Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya tidak cukup minum air terutamanya air masak dan menyebabkan kencing menjadi lebih pekat. Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan.
Malah, individu yang bernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang. Kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun dan lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.
Sesetengah ubat, contohnya ubat yang selalu digunakan oleh para atlet boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu. Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman hati, jantung, limpa, daging merah, dan makanan laut bercengkerang seperti kerang dan tiram, serta alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang.
Pada masa sama diet yang kurang serat seperti kurang pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin menyumbang kepada masalah. Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi mendapat batu karang. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.
Antara kesan batu karang pada badan ialah sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimana pun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan.
Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara 5 hingga 15 minit. Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.
Air kencing berdarah, air kencing keruh dan berbau busuk, rasa mual dan muntah, sentiasa terasa hendak kencing dan demam jika ada jangkitan merupakan tanda-tanda awal penyakit batu karang. Oleh itu, Herba Nusantara tampil dengan menawarkan rawatan alternatif dalam merawat dan mencegah batu karang dan terhasilnya RAJA HERBA.
Mengikut testimony yang diperolehi, Encik Alias yang berasal dari Dungun Terengganu yang mengidap penyakit batu karang sembuh selepas mengamalkan Raja Herba selama seminggu. Batu Karang encik Alias keluar melalui saluran kencing dan darah tingginya juga sudah stabil.
Puan Tengku Noorela Binti Tengku Ngah yang merupakan isteri encik Ismail juga menghidap penyakit batu karang dan lelah. Penyakit lelah yang dihidapinya mula beransur-ansur kurang dan batu karang yang dihidapinya hancur dalam masa 2 bulan.
Tengku Noorela juga baru menyedari ketiadaan batu karangnya selepas membuat pemeriksaan kali kedua selepas bertemu dengan pakar perubatan dan merasa amat gembira dengan hasilnya. Tengku Noorela juga menyarankan kepada pengguna di luar sana agar turut sama menggunakan Raja Herba dan bagi mengelakkan batu karang sebaiknya pengambilan Raja Herba diamalkan secara berterusan.
Untuk mendapatkan produk RAJA HERBA secara online sila klik pada pautan berikut : MINUMAN RAJA HERBA
___________________________________________________________
Nota : Tulisan di atas adalah salinan semula dari Rencana Iklan (Judul asal : BATU KARANG KELUAR SELEPAS MINUM RAJA HERBA ) yang dikeluarkan oleh pehak Herba Nusantara dan telah disiarkan di akhbar-akhbar tempatan. Penyiaran semula rencana tersebut di blog ini adalah bertujuan sebagai perkongsian maklumat dan testimoni mengenai produk dan kesannya.
2 ulasan:
yeezy boost
longchamp
supreme new york
longchamp handbags
russell westbrook shoes
curry 6
offwhite
louboutin shoes
birkin bag
yeezy shoes
anchor their website you could check here click this over here now go to website click for more info
Catat Ulasan