premium jika perniagaan anda sudah berkembang dengan baik nanti.


Sebab kedua saya menyarankan Lot.My ialah keranan sistemnya yang sangat mudah untuk dikendalikan. Jika anda mempelajari atau mengkajinya secara serius, selewat-lewatnya dalam tempoh satu hari sahaja anda sudah boleh mengendalikan ke semua fungsi-fungsi yang telah disediakan oleh Lot.my. Jika anda masih kurang faham, usah risau, kerana boleh membuat pertanyaan terus melalui emel, atau melalui ruangan forum di Facebook. Ini adalah lagi satu kelebihan jika anda berurusan dengan Lot.my. Anda boleh membuat pilihan sama ada mahu menggunakan Bahasa Melayu, atau pun Bahasa Inggeris apabila berhubung dengan meja bantuan Lot.my. Ini kerana Lot.my dibangunkan oleh anak tempatan Malaysia. Oleh itu jika anda mempunyai sebarang masalah atau kemusykilan, anda boleh memohon bantuan dari pehak Lot.my dengan bahasa yang mudah anda fahami.

Segala ciri-ciri yang ada pada jenama software untuk sistem Shopping Cart hampir terkandung di dalam Lot.my. Anda juga tidak perlu mencari penyedia hosting untuk kedai online anda, kerana dengan menggunakan khidmat Lot.my, anda seolah-loh membeli pakej 'semua dalam satu'. Antara ciri-ciri menarik yang ingin saya utarakan di sini ialah kita boleh menatacarakan 'kos penghantaran'. Jika anda mempunyai pelbagai produk yang berbilang saiz dan berat, tentunya akan memeningkan kepala untuk menentukan kos penghantarannya. Selain itu, kita juga mempunyai kadar bayaran pos yang berbeza di antara wilayah Semenanjung dan Borneo. Dengan membuat setting di 'weight based shipping', anda boleh menetapkan kadar kos penghantaran walau berapa pun beratnya. Selain itu, anda juga masih boleh meletakkan kos penghantaran secara 'flat rates', atau pun 'per item'. Terpulanglah kepada kehendak anda sendiri. Cukuplah sekadar itu, satu contoh kemudahan kedai online yang boleh anda manfaatkan. Yang selainnya itu, anda boleh menjelajahnya secara kendiri di Lot.my.

Kedai online Lot.my tidak sekadar membenarkan anda menjual produk fizikal semata. Anda juga boleh menjual produk-produk yang bersifat digital. Menariknya di sini, anda tidak perlu menggunakan hosting lain untuk meletakkan produk digital tersebut. Pehak Lot.my turut menyediakan ruang untuk anda menguploadkan produk-produk digital anda itu. Dan pelanggan boleh terus sahaja memuatturun produk tersebut melalui ruangan download di akaun mereka sebaik sahaja anda menetapkan urusniaga anda dengan pelanggan anda itu pada status 'Completed'. Begitu mudah bukan ? Berapa banyak pun produk digital yang anda ada, anda boleh menyenaraikannya di kedai online ini

Anda mungkin tertanya-tanya kenapa atau bagaimana saya boleh menulis semua ini dengan rasa begitu yakin sekali ? Jawapan kepada pertanyaan itu ialah, saya juga adalah pengguna kedai online Lot.my ini. Saya bukanlah seorang pengulas atau penganalisa profesional. Apa yang saya tulis bukanlah sekadar pengalaman memandu uji sistem ini di ruangan Demo. Apa yang saya kongsikan di sini adalah pengalaman peribadi menggunakan kedai online Lot.my sepanjang hampir setahun yang lalu. Jika anda mengikuti perkembangan blog ini, anda mungkin sudah pun membaca pos yang berkenaan dengan pembukaan kedai online kami (KEDAISIBERNEKA) di Lot.my.



Dengan Lot.my, anda tidak perlu lagi memikirkan soal pembinaan website. Sama ada dari sudut kewangan mahu pun pengetahuan teknikalnya. "Create your store in 5 minutes", begitulah kata-kata yang boleh anda baca di laman web Lot.my. Ya! Memang semudah itu. Apa yang perlu anda fikirkan kini ialah bagaimana mendapatkan produk-produk yang mempunyai permintaan baik dan luar biasa. Jika sudah ada, bererti anda sudah pun menghampiri langkah untuk bergelar Usahawan Internet. Keahlian Percuma di Lot.my sudah pastinya tidak menawarkan ruang dan kepelbagaian kemudahan seperti Keahlian Premium. Namun sekurang-kurangnya, ianya adalah langkah pertama anda untuk seribu langkah seterusnya...

JOM BERNIAGA DI INTERNET BERSAMA LOT.MY !


Ahad, 13 Mac 2011

MENGAPA RAMAI PELAJAR CEMERLANG GAGAL MENGIKUTI KURSUS KERJAYA SELEPAS SPM ?


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai satu topik, dimana mungkin membuatkan adik-adik kita lepasan SPM 2010 khususnya tertanya-tanya; kenapa begitu ramai pelajar cemerlang GAGAL untuk mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM ?

Begitulah persoalan yang mungkin sedang menjadi kemusykilan kepada anda. Berikut adalah senarai 20 aspek mengapa kebanyakan lepasan SPM kita sering gagal :

  • Ramai pelajar yang akur dan patuh dengan kehendak ibubapa.

  • Ramai pelajar salah pilih kursus yang tepat danbersesuaian.

  • Ramai pelajar yang tiada minat yang mendalam tentang sesuatu kursus.

  • Ramai pelajar yang kurang mendapat pendedahan tentang kerjaya selepas SPM.

  • Ramai pelajar gagl temuduga kerana tiada persiapan awal.

  • Ramai pelajar belum pernah menghadiri bengkel atau tiada pengalaman dalam ceramah kerjaya selepas SPM.

  • Ramai pelajar tidak faham tentang pernyataan hasrat kerjaya selepas SPM

  • Ramai pelajar dan guru serta ibu bapa tidak faham tentang meritokrasi.

  • Banyak pihak pandang sambil lewa sewaktu memilih kursus.

  • Kurang pendedahan tentang syarat kemasukan Universiti.

  • Ramai pelajar bincang sesama mereka yang tidak tahu apa-apa.

  • Guru-guru kerjaya masih tidak faham dan tidak cekap dalam menjelaskan aspek kerjaya selepas SPM.

  • Ramai pelajar yang berpandukan syarat minima dalam pemilihan.

  • Ramai pelajar yang pilih kursus tidak mengikut apa yang mereka minati.

  • Semua perlu ingat! Kalau gagal dapat tempat kerjaya atau kursus. Rugi 1 tahun.

  • Ramai pelajar yang degil!! Tidak mahu mendengar pandangan orang lain.

  • Ramai pelajar pilih "U" yang ternama dan hebat sahaja.

  • Ramai pelajar tidak mahu pilih Universiti yang jauh-jauh.

  • Ramai pelajar yang dibimbing oleh kakak dan abang yang tidak tahu. Ramai pelajar lebih rendah ikut pelajar lebih tinggi.

Itu adalah beberapa penyebab kegagalan anda dalam mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM. Insyaallah jika perkara di atas dielak dan sentiasa bermuhasabah diri, anda terutamanya pelajar lepasan SPM akan berjaya!

Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini ? Dapatkan rujukannya di LepasanSPM.com


Ahad, 12 Disember 2010

JUALAN PROMOSI HUJUNG TAHUN DI KEDAISIBERNEKA !

Untuk makluman pengunjung semua, KEDAISIBERNEKA kini sedang menganjurkan Jualan Promosi Hujung Tahun buat kali pertamanya. Ianya telah pun mula berlangsung sejak awal Disember lalu. Jualan promosi ini akan menawarkan pengurangan harga dari kadar harga biasa, pada produk-produk terpilih. Pilihan produk ini pula akan bertambah dari masa ke masa sehinggalah ke minit terakhir bulan Disember 2010 ini.

Sesuai dengan slogan promosi ini ; "Lebih banyak pembelian, lebih banyak penjimatan !" anda disyorkan agar membuat pembelian pada kuantiti yang lebih pada produk-produk yang lazim anda gunakan, kerana ianya boleh membantu anda untuk membuat lebih penjimatan...

Ayuh! Jom ke KEDAISIBERNEKA !

Ahad, 5 Disember 2010

BUAT DUIT DENGAN SEMINAR USAHAWAN INTERNET !

Penulisan ini adalah merupakan kesinambungan dari pos yang lalu. Sengaja ianya dibuat didalam dua bahagian kerana ianya membicarakan dua perkara yang berbeza. Jika di dalam pos yang lau, saya mempromosikan peluang untuk anda menyertai seminar bagaimana untuk menjadi usahawan internet secara percuma, namun kali ini saya ingin membawakan bagaimana untuk menjana pendapatan dari laman web Seminar Usahawan Internet itu sendiri.
Anda mungkin sudah memahami apa itu Pay Per Lead atau PPL. Ianya adalah merupakan salah satu kaedah promosi berbayar melalui medium internet. Ianya adalah salah satu cabang dari Program Affiliate. Saya pernah menulis serba sedikit mengenainya melalui blog ini sebelum ini.

'Seminar Usahawan Internet' turut mempunyai program PPLnya sendiri. Ianya menawarkan komisen sebanyak RM1.00 untuk aras pertama, serta 50 sen untuk aras seterusnya sehingga ke aras lima. Caranya mudah sahaja, iaitu anda hanya perlu mempromosikan laman web Seminar Usahawan Internet ini dengan apa sahaja kaedah sekali pun, selagi ianya tidak menyalahi etika promosi di internet. Anda boleh memperkenalkan laman web ini melalui emel kepada rakan kenalan, atau melalui blog anda sendiri, atau pun melalui laman sosial yang lain. Apabila ada individu yang mendaftar untuk menghadiri seminar percuma ini, anda akan dibayar RM1.00.

Untuk menyertai program ini, anda hanya perlu pergi ke laman web Seminar Usahawan Internet, skrol hingga ke bahagian bawah halaman, dan klik pada pautan 'AFFILIATE' (seperti di dalam imej di bawah). Ikuti langkah selanjutnya dari halaman berikutnya nanti.

Sekian, perkongsian peluang dari saya. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat darinya. Siapa tahu, ini mungkin RM pertama anda meraih pendapatan melalui internet, seperti mana anda telah melakukan langkah pertama dengan menyertai 'Seminar Usahawan Internet'...

Jumaat, 3 Disember 2010

SEMINAR USAHAWAN INTERNET. PERCUMA !!!

Ini ada berita baik untuk anda yang sedang bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan internet, tapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Jika anda seorang yang sedang mencari maklumat, ingin menambah ilmu, sedang mencari tapak untuk, memulakan langkah pertama, atau masih mencari keyakinan diri untuk menceburkan diri di dalam bidang ini, seminar ini mungkin merupakan satu peluang yang tidak mungkin harus dilepaskan. Ini kerana seminar yang dianjurkan ini adalah secara PERCUMA sahaja, sedangkan nilai yuran sepatutnya menurut pihak penganjur ialah sebanyak RM150.00. Bukan benar bahawa ini merupakan satu peluang yang tidak seharusnya anda lepaskan ?

Seminar ini dianjurkan oleh Koperasi Pendidikan Usahawan Internet Selangor Berhad (KPUISB), yang beribupejabat di Petaling Jaya. Koperasi ini telah diasaskan oleh saudara Khairul Nizam Mukhtar, atau lebih dikenali sebagai Nizzura. Saudara Nizzura adalah merupakan seorang Internet Marketer (IM) sepenuh masa sejak dari tahun 2007 lagi. Beliau juga telah mendapat bimbingan dari beberapa IM tersohor di peringkat antarabangsa.

Baiklah, bagaimana hendak menyertai SEMINAR PERCUMA ini ? Caranya mudah sahaja ! Iaitu dengan mendaftarkan nama di laman web SEMINAR USAHAWAN INTERNET, milik KPUISB ini. Sila pilih tarikh seminar yang anda inginkan, kemudian daftarkan nama anda di borang online yang telah disediakan di laman web tersebut. Begitu mudah ? Borangnya juga agak mudah dan ringkas sahaja. Tidak banyak maklumat yang perlu anda isikan. Hanya NAMA, EMEL,NO. HP dan TARIKH SEMINAR yang ingin anda hadiri.

Semoga maklumat ini berguna untuk anda semua. Ada banyak perkara dan rahsia yang ingin dikongsikan oleh pihak penganjur dengan anda. KPUISB juga mempunyai wawasan Satu Keluarga Satu Perniagaan. Mungkinkah anda merupakan salah seorang darinya ?

Jumaat, 29 Oktober 2010

KEDAISIBERNEKA KINI DI FACEBOOK !


Diam tak diam, rupa-rupanya sudah hampir tiga bulan juga rupanya blog ini tidak dikemaskini. Terlalu cepat masa berlalu. Di dalam pos yang terdahulu, saya pernah menguatkan tekad untuk kembali aktif memblog. Sememangnya dari hari ke hari saya berazam untuk mengemaskinikan blog ini. Rupa-rupanya sudah sekian lama kemahuan itu tertunda. Alasannya adalah tiada lain ; saya kini sedang menguruskan Kedaisiberneka yang sedang beroperasi di lokasi baru. Alhamdulillah, setakat ini perkembangannya sangat baik sekali. Kini sudah hampir 150 produk telah disenaraikan di kedai online kami itu.

Perkembangan terkini yang lain, Kedaisiberneka juga sudah mempunyai halaman sendiri di Facebook. Tujuan halaman ini diwujudkan adalah sebagai medan mempertemukan di antara pengurusan Kedaisiberneka dengan pelanggan. InsyaAllah, sebarang perkembangan mengenai Kedaisiberneka khususnya mengenai produk-produk terkini dan juga acara-acara lain, akan dimaklumkan di sana. Para pengunjung juga boleh bertanya terus dengan kami mengenai sebarang makluman di ruangan 'komen'. Dengan ini saya ingin menjemput anda semua yang mempunyai akaun Facebook untuk menjadi rakan kami dengan mengklik pada lencana di atas.

Jumaat, 9 Julai 2010

BLOG KEDAISIBERNEKA KEMBALI lagi...


Sekali lagi blog ini telah tinggal terbiar untuk sekian lama. Jika dilihat pada pos terakhir saya sebelum ini, kira-kira sudah tiga bulan lamanya saya menyepi. Sebenarnya di dalam tempoh tersebut saya sedang membangunkan satu lagi laman web Kedaisiberneka. Kali ini menggunakan hosting di Lot.my. Hosting ini adalah milik Aidan Technologies Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik warga Malaysia.

Jika hendak dibandingkan dengan kemudahan yang disediakan di Tripod.com, ciri-ciri yang ada di Lot.my adalah lebih menepati kehendak kedai online yang sebenar, kerana ianya menggunakan kaedah shopping cart. Ianya bukan sahaja lebih mesra pelanggan, bahkan juga turut memudahkan peniaga untuk menguruskan jualan dan perniagaan. Alhamdulilah, walau pun belumlah sempurna sepenuhnya, kini Kedaisiberneka di lokai baru ini sudah pun mula beroperasi. Bahkan kami telah pun mula menerima tempahan dan pesanan. Kepada anda yang masih belum lagi berkunjung ke kedai baru kami ini, sila-silakanlah menjenguk : http://kedaisiberneka.lot.my/ .

Walau bagaimana pun, kedai online kami yang telah bermula sejak tahun 2006 lagi di Tripod, akan kekal beroperasi seperti biasa. InsyaAllah, mudah-mudahan selepas ini nanti Blog Kedaisiberneka ini juga akan kembali aktif untuk berkongsi maklumat dengan anda dengan pelbagai produk-produk fizikal dan digital yang terkini...