Khamis, 12 April 2007

PROMOTER SAMBILAN EYECATCHER

Tulisan kali ini adalah merupakan tulisan yang terakhir saya dalan siri pendapatan sampingan melalui pengiklanan. Jika dikira dari "Google Adsense", maka sudah tiga peluang yang saya perkenalkan kepada anda. Walau bagai mana pun, peluang yang ingin saya perkenalkan pada kali ini bukanlah pengiklanan yang berasaskan internet. Namun begitu, anda boleh gunakan internet sebagai medium promosi dan merekrut ahli / downline. Contoh yang boleh anda lihat ialah laman web saya sendiri : Eyecatcher2u.

Apa itu Eyecatcher ?

Konsep pengiklanan Eyecatcher ialah pengiklanan di cermin kereta. Sama ada di depan atau belakang. Konsep pengiklanan seumpama ini telah diperkenalkan oleh Syarikat Accential Holdings, sebuah syarikat pengiklanan yang beribupejabat di Puchong, Selangor. Ianya telah dilancarkan pada 27hb. Ogos, 2006. Jika di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, konsep pengiklanan di badan kenderaan telah pun menjadi kebiasaan. Di badan-badan bas dan teksi umpamanya. Namun begitu konsep pengiklanan Eyecatcher ini membawa sedikit kelainan di mana sticker iklannya ditampal di cermin kereta dan stickernya pula bersifat lutsinar. Selain fungsi sebenarnya sebagai objek iklan, sticker ini juga boleh dijadikan sebagai penapis cahaya.

Keahlian untuk program ini hanya dibuka untuk pemilik-pemilik kenderaan persendirian sahaja. Sehingga kini, seramai 93,849 orang telah mendaftarkan diri. Walau bagai mana pun , jumlah tersebut sebenarnya masih terlalu kecil kerana sasaran sebenar syarikat yang seramai 2 juta peserta.

Bagaimana anda dibayar ?

Apabila kenderaan anda terpilih untuk ditampal sticker iklan, anda akan dibayar sebanyak RM 10.00 untuk tempoh sebulan. Jika kontrak dengan pelanggan syarikat adalah selama 3 bulan (sebagai contoh), maka anda akan mendapat sebanyak RM30.00. Jumlah tersebut tentunya tidak begitu besar bukan ? Akan tetapi, jika anda mempunyai ramai downline, maka setiap downline yang terpilih anda juga akan mendapat sebanyak RM10.00 juga bagi setiap downline. Tapi kenapa ada perkataan 'terpilih'? Ini kerana tidak semua peserta yang mendaftar akan layak untuk menjadi promoter di dalam satu-satu masa. Sebagai contoh jika anda mempunyai downline berdaftar seramai seratus orang, tetapi hanya 40 orang sahaja yang layak untuk menjadi promoter untuk sesuatu kempen, maka anda layak untuk mendapat komisen sebanyak RM400.00 sebulan.

Pemilihan kelayakan untuk penampalan sticker adalah bergantung kepada kehendak pelanggan syarikat. Ianya mungkin melibatkan laluan kereta anda, negeri anda, usia anda atau seumpamanya. Setiap pelanggan mempunyai golongan sasaran mereka yang tersendiri untuk produk mereka. Jika sekiranya pelanggan tersebut hanyalah sebuah syarikat kecil, dan hanya mahu mempromosikan produk mereka di kawasan tertentu sahaja , maka peserta dari kawasan itulah yang akan terpilih. Sebaliknya jika pelanggan syarikat tersebut adalah merupakan syarikat multinasional, maka berkemungkinan besar semua ahli akan berperluang untuk turut serta.

Anda berhak untuk mendapat komisen sehingga ke level 4. Nilai komisen pada setiap level adalah sama iaitu RM10.00 bagi setiap downline. Walau pun anda tidak layak untuk menjadi promoter pada satu-satu masa, namun anda tetap layak untuk menikmati komisen dari downline anda...

Maklumat lanjut dan peraturan untuk menyertai program ini boleh anda perolehi dari laman web promosi saya : Eyecatcher2u. Walau bagaimana pun, untuk sementara waktu ini, sejak 15hb Mac yang lalu, pendaftaran ahli-ahli baru telah dihentikan untuk sementara waktu. Khabarnya, pehak syarikat sedang mengemaskinikan data-data keahlian yang sedia ada, serta persediaan untuk pengedaran sticker. Siapakah yang akan terpilih, masih belum diketahui lagi. Namun begitu, jika anda berminat untuk menyertai program ini, bolehlah anda mengisi borang pendaftaran sementara (borang manual) di laman web saya itu. Saya akan menyimpan maklumat anda dan mendaftarkannya sebaik sahaja pendaftaran dibuka semula.

Tiada ulasan: