Rabu, 3 Januari 2007

SALAM PERKENALAN !

Assalamu'alikum dan salam muhibbah!
Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada anda yang berugama Islam serta Selamat Tahun Baru untuk semua!

Terima kasih kerana sudi melawati Blog Kedai Siberneka. Hari ini blog ini dilancarkan untuk pertama kalinya. Sesuai dengan pelancaran ni, maka penulisan saya pada hari ini sudah pastinya lebih merupakan kepada ucapan alu-aluan sahaja!
Sebenarnya saya telah bercadang untuk melancarkan blog ini pada 1hb Januari yang lalu. Namun, oleh kerana pada ketika itu saya sedang bercuti untuk Hari Raya Aidil Adha dan Tahun Baru, maka tidak dapatlah hasrat ini direalisasikan.

Laman blog ini dibangunkan adalah bertujuan untuk memberi maklumat tambahan, ulasan atau informasi yang lebih lengkap kepada produk-produk yang tersenarai di laman web utama kami di http://kedaisiberneka.tripod.com/.

Saya tidak pasti apakah pernah wujud sebuah blog yang seumpama ini sebelum ini, kerana saya sendiri bukanlah seorang yang pakar di dalam sejarah blogging ini. Namun begitu, rasanya bukanlah sesuatu yang menjadi kesalahan untuk saya melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan. Walau bagaimana pun, saya tidak akan selamanya terikat dengan kerangka yang telah saya tetapkan itu. Mungkin sesekali, saya akan cuba menulis, menyorot dan mengulas tentang perkara selain dari produk jualan kami, agar laman ini menjadi lebih selesa untuk anda semua.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada tokoh-tokoh blog Malaysia seperti Smartzul, Robotys, Suhaimy, ‘Saifulsham’ dan lain-lainnya (sekadar menyebut beberapa nama), kerana telah memberikan saya banyak maklumat dan pengetahuan tentang ilmu penulisan dan pengurusan blog ini. Dengan adanya peneroka-peneroka seperti anda yang telah terlebih dahulu merintis jalan, dan berkongsi pengetahuan, menjadikan laluan kami selaku pendatang baru menjadi lebih mudah… Anda tidak mengenali saya, tapi anda semua adalah sumber inspirasi saya!

Sekian dahulu untuk kali ini, sekadar muqaddimah dan salam perkenalan!
Jangan lupa untuk kembali berkunjung…

Tiada ulasan: