Sabtu, 16 Mei 2009

MAJALAH IM #13 : BLOG, BLOGGER, BLOGGING...


Kepada pembaca setia Majalah IM; sudahkah anda mendapatkan edisi terkini majalah tersebut. Kalau belum, cepat-cepatlah download dekat sini. Kepada anda yang masih baru, dan belum mengenal dekat dengan Majalah IM, majalah ini adalah merupakan satu-satunya e-majalah yang membicarakan mengenai dunia perniagaan dan pemasaran internet berbahasa Melayu yang unggul di Malaysia buat masa ini. Ianya adalah merupakan sumber rujukan terbitan percuma yang diterbitkan secara berkala, dan setia menemui anda pada setiap bulan.

Baiklah, mari kita sorot serba sedikit kandungan Majalah IM edisi terkini ini. Majalah IM kali ini mengangkat judul ‘Pro Blogger’ sebagai isu utamanya. Rasa-rasanya, rata-ratanya sudah pun mengenali dan memahami apa itu blog. Saya sendiri pernah menulis secara ringkas mengenai ‘Apa Itu Blog’ di awal kelahiran blog saya ini. Namun, apa yang saya tulis itu tidaklah sesarat apa terkupas di dalam majalah Majalah IM kali ini, dimana telah membicarakan dengan lebih terperinci lagi akan definisi, penjenisan dan peranan blog itu sendiri.

Setiap orang mungkin mempunyai sebab yang tersendiri dan berbeza di antara satu sama lain di dalam menulis blog. Namun perbincangan Majalah IM mengenai blog adalah khusus mengenai blog yang dihasilkan untuk tujuan meraih pendapatan, atau ‘Pro Blogger’. Kepada pendatang baru, anda mungkin merasa aneh bagaimana blog boleh dijadikan sumber rezeki. Namun ianya bukanlah mustahil, bahkan sudahpun terbukti. Sila baca artikel berjudul ‘Tips Menjana Wang Dari Blog’, di mukasurat 16 majalah ini.

Blog yang baik adalah blog yang sentiasa dikemaskini. Namun adakalanya kita akan ketandusan idea untuk menulis dan menambahtokok kandungan blog kita dengan bahan dan maklumat terkini. Saudara Adly Mukhtar pula mengkongsikan idea dan pengalamannya sendiri melalui ‘5 Sumber Idea Kemaskini Blog’.

Jika anda ingin mendapatkan panduan bagaimana untuk menjadi seorang ‘Pro Blogger’, dengan kemahiran kemahiran anda yang telah sedia ada, anda boleh mendapatkan sedikit tips melalui ‘Pro Blogging Untuk Pelbagai Niche’. Tulisan ini disumbangkan oleh Galadriel.

Istilah ‘Pro’ adalah berasal dari perkataan ‘profesional’, yang membawa maksud sesuatu bidang pekerjaan yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang khusus. Oleh itu, Pro Blogger boleh dikatakan sebagai seseorang yang melibatkan diri secara sepenuh masa, dan bergantung hidup di dalam bidang ini sebagai sumber rezekinya.

Sesuai dengan temanya, maka Majalah IM kali ini mengangkat seorang tokoh ‘Pro Blogger’ melalui slot temubualnya. Beliau yang dimaksudkan ialah saudara Rohaizad, dari Rohaizad.com. Beliau adalah merupakan salah seorang contoh blogger yang melibatkan diri secara ‘pro’ di dalam bidang ini. Ada banyak tips yang beliau berikan bagaimana blog mampu memberikan anda sumber kewangan. Anda boleh baca sendiri, atau dengar sahaja melalui pilihan audio MP3.

Ada banyak lagi artikel-artikel menarik yang mampu menambahnilai kepada daya keintelektualan anda. Namun tidak wajar rasanya untuk didedahkan semuanya di sini. Anda boleh tatap dan baca sendiri. Itu mungkin lebih meruntun keinginan anda.

Ada satu perkara lagi yang ingin saya maklumkan di sini. Senyampang dengan isu kali ini yang berbicara mengenai penjanaan wang dari blog. Sejak beberapa keluaran yang lalu, pehak pengurusan Majalah IM telah menganjurkan Pertandingan Menulis Review Majalah IM bagi setiap edisinya. Hadiah utama adalah dari tempat pertama hingga ketiga. Namun bagi setiap 60 penyertaan terawal, anda akan diberikan saguhati sebanyak RM5.00, tanpa sebarang penilaian kualiti! Syarat utamanya ialah review anda mestilah disiarkan di blog anda sendiri. Mulakan langkah anda sekarang. Manalah tahu, mungkin ini adalah merupakan langkah pertama anda ke arah menjadi seorang... PRO BLOGGER!



Siapa mereka ini ? Kenapa ramai-ramai ni ? Ada majlis kenduri ke ?

Ikuti cerita lanjut di Majalah IM...

4 ulasan:

abgzol berkata...

..review yg menarik & saya juga saya rekomenkan kepada sesiapa sahaja utk mendownload Majalh IM #13 sangat2 mengujakan kalau anda nak tau tips & strategi buat duit dengan blog!

KA'AB berkata...

Terima kasih abgzol, di atas komen dan kunjungan...

PakarHowTo berkata...

wah..menarik sekali review ini.
kronologi review ini disusun
begitu cantik dan jelas.

pada saya, paling creative nya
ialah dengan meletakkan sekeping
gambar dan melontarkan satu soalan
'psiko' yang membuatkan pembaca
entri ni terasa ingin tahu
apakah cerita di sebalik gambar
tersebut.

saya jangkakan, review ini
bakal mendapat salah satu
daripada 3 hadiah teratas.

hmmm...rasa tercabar la pulak
untuk membuat review pertama
saya utk majalah IM ni...huhu

KA'AB berkata...

Terima kasih PakarHowTo, di atas komen anda yang panjang lebar mengenai review saya ni.

Di samping memberi sokongan kepada Majalah IM, teringin juga nak menang hadiah.

Saya dah dua kali mendapat kedudukan Top 3. Cuma tempat pertama je yang belum merasa lagi. Tu yang mengidam sangat tu!

Kebetulan pulak dapat idea untuk timbulkan tanda tanya pada gambar tu. Mudah-mudahan mendapat perhatian juri. Nak beri review yang menyengat, saya tak pandai...

Anda bila lagi ? Mudah-mudahan bertambah meriah pertandingan ini...