Sudah lama benar saya tidak mengemaskini blog ini. Walau pun hakikatnya banyak perkara dan maklumat yang ingin saya kongsikan disini, namun kesempitan waktu sering sahaja mengatasi kesempatan. Apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini, hampir semua orang Islam kesuntukan waktu. Di samping melakukan rutin kehidupan, kita tentunya tidak mahu melepaskan peluang untuk turut serta merebut segala peluang dan ruang ganjaran yang dijanjikan oleh Allah swt kepada hambanya. Malang benarlah kiranya ada di antara kita membiarkan Ramadhan ini berlalu tanpa memanfaatkannya sebaik-baiknya.
Mengirim Kad Ucapan Hari Raya adalah budaya yang sudah lama berlaku di dalam masyarakat kita. Pada mulanya ianya dijadikan sebagai tanda pengganti diri kepada mereka yang tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga tercinta, atau dihantar kepada rakan-rakan yang tinggal jauh yang sudah lama tidak berjumpa.
Selepas itu, fungsi Kad Hari Raya bertambah pula kepada tujuan untuk suka-suka. Walau pun dah pasti akan balik kampung, namun kad raya tetap dikirimkan juga. Ada juga yang menjadikan kad raya sebagai penghias dan penyeri ruangan rumah di hari perayaan tersebut.
Kini budaya mengirim kad hari raya hampir ditelan zaman. Kemajuan teknologi telah menjadikan peranan kad hari raya di dalam bentuk fizikal sudah tidak relevan lagi. Apatah lagi di dalam keadaan manusia dihambat waktu kini.
Namun begitu, naluri manusia, kemahuan untuk menyampaikan ucapan dan saling ingat-mengingati diantara satu sama lain tidak mungkin akan luput. Ianya adalah sesuatu yang murni dan wajar dikekalkan. Maka, sesuai dengan perkembangan masa, kad hari raya yang bersifat digital pula mengambil peranan.
Di kesempatan ini saya ingin perkenalkan kepada anda koleksi Kad Raya Digital yang dihasilkan oleh Team Kreatif kepada anda! Sila klik DI SINI jika anda sudah tidak sabar-sabar lagi untuk melihatnya.
Koleksi kad-kad raya digital ini dilukis oleh sekumpulan 6 orang pelukis berbeza dan 4 orang designer, menghasilkan rekabentuk grafik yang cantik. Ada 3 saiz semuanya. Saiz yang diberikan khas untuk dihantar dengan 3 cara yang berbeza: melalui handphone, email dan tak lupa juga untuk dicetak dan dihantar secara pos, khusus untuk anda yang masih ingin terus kekal dengan nostalgia lama. Ada lebih dari 100 pilihan rekabentuk semuanya!
Bayangkanlah, ada lebih 100 rekabentuk yang berbeza! Memang anda akan garu kepala dan rambang mata untuk memilihnya! Tapi tak mengapa, semuanya itu adalah milik anda pada satu harga sahaja. Ada boleh hantar Kad Raya Digital ini berkali-kali pada orang yang sama jika anda merasakan tidak tahu untuk memilih yang mana satu. Terima kasih kepada Team Kreatif kerana sanggup jual pakej ini dengan harga yang begitu murah sekali.
Tapi itu masih belum memadai rupanya ! Khabarnya Team Kreatif sedang menawarkan koleksi Kad Raya Digital ini pada harga yang lebih rendah dari harga sebenarnya. Namun tawaran tersebut hanyalah untuk sementara waktu sahaja, iaitu sehingga 15hb Ramadhan ini. Selepas itu nanti, harganya akan kembali ke harganya yang sebenar. Oleh itu, wajar benarlah anda mengambil kesempatan ini sementara masih anda peluang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan