Rabu, 12 September 2007

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARRAK !

Salam sejahtera dan selamat berpuasa saya ucapkan buat semua teman-teman pengunjung setia blog ini. Tidak dilupakan juga buat anda yang pertama kalinya berkunjung !

Saya baru sahaja menunaikan solat tarawih sebentar tadi. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga usia saya ke Ramadhan tahun ini. Walau pun saya ni bukanlah tua sangat, namun usia bukanlah pengukur untuk berapa lama kita akan berada di dunia ini.

Mudah-mudahan di Ramadhan kali ini, kita sama-sama muhasabah diri, sejauh manakah pencapaian kita dalam menabung bekalan kita untuk perjalanan ke alam ukhrawi. Seterusnya pula meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti ibadah kita. Marilah kita memanfaatkan Ramadhan ini sebaik-baiknya, kerana kita belum pasti lagi akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang…

Di bulan Ramadhan ini kita ada dua pilihan ; ada orang yang berlumba-lumba untuk membuat pahala, sementara ada pula yang berlumba-lumba membuat duit sehingga terlupa fungsi Ramadhan yang sebenarnya. Maka terpulanglah kepada anda membuat pilihan, asalkan anda bukan dari golongan yang ketinggalan.

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini terlebih dahulu saya ingin memaklumkan, bahawa berkemungkinan saya tidak dapat mengepos secara konsisten seperti sebelumnya. Kebiasaannya saya akan menulis sekurang-kurangnya satu atau dua pos seminggu. Maklum sahajalah Ramadhan, jadual harian biasanya amat padat dan terhad ! Peluang untuk memakmurkannya hanya sebulan dalam setahun. Itu pun jika badan kita masih sihat!

Kepada anda yang ingin membaca pos terkini saya, saya cadangkan anda menyertai mailing list saya. InsyaAllah, saya akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini blog ini dari masa ke masa. Sila daftarkan nama anda di borang subscriber di bar sebelah kanan blog ini.

Sekian, selamat berpuasa, tapi bukan hanya sekadar berpuasa !

KA'AB
1 Ramadhan, 1428.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selamat berpuasa juga diucapkan..

Ye bulan ramadhan setahun hanya sekali..

Semoga kita sama² dapat pertingkatkan amal.

"Semoga ramadhan tahun ni lebih baik dari tahu lalu"