Isnin, 22 Januari 2007

MEMBINA LAMAN WEB BAGI PROGRAM AFFILIATE

Saya telah pun membicarakan tentang pembinaan laman web perniagaan sebelum ini, dan memberikan anda beberapa pilihan bagaimana untuk memiliki laman web sendiri. Namun laman web tersebut adalah secara umum dan tidak mengkhusus kepada program affiliate.


Program Affiliate adalah merupakan salah satu kaedah pemasaran di internet, di mana program ini dapat membantu kita memasarkan produk tanpa perlu bersusah payah untuk melakukan kerja-kerja promosi. Ini kerana kerja-kerja tersebut akan dilakukan oleh agen affiliate kita. Walau bagai mana pun kita kenalah memperuntukkan sebahagian dari hasil jualan produk tersebut sebagai komisen kepada agen affiliate di atas usaha-usaha mereka.



Jika sekiranya anda ingin menggunakan program affiliate ini sebagai salah satu kaedah promosi, anda boleh mendapatkannya secara tempahan atau pun secara bina sendiri. Di LELABU.COM, dengan tambahan harga sebanyak RM 200.00 dari harga pakej sedia ada, anda telah pun mendapat laman web affiliate anda sendiri.



Untuk anda yang berbajet rendah, atau anda sememangnya seorang yang sukakan cabaran, yang ingin membina laman dari tangan anda sendiri, kini telah terbit sebuah ebook panduan membina laman web affiliate yang diberi judul : "EASY AFFILIATE". Ebook ini sebenarnya ditulis di dalam Bahasa Melayu oleh Saudara Rosli Hassan, pemilik LELABU.COM. Ebook yang setebal 75 mukasurat ini cuma berharga RM 25.00 sahaja. Satu pelaburan yang kecil untuk keuntungan yang besar!



Kepada anda yang berminat untuk memiliki ebook ini bolehlah mendapatkannya di laman web penulis dengan mengklik pada pautan berikut : EASY AFFILIATE.

2 ulasan:

Hamid Salim berkata...

saudara ebook ini dah tak jual lagi kerana tuan punya produk telah bertukar fikiran dan memberinya secara percuma
http://lelabu.com/blog/free-ebook

KA'AB berkata...

Encik Hamid,
Sememangnya ebook berkenaan kini diberi secara percuma sahaja. Tapi pada ketika post ini ditulis, ianya masih dijual.

Kepada pelawat yang ingin download ebook "Easy Affiliate" secara percuma, bolehlah dapatkannya di URL yang diberikan oleh En. Hamid Salim...