Penyakit ghout adalah berpunca daripada kristal-kristal asid urik yang terbentuk di dalam sendi-sendi. Ia biasanya mula terbentuk di bahagian ibu jari kaki. Asid urik mudah turun ke bahagian kaki dan susah untuk naik kembali ke bahagian atas badan.
Ia dianggap bendasing dalam badan dan satu siri serangan imunisasi badan dan akan menyebabkan radang dan bengkak serta sakit ghout yang amat sangat.
Berikut adalah pengalaman salah seorang pengguna Minuman Raja Herba iaitu Haji Mohd Yusuf bin Jaafar, yang kini berusia 65 tahun, telah mengidap penyakit ghout agak lama iaitu sejak 15 tahun yang lalu. Beliau kini menetap di Bagan Dato’, dan bertugas sebagai Tok Siak Masjid Bagan Dato’ di kampungnya.
Sebenarnya beliau juga mengalami masalah Kencing Manis dan Darah Tinggi. Beliau tidak dapat pergi ke masjid untuk menjalankan tugas sebagai Tok Siak.
Walau pun beliau berpantang dalam mengambil makanan tertentu, kadangkala penyakit ghoutnya tetap datang dengan tiba-tiba.
Seperti mana beliau sedia maklum, kandungan asid urik adalah penyebab rasa sakit, terutama di bahagian sendi dan kaki. Setelah membaca iklan di akhbar Harakah, beliau terus mencuba Minuman Raja Herba . Alhamdulillah perubahan demi perubahan dirasainya dari semasa ke semasa.
Menurutnya lagi, Minuman Raja Herba yang amat serasi dengan beliau, setelah puluhan produk kesihatan dan ubat yang dicubanya tidak mendatangkan kesan yang memuaskan. Beliau bersyukur kepada Allah swt kerana dengan izinnya penyakit Ghout yang dialaminya sembuh selepas mengambil minuman Raja Herba.
Pada peringkat awal mengambil minuman Raja Herba, beliau mengalami beberapa tindakbalas pemulihan iaitu sendi terasa sakit dan badan terasa sakit dan badan terasa gatal. Namun beliau menyedari sejak awal lagi perkara ini mungkin berlaku setelah membaca risalah produk dari syarikat tentang kemungkinan berlakunya tindak balas tersebut.
Beliau terus juga minum Raja Herba setiap hari serta minum air masak yang lebih. Setelah beberapa hari kesan tindak balas semakin berkurang dan sakit sendi juga berkurang dengan banyak sekali. Setelah mengamalkan minuman Raja Herba sebanyak 2 botol beliau berasa penyakit ghoutnya telah tiada lagi. Beliau juga telah mencuba makanan laut sepertib udang dan sotong, dan Alhamdulillah tidak member kesan sakit seperti dahulu lagi.
Kini minuman Raja Herba menjadi minuman harian beliau setiap hari. Harganya pun tidak mahal iaitu hanya RM35.90 sahaja sebotol dan boleh diminum hampir sebulan lamanya. Sesungguhnya produk yang terbaik bukanlah yang mahal atau berjenama, tetapi produk yang serasi dengan tubuh badan seseorang. Bagi anda yang mengalami masalah yang serupa, tiada salahnya untuk mencuba minuman Raja Herba. InsyaAllah dengan izin Allah penyakit ghout dan lain-lain penyakit akan beransur pulih.
Bagi anda yang ingin mencuba produk minuman Raja Herba ini bolehlah mendapatkannya secara online di KEDAISIBERNEKA.
_________________________________________________________
Nota : Tulisan di atas adalah salinan semula dari Rencana Iklan (Judul asal : DERITA GHOUT 15 TAHUN SEMBUH SELEPAS MINUM RAJA HERBA) yang telah dikeluarkan oleh pehak Herba Nusantara dan telah disiarkan di akhbar tempatan. Penyiaran semula rencana tersebut di blog ini adalah bertujuan sebagai perkongsian maklumat dan testimoni mengenai produk dan kesannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan