Selasa, 3 April 2007

APA ITU AGLOCO ?


Sudah lama benar saya tidak menulis di blog ini. Ini kerana saya sedang melakukan promosi untuk program Search n Earn. Harap-harap program ini benar-benar memberikan hasil seperti mana yang telah dijanjikan. Sekiranya anda adalah pembaca setia blog ini, saya mohon maaf kerana sudah agak lama tidak menulis...

Anda masih lagi didalam siri penulisan saya mengenai pendapatan sampingan yang berasaskan bidang pengiklanan. Apa yang menariknya program yang ingin saya perkenalkan kepada anda pada kali ini juga adalah PERCUMA untuk disertai. Ianya dinamakan AGLOCO. Apakah yang dimaksudkan dengan AGLOCO itu ? Ianya adalah akronim bagi rangkaian perkataan ; A Global Community. Jikan ditafsirkan, ianya membawa makna “Masyarakat Sejagat”. Dari namanya sahaja sudah membayangkan bahawa penyertaannya adalah terbuka kepada seluruh pengguna internet sedunia!

Sebagai mana program Search N Earn dari SlashMySearch.com yang telah saya perkenalkan sebelum ini, program AGLOCO sangat mudah. Anda hanya perlu 'set up'kan viewbar AGLOCO di skrin komputer anda, dan selepas itu anda hanya perlu melayari internet seperti biasa sebagaimana yang telah anda lakukan sebelum ini. Namun begitu, jika sekiranya anda inginkan jumlah pendapatan yang lebih baik, maka anda hendaklah melakukan sedikit kerja iaitu dengan menghebahkan program ini kepada masyarakat internet yang lainnya dan mengajak mereka menjadi downline anda pula. Ini kerana jumlah ahli yang ramai akan menjadikan program ini lebih kukuh, dan dapat 'mengikat' para pengiklan untuk terus setia bersama AGLOCO.

Oleh kerana terdapat perbezaan dalam operasi kedua-dua program ini maka saya berpendapat kedua-dua program ini boleh disertai secara serentak. SlashMySearch.com menggunakan homepagenya sebagai syarat utama penyertaan, sementara AGLOCO pula hanya sekadar pemaparan viewbarnya di skrin komputer anda.Viewbar inilah yang akan berfungsi menyiarkan iklan-iklan yang bersesuaian mengikut minat dan kecenderungan pemilik komputer tersebut.

Khabarnya program seumpama AGLOCO ini sudah pernah dijalankan pada sekitar tahun 1999. Pada ketika itu program tersebut dinamakan AllAdvantage. Program ini dikatakan sangat berjaya sehingga mampu membuat pembayaran sebanyak USD$100juta (sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Paid_to_surf ) Walau bagai manapun, program tersebut akhirnya terpaksa berkubur kerana kekurangan pengalaman. Ini kerana, pada tahun tersebut, penggunaan internet sebagai sumber penjanaan wang baru sahaja hendak bermula.
Kini program seumpama AllAdvantage itu muncul kembali dengan wadah dan kaedah yang sama, tetapi dengan nama yang baru; AGLOCO. Program ini dibangunkan kembali oleh bekas pengasas AllAdvantage, beserta beberapa tokoh muka baru.

Jika anda sudah memahami bagaimana Search n Earn Program (SlashMySearch.com) bergerak, tentu tidak sukar untuk memahami bagaimana AGLOCO berfungsi. Tiada banyak perbezaan di antara keduanya. Semakin ramai downline anda, makan semakin besarlah pula potensi pendapatan anda. Anda juga boleh menggunakan@mengajak downline anda di Search n Earn Program untuk turut menyertai program ini. Ini kerana tiada persaingan atau pertindihan di antara kedua program ini
.
Berikut adalah maklumat ringkas bagaimana program AGLOCO ini bergerak:

1. Anda hanya perlu melayari internet sekurang-kurangnya 5 jam untuk setiap bulan
bagi melayakkan anda menerima bayaran.

2. Anda sangat dianjurkan supaya mencari downline seramai mungkin supaya
menyertai program ini bagi mendapatkan pendapatan yang lebih besar. Anda
berhak mendapat komisen sehingga ke level 5.

3. Belum ditetapkan lagi kadar bayaran yang bakal diterima oleh ahli untuk setiap jam
(minima 5jam!) yang yang dilayari.

4. (Maklumat akan ditambah dari masa ke masa...)

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini melalui blog, forum dan FAQs yang telah disediakan oleh pihak penganjur program. Sila klik pada pautan berikut untuk mendaftar : http://www.agloco.com/r/BBCM8423

Untuk anda yang inginkan rujukan mengenai AllAdvantage, sila gunakan pautan berikut:
http://en.wikipedia.org/wiki/Paid_to_surf


Komen peribadi saya: Jika sejarah AllAdvatage menjadi sandaran, maka ternyata program ini sememangnya membayar komisen yang telah dijanjikan kepada ahli-ahlinya. Upline saya adalah merupakan salah seorang yang turut menerima bayaran pada ketika itu. Program ini juga tidak meminta apa-apa bayaran untuk penyertaan. Maka, apa salahnya untuk mencuba ?

Saya akan mengemaskinikan maklumat dan perkembangan terkini program ini dari masa ke masa melalui blog ini. Kepada anda yang telah mendaftar melalui link ID saya di atas, sila hubungi saya melalui emel (kedaisiberneka@yahoo.com.my) bagi membolehkan kita bekerjasama dan saling bantu membantu untuk mengembangkan organisasi kita. Saya juga akan memberikan link-link tambahan yang berkaitan untuk menambahkan lagi maklumat anda. Jangan lupa untuk menyatakan nombor ID anda sekali!

Bersama berkongsi peluang !

11 ulasan:

Servant berkata...

Salaaam alaikum

Ana join jugak Agloco sblm ni, try test belaka hehe, dan ikut pada kata sorang mat salleh tu maybe dalam masa 6 bulan lg mereka akn bayar ahli2 yg guna Agloco kut, ntah laa.

Ana ada jugak taja semuanya jadi 15 org saja, tp malangnya seorang pn x aktif, x reti ambe huhu. So skrg duk surf sorang2 laa isy7

Tp kalau diorg faham konsep dia, diorg pn akan surf je, psl 5 jam je sebulan bukan payah pn, ttp malangnya masih ramai yg x faham konsep networkin dengan Agloco ni, mcm mana ntah nk bagi diorg faham :)

Yang malangnya org melayu kita ni surf sangat internet, tp yg banyak dapat untung adalah orang2 asing, kita tak sedar. So kalau kita tak korek sikit demi sikit dari diorg, mcm mana laa ekonomi mereka tak kuat?? betul tak? Tapi tu la, ana tengok orang2 Islam especially Melayu ni payah nak bersatu padu huhu

Best regards
:)

Servant berkata...

Ya akhi, ni saje nak tambah je ni, sorii . Nape x guna Adsense? Kalau cam bidvertiser ni payah nk cari advertiser utk Malaysia punya, Kalau ada pn yang casino dan ngarut2 tu je.

Kalau Google, dia luas dan advertiser dia tak terhingga banyak, yang utk Malaysia pn byk, so banyak la iklan kuar kat ads akhi tu,

sekadar bagi cadangan :)

KA'AB berkata...

Akhi Servant,
Penyertaan ana di dalam AGLOCO ni adalah seperti anta juga; mencuba & meluaskan pengalaman. Lagi pun, kalau dilihat dari segi rasionalnya program ini, boleh diterima akal juga. Soal membayar atau tidaknya tu, kena tunggu dan lihatlah nampaknya.

Masalahnya program AGLOCO ini tidak memberikan maklumat downline kepada kita. Kalau dapat alamat emel mereka pun okaylah! Bolehlah kita hubungi mereka, beri motivasi sikit, atau bantu mereka bagaimana nak buat promosi.

Pasal bersatu di dalam bidang ekonomi ni, ana sedang merasakan betapa peritnya menjadi peniaga sebagai seorang muslim. Terasa dizalimi oleh sedara2 seIslam sendiri.

Mengenai ADSENSE, sebenarnya dah lama ana berangan-angan nak join. Bahkan dah apply pun! Tapi disebabkan blog ini berbahasa Melayu, susah sikit nak lulus. Bidviser ni pun baru aje register. Seperti kata anta : Try test belaka !

Kalau anta ada banyak tips & trik mengenai ADSENSE, teringin jugak nak menuntut. Belajar dengan cara berguru ni tentu lebih berkesan dari sekadar membaca buku. Agama juga menyarankan begitu... Amacam ? Boleh ke ?

Tanpa Nama berkata...

Just one worry I listen to a lot is usually that
creating a home fitness center will consider up too much area.


my web-site bowflex selecttech 552

Tanpa Nama berkata...

It presents resistance to every consumer with out the risk
of joint pains.

Also visit my web site :: http://www.getfitnstrong.com/bowflex-dumbbells/

Tanpa Nama berkata...

Reveals your power expenditure for the duration
of a single work out session too as your accumulated kilocalories during various exercise
sessions.

Feel free to surf to my webpage: weights and dumbbells for sale

Tanpa Nama berkata...

You don't need to consider a faculty course.

My webpage - please click the following internet site

Tanpa Nama berkata...

The Bowflex Collection seven treadmill is now a well known item for those looking to buy a treadmill on
line.

Look at my blog post ... bowflex selecttech 552

Tanpa Nama berkata...

Several pricey and debilitating chronic disease could be prevented with individuals very
simple tests.

my weblog related resource site

Tanpa Nama berkata...

For men and women to gain mass, they really need to boost the weights they use, from one particular point to a different.


Here is my page; www.getfitnstrong.com

Tanpa Nama berkata...

You will discover those who declare that residence gym equipment present you with
a much better training session while others assert you have to have dedicated equipment for every
muscle team.

Look at my blog post: linked website