Selasa, 30 Januari 2007

SEHARI BERSAMA SMARTZUL & SHAM RAJA ADSENSE


Pada hari Sabtu, 27 hb. Januari yang lalu, telah berlangsungnya Bengkel Asas Perniagaan Internet anjuran EbizMalaysia.com. Bengkel tersebut telah dibimbing oleh dua orang tokoh usahawan internet Malaysia iaitu saudara Smartzul dan saudara Sham Raja Adsense. Saya juga turut berkesempatan menghadiri bengkel tersebut. Sememangnya banyak ilmu dan pengalaman yang telah dikongsikan oleh kedua mereka kepada peserta bengkel pada hari tersebut.

Pengumuman mengenai bengkel tersebut telah saya tulis melalui blog ini pada 20hb. Januari yang lalu. Oleh itu, kepada anda yang tidak berkesempatan untuk menghadiri bengkel yang telah lalu, dan berminat untuk menyertainya pada masa-masa yang akan datang, silalah ikuti perkembangannya melalui blog ini. Untuk tidak terlepas, anda juga boleh menyertai mailing list kami. Kami akan memaklumkan sebarang perkembangan mengenai bengkel tersebut dan lain-lain kursus yang seumpamanya terus ke peti emel anda!

# Keterangan gambar : Peserta bergambar beramai-ramai sebagai kenangan bersama fasilitator bengkel.

Khamis, 25 Januari 2007

APA ITU EBOOK ?


Di dalam tulisan-tulisan yang lalu, saya telah memperkenalkan beberapa buah ebook kepada anda, untuk bacaan dan rujukan. Berikut saya senaraikan semula judul-judul ebook tersebut untuk ingatan anda:

1. Panduan Asas Membina Blog Wordpress ; Langkah demi langkah
2. 10 Rahsia Jutawan Affiliate
3. Easy Affiliate

Apakah sebenarnya yang dikatakan ebook itu ?

Ketika buat pertama kalinya saya menemui perkataan ini , saya telah pun membayangkan bahawa ebook tersebut tentunya tidak sama dengan buku-buku konvensional, hanya boleh dibaca dengan media elektronik khususnya komputer. Saya rasa anda juga akan memberikan tanggapan yang sama jika ditanya mengenai pengertian ebook. Namun, selain dari definisi yang saya fahami itu sebenarnya ebook mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.

Pada tulisan kali ini saya ingin memberikan sedikit maklumat kepada anda ; iaitu, apakah yang dipanggil EBOOK itu ? Saya bukanlah seorang pakar di dalam bidang ini. Namun hasil dari pembacaan dan kerajinan saya melayari internet, maka dapatlah saya mengongsikannya dengan anda semua.

Berikut adalah definisi dan ciri-ciri sebuah EBOOK, sebagai mana yang telah saya temui :

- Ebook bermaksud Electronic Book. Bukan dalam bentuk buku konvensional yang berkulit dan mempunyai helaian-helaian kertas.
- Boleh dimuat turun dari laman web atau e-mel ke dalam computer.
- Boleh disimpan dalam bentuk digital atau elektronik.
- Boleh disimpan di dalam CD, ‘thumb drive’, hard disc atau disket. Mudah dipindah alih dan senang di bawa ke mana-mana.
- Boleh dicetak untuk dibaca secara offline.
- Boleh dihantar melalui emel dan diletakkan di laman web.
- Terdapat dalam 2 format yang popular iaitu, .pdf dan .exe. Boleh dibaca melalui komputer dan di bawa ke mana sahaja.
- Boleh dilindungi oleh kata laluan (password). Fail ebook tidak boleh dibaca walaupun terlepas ke tangan orang lain. Ianya tidak boleh dicopy dan paste. Ianya milik anda dan pelanggan anda sahaja jika sekiranya anda adalah penulis dan penjual ebook tersebut.

Semoga info yang telah saya berikan tadi memberi manfaat kepada anda. Sekurang-kurangnya pada hari ini bertambahlah lagi perbendaharaan maklumat di minda anda.


Jika anda berminat untuk ingin tahu bagai mana sebuah ebook dihasilkan, apatah lagi jika sekiranya anda mempunyai idea yang boleh dijual dengan menggunakan ebook, sila klik pada pautan berikut untuk maklumat lanjut : RAHSIA PENULIS EBOOK.

Isnin, 22 Januari 2007

MEMBINA LAMAN WEB BAGI PROGRAM AFFILIATE

Saya telah pun membicarakan tentang pembinaan laman web perniagaan sebelum ini, dan memberikan anda beberapa pilihan bagaimana untuk memiliki laman web sendiri. Namun laman web tersebut adalah secara umum dan tidak mengkhusus kepada program affiliate.


Program Affiliate adalah merupakan salah satu kaedah pemasaran di internet, di mana program ini dapat membantu kita memasarkan produk tanpa perlu bersusah payah untuk melakukan kerja-kerja promosi. Ini kerana kerja-kerja tersebut akan dilakukan oleh agen affiliate kita. Walau bagai mana pun kita kenalah memperuntukkan sebahagian dari hasil jualan produk tersebut sebagai komisen kepada agen affiliate di atas usaha-usaha mereka.



Jika sekiranya anda ingin menggunakan program affiliate ini sebagai salah satu kaedah promosi, anda boleh mendapatkannya secara tempahan atau pun secara bina sendiri. Di LELABU.COM, dengan tambahan harga sebanyak RM 200.00 dari harga pakej sedia ada, anda telah pun mendapat laman web affiliate anda sendiri.



Untuk anda yang berbajet rendah, atau anda sememangnya seorang yang sukakan cabaran, yang ingin membina laman dari tangan anda sendiri, kini telah terbit sebuah ebook panduan membina laman web affiliate yang diberi judul : "EASY AFFILIATE". Ebook ini sebenarnya ditulis di dalam Bahasa Melayu oleh Saudara Rosli Hassan, pemilik LELABU.COM. Ebook yang setebal 75 mukasurat ini cuma berharga RM 25.00 sahaja. Satu pelaburan yang kecil untuk keuntungan yang besar!



Kepada anda yang berminat untuk memiliki ebook ini bolehlah mendapatkannya di laman web penulis dengan mengklik pada pautan berikut : EASY AFFILIATE.

Sabtu, 20 Januari 2007

BENGKEL ASAS PERNIAGAAN INTERNET

Hari ini saya hanya sekadar ingin memaklumkan tentang satu bengkel perniagaan internet yang akan diadakan pada minggu hadapan. Berikut adalah butiran lengkap mengenai bengkel tersebut :

Tajuk : Bengkel Asas Perniagaan Internet.
Tarikh : SABTU, 27hb. JANUARI, 2007.
Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang.
Tempat : Pusat Komputer, UKM Bangi.
Yuran : RM 270.00 sahaja !

Bengkel ini akan dibimbing oleh 2 tokoh usahawan internet Malaysia iaitu Zul Smartusaha dan juga Sham Raja Adsense. Zul Smartusaha atau Smart Zul atau nama sebenarnya Mohd. Zulfadzli Suddin adalah merupakan tokoh usahawan internet yang lebih dikenali melalui penulisan Blog. Ebooknya yang berjudul : Panduan Asas Membina Blog Wordpress ; Langkah demi langkah, inilah merupakan kompilasi pengalaman beliau sepanjang melibatkan diri di dalam bidang blogging ini.

Sementara itu, seorang tokoh lagi ialah Sham Raja Adsense, atau nama sebenarnya; Mohd Shamsuriyadi Mamat, juga merupakan seorang usahawan internet yang berpengalaman dan telah menghasilkan ebook yang berjudul Raja Adsense.

Kepada anda yang berminat untuk menyertai bengkel ini sila klik pada link berikut untuk mendaftar : EBIZMALAYSIA.COM. Mungkin ini adalah langkah pertama anda untuk menjadi seorang usahawan internet.

Jumaat, 19 Januari 2007

MEMBINA LAMAN WEB DALAM MASA 1 HARI ?

Tulisan semalam sebenarnya masih belum selesai. Sengaja saya berhenti di situ agar ianya tidak panjang meleret. Hari ini saya ingin menyambung kembali dan membicarakan pilihan kedua pula iaitu bagaimana untuk membina laman web perniagaan anda secara kendiri. Jika anda ingin mengecilkan modal permulaan perniagaan anda, ini adalah cara yang terbaik. Lagi pun, jika anda mengupah orang lain, sudah pastinya anda juga akan sentiasa mengharapkan khidmat pembina laman itu setiap kali anda ingin mengemaskinikan laman web anda.

Untuk membina sendiri laman web, anda masih perlu mengeluarkan modal, iaitu pelaburan untuk mendapatkan ilmu bagaimana membina laman web, serta perisian-perisian yang berkaitan. Tetapi modal yang diperlukan untuk pilihan kedua ini tentunya tidaklah begitu besar dan tidak berpanjangan. Dengan ilmu yang ada, yang telah anda timba melalui kelas, kursus, pembacaan dan sebagainya, membolehkan anda membina beberapa laman web perniagaan sekaligus. Tetapi, cubalah anda bayangkan jika sekiranya anda ingin membina beberapa laman web dengan mengupah pihak lain. Tentulah modalnya akan menjadi berkali-kali ganda lagi!

Sebuah vcd : Panduan Membina Laman Web Dalam 1 Hari telah diterbitkan oleh Plazacentre.net . Vcd yang berharga RM 40.00 ini mengandungi 4 keping cd yang memuatkan video tutorial selama lebih kurang 4 jam. Oleh kerana ianya berbentuk video tutorial, maka penyampaiannya akan lebih mudah untuk difahami.

Anda akan diajar bagaimana untuk membina laman web dengan menggunakan perisian Microsoft Frontpage daripada halaman yang kosong kepada sebuah laman yang canggih!

Jika anda berminat untuk mempelajari bagaimana untuk membina laman web, dengan kos yang rendah, dan dengan keselesaan masa anda, mulakannya dengan memiliki video cd ini.

Jika anda seorang yang serius ingin menjadi usahawan internet, membeli vcd ini mungkin merupkan langkah pertama anda sebelum menjadi usahawan besar! Sila klik pada link berikut untuk mendapatkannya : PLAZACENTRE.NET

Khamis, 18 Januari 2007

MEMBINA LAMAN WEB PERNIAGAAN

Untuk melibatkan diri di dalam perniagaan internet, satu perkara asas yang mesti ada ialah laman web. Tanpa laman web, maka tiada maknalah perniagaan internet anda. Memang ada terdapat kemudahan-kemudahan lain di internet untuk mempromosikan produk kita seperti emel, forum, laman web pengiklanan dan sebagainya. Namun keberkesanan media-media tersebut untuk menjual produk kita amatlah terbatas, dan tidak melambangkan kredibiliti perniagaan kita.

Tulisan saya kali ini bukanlah bertujuan hendak mengajar anda bagaimana hendak membina laman web, kerana saya sendiri bukanlah pakar di bidang itu. Namun hanyalah sebagai pembuka jalan kepada anda baru hendak berjinak-jinak dengan perniagaan internet.

Terdapat dua cara untuk membina laman web anda :

1. Mengupah orang melakukannya, atau...
2. Melakukannya sendiri.

Cara yang pertama tentulah mudah, anda tidak perlu melakukan apa-apa, serahkan sahaja kepada orang yang pakar untuk membuatnya. Di Malaysia kini terdapat ramai individu dan syarikat yang sedia memberikan khidmat membina laman web. Harganya adalah bergantung kepada tahap keprofesionalan mereka dan spesifikasi yang anda minta.

Antara khidmat Pembina laman web yang saya kenali ialah LELABU.COM . Lelabu.com telah menyediakan 4 pakej pembinaan laman web yang boleh anda pilih mengikut budget dan keperluan anda. Pakej-pakej tersebut ialah Pakej Pro (RM 600.00), Standard (RM 500.00), E-biz (RM 350.00) dan Pakej Basic (RM 250.00). Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pakej-pakej di atas, kunjungilah : WEBDESIGN.LELABU.COM

Semoga maklumat yang telah saya berikan ini dapat membantu anda merealisasikan impian anda...

Rabu, 17 Januari 2007

MENJUAL PRODUK DI INTERNET









(Tulisan ini adalah kesinambungan dari tulisan yang lalu)


Selain dari produk digital, kita juga boleh menjual produk fizikal. Produk fizikal membawa maksud barang-barang yang mempunyai bentuk, berat dan saiz. Menjual produk-produk seperti ini adalah lebih mudah kerana tidak memerlukan modal keintelektualan. Beli barang dan jual balik, seperti perniagaan konvensional yang lainnya. Dan ianya juga tidak memerlukan sebarang 'hak' penjualan semula. Namun begitu, ianya mempunyai kekurangannya sendiri kerana margin keuntungannya agak kecil disebabkan ianya memerlukan modal kewangan untuk membuat atau membeli stok, dan juga melibatkan kos penghantaran.

Untuk pasaran internet, produk-produk fizikal hendaklah mempunyai ciri-ciri yang unik. Antaranya, ianya merupakan produk yang sangat-sangat diperlukan orang, tetapi sukar pula untuk didapati dipasaran biasa.Barulah perniagaan online anda mampu bersaing dengan perniagaan offline…


Gambar-gambar produk di atas adalah contoh-contoh produk fizikal yang telah pun berada di pasaran internet. Anda boleh membeli, sekaligus menjadi agen affiliate untuk produk tersebut dengan mengklik pada gambar produk...

Jumaat, 12 Januari 2007

MENJUAL PRODUK DI INTERNET

Di dalam tulisan yang lalu,saya ada menceritakan tentang peluang-peluang bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan melalui program affiliate. Pada kali ini pula, saya akan bentangkan pula bagaimana untuk memasarkan produk anda di internet.

Apakah mustahil untuk seseorang seperti anda (dan saya juga!) mempunyai produk sendiri seperti ebook untuk dijual diinternet ? Ianya adalah bergantung kepada kepercayaan anda kepada diri sendiri. Anda mungkin memiliki sesuatu kemahiran yang tidak ada pada orang lain, dan kemahiran anda itu sebenarnya amat tinggi nilainya di sisi orang lain. Cuba lihat kepada beberapa contoh 'produk' berikut :

1. BELAJAR BAHASA ARAB
2. TIPS HARTANAH
3. RAHSIA ROTI CANAI
4. SATAY DIY

Cuba anda klik pada setiap produk di atas. Setiap produk tersebut mempunyai laman webnya sendiri. Adakah anda menyangka bahawa ebook cara bagaimana untuk memahirkan diri dengan Bahasa Arab boleh dijual di internet sedangkan buku-buku sepertinya masih banyak dijual di pasaran biasa. Begitu juga cara-cara bagaimana membuat roti canai, yang boleh dipelajari terus dengan tukang buat roti canai, namun kaedah membuatnya masih boleh dijual di internet. Contoh produk di atas juga membuktikan bahawa tidak semestinya produk yang berasaskan perniagaan internet sahaja yang boleh dijual di internet.

Jika anda mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas di dalam bidang tertentu, namun tidak berupaya untuk menzahirkannya dalam bentuk tulisan ilmiah, anda sebenarnya masih boleh 'menjual'nya dengan menggunakan khidmat penulisan upahan. Ini bukan sesuatu yang salah. Fungsi penulis upahan tersebut hanyalah merealisasikan idea anda ke dalam bentuk tulisan. Seumpama seorang perekacipta atau pereka fesyen, yang melakarkan rekaan mereka di atas kertas, tetapi yang menyiapkan ciptaan mereka ke dalam bentuk fizikal adalah tukang-tukangnya.

Jika anda memang tidak mampu untuk menghasilkan produk digital sendiri, anda masih ada pilihan lagi. Kali ini dengan produk 'Master Resell Right' pula.

Apakah yang dikatakan 'Master Resell Right'?

Master Resell Right ialah hak untuk menjual semula produk yang telah kita beli. Produk yang dimaksudkan ini sudah tentulah yang bersifat 'harta intelek', seperti ebook, perisian atau seumpamanya. Setelah membeli produk dalam kategori ini, anda seterusnya diberi kebenaran/lesen untuk menjual semula produk tersebut dengan jumlah yang tidak terhad dan pada harga yang anda suka. Mudah bukan ? Untuk melihat contoh produk master resell right, sila kunjungi : MASTER-RESELL.COM

Sabtu, 6 Januari 2007

APA ITU PROGRAM AFFILIATE ?

Apakah yang dikatakan PROGRAM AFFILIATE ?

Menurut kamus, perkataan ‘Affiliate’ membawa maksud ; bergabung, bersekutu. Oleh itu, di dalam konteks perniagaan internet ini, program affiliate bolehlah disimpulkan sebagai; satu penggabungan usaha dan perkongsian keuntungan di antara dua pihak; iaitu pehak penjual (pemilik produk) dengan agen penjual (peserta affiliate) .

Program Affiliate yang biasa dilihat adalah terbahagi kepada dua jenis; iaitu yang percuma dan yang berbayar.Program affiliate percuma ini tidak mengenakan apa-apa syarat, melainkan mendaftarkan diri sebagai peserta sahaja. Mana kala yang berbayar pula, biasanya pehak penjual mensyaratkan kita membeli terlebih dahulu produknya sebelum menjadi agen affiliatenya. Berikut adalah contoh program affiliate yang mewajibkan peserta membeli produk :
http://bayar2u.KAAB com/affsignup.php?pid=95dffc3c

Ada pula syarikat yang melakukan kedua-duanya sekali ! Apa yang dimaksudkan ialah; walau pun pembelian bukanlah satu kemestian, namun peserta yang terlebih dahulu membeli produk, akan mendapat peratus komisen yang lebih besar berbanding dengan ahli yang mendaftar secara percuma! Sebagai contoh :
http://adikbijak.com/ref.plx?MW00012
http://www.maxfuelpower.com/ref.plx?MW00007

Komisen jualan adalah ditentukan oleh pehak syarikat/penjual. Kebiasaannya untuk produk fizikal (barangan yang mempunyai bentuk, saiz & berat!) komisennya agak kecil. Ini adalah kerana pehak syarikat terpaksa menanggung kos pembuatan/pembelian dan juga kos penghantaran. Sementara untuk produk yang digital (yang boleh dihantar secara muatturun sahaja), kadar komisennya agak tinggi dan lumayan. Ini kerana produk seumpama ini tidak memerlukan modal kewangan yang besar.
Ada tiga bentuk pemberian affiliate yang biasa dilakukan di dalam program ini :
  • Pay per sales - Komisen dibayar apabila berlakunya jualan pada produk.
  • Pay per lead - Cukup sekadar membawa pelawat melawat laman web pengurus affiliate. Tidak perlu untuk wujudnya jualan.
  • Pay per click - Cukup sekadar pelawat membuat klik pada iklan yang disiarkan !
Jika anda serius untuk menjadikan Program Affiliate sebagai sumber pendapatan, ketahui rahsianya melalui buku : 10 RAHSIA JUTAWAN AFFILIATE INTERNET.

Ebook yang di tulis oleh saudara Sazlairie a.k.a E ini berharga RM30.00. Antara rahsia-rahsia yang telah dibongkar Sazlairie melalui ebook ini ialah :

- Asas pemasaran affiliate internet
- Bagaimana menjalankan pemasaran affiliate internet
- Jenis-jenis pemasaran affiliate internet yang menguntungkan
- Bagaimana pemasaran affiliate beroperasi
- Langkah-langkah membangunkan perniagaan pemasaran affiliate internet
- Kaedah mencari idea perniagaan internet
- Bagaimana memilih program affiliate yang terbaik
- Teknik-teknik promosi program affiliate dan kaedah pemasaran affiliate yang terbaik

Anda juga akan turut diajar bagaimana untuk;


- Rahsia Mempromosikan link affiliate anda menggunakan blog!
- Cara-cara membina blog yang boleh menjana wang di internet !
- Rahsia kaedah-kaedah mempromosikan link affiliate melalui yahoo 360!
- Program-program affiliate yang perlu anda tinggalkan!
- Mengenali siapakah "super affiliates"
- Bagaimana memilih program affiliate yang terbaik untuk disertai!
- Teknik-teknik mencari produk yang terbaik!
- Bagaimana memilih pemilik produk dan perkhidmatan!
- Mendedahkan Syarikat-syarikat affiliate besar seperti clickbank, CJ, linkshare dan lain-lain
sememangnya memberikan komisyen yang besar dalam nilai US Dolar!


Bukan itu sahaja ! Ada banyak lagi! Dan anda juga akan menerima pelbagai bonus hebat! Untuk memesan ebook tersebut sila klik pada URL berikut :

Khamis, 4 Januari 2007

APA ITU BLOG ?

Sebelum saya meneruskan penulisan ini, tolong jangan ketawakan saya atau tersenyum sumbing di depan komputer anda! Mungkin anda akan mengatakan (andaian saja!) : 'Baru lagi jadi blogger, dah nak ajar orang tentang blog!'

Sebenarnya tulisan ini bukan bertujuan untuk mengajar, tetapi sebaliknya hanyalah sebagai satu perkongsian pengalaman, hasil dari pencarian saya selama ini. Judul ini dipilih adalah sebagai meraikan kelahiran blog ini. Sesuai dengan situasi blog ini yang masih baru, maka saya bercadang untuk menjadikannya sebagai sumber rujukan kepada pendatang-pendatang baru juga. Jika dilawati blog-blog yang sudah lama bertapak, tentunya isi pembicaraannya sudah agak 'tinggi' dan 'tidak tercapai oleh akalmu!'. Walau bagai mana pun, laman ini bukanlah laman yang khusus untuk membicarakan soal blog dan blogging.

Saya mula menemui perkataan BLOG kira-kira hampir setahun yang lalu, iaitu ketika saya mula berjinak-jinak dengan dunia internet. Saya cuba mencari tafsirannya. Sudah tentu rujukan pertama saya ialah kamus. Namun saya tidak menemui jawapan di dalamnya. Mungkin kamus saya itu terlalu kecil agaknya. Lalu saya cuba bertanya kepada rakan yang saya rasakan fasih berbahasa Inggeris. Namun mereka juga tidak dapat memberikan maksud perkataan tersebut. Akhirnya definisi BLOG saya temui juga setelah puas 'merayau-rayau' di internet...

DEFINISI BLOG (Menurut fahaman saya!)

Perkataan BLOG berasal dari Weblog. Kemudiannya diringkaskan menjadi 'blog' sahaja. Blog adalah merupakan laman web individu. Ianya boleh diibaratkan seperti sebuah diari online, atau pun sebuah ruangan pojok/kolum di dada akhbar. Ini kerana, tema setiap blog itu boleh jadi apa sahaja, daripada rakaman perjalanan hidup seseorang, isu-isu semasa, atau mungkin juga mengenai ideologi individu.

Namun begitu, tidak seperti diari konvensional, di mana segala tulisan di dalamnya adalah milik peribadi penulisnya, diari online pula seakan penulisnya dengan sengaja mahu berkongsi pengalaman dengan orang ramai. Begitu juga blog yang berbentuk komentar semasa, penulisnya bebas menulis apa sahaja tanpa dibayangi oleh tangan-tangan editor.

Kini blog bukan sahaja sekadar medan penyataan rasa, malah telah dikomersialkan. Blog yang popular tentunya mampu mendatangkan hasil sampingan dengan menyiarkan iklan-iklan dan juga link-link affiliate. Malah ada blog yang turut memberikan ulasan secara khusus kepada sesuatu produk sehingga membuatkan pembaca tertarik untuk membelinya. Atas perkembangan inilah, makanya saya turut mengambil peluang untuk menjadikan blog sebagai satu medan promosi...
BAGAIMANA MEMBINA BLOG ?

Kini telah muncul sebuah ebook yang memberi panduan untuk membina blog. Sudah pastinya antara kandungan ebook tersebut ialah bagaimana hendak menjana pendapatan sampingan dari blog. Ebook tersebut telah diberi judul : Panduan Asas Membina Blog Wordpress ; Langkah demi langkah. Ebook ini telah ditulis oleh saudara Mohd Zulfadzli Suddin atau juga dikenali dengan panggilan Smart Zul.

Menurut Zul, hampir kebanyakan orang yang ingin menceburkan diri di bidang 'blogging', menghadapi kesukaran berikut :
· Tidak tahu membina blog sendiri
· Bermasalah dengan hal teknikal blog
· Bermula dengan langkah yang salah
· Memilih tema blog yang tidak menguntungkan
· Takut untuk bermula kerana 'zero' ilmu atau keliru
· Tidak dapat menguruskan blog dengan baik
· Blog tidak terkenal, pengunjung tidak ramai, hasil tak setimpal
· Mudah berputus-asa
· …dan berbagai lagi!

Ebook ini adalah kompilasi pengalaman, pengkajian dan pemerhatian beliau selama setahun mengenai blog. Kehadiran ebook berbahasa Melayu ini telah memberi sumbangan yang amat besar terutamanya kepada pendatang-pendatang baru di arena blogging di Malaysia. Ianya bernilai RM 45.00, beserta dengan pelbagai hadiah bonus dan khidmat sokongan.

Untuk anda yang berminat untuk mendapatkan ebook ini, sila klik pada URL berikut: http://bloggingsteps.com/kit/index.php?ref=DARMAKIFAYAH

Rabu, 3 Januari 2007

SALAM PERKENALAN !

Assalamu'alikum dan salam muhibbah!
Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada anda yang berugama Islam serta Selamat Tahun Baru untuk semua!

Terima kasih kerana sudi melawati Blog Kedai Siberneka. Hari ini blog ini dilancarkan untuk pertama kalinya. Sesuai dengan pelancaran ni, maka penulisan saya pada hari ini sudah pastinya lebih merupakan kepada ucapan alu-aluan sahaja!
Sebenarnya saya telah bercadang untuk melancarkan blog ini pada 1hb Januari yang lalu. Namun, oleh kerana pada ketika itu saya sedang bercuti untuk Hari Raya Aidil Adha dan Tahun Baru, maka tidak dapatlah hasrat ini direalisasikan.

Laman blog ini dibangunkan adalah bertujuan untuk memberi maklumat tambahan, ulasan atau informasi yang lebih lengkap kepada produk-produk yang tersenarai di laman web utama kami di http://kedaisiberneka.tripod.com/.

Saya tidak pasti apakah pernah wujud sebuah blog yang seumpama ini sebelum ini, kerana saya sendiri bukanlah seorang yang pakar di dalam sejarah blogging ini. Namun begitu, rasanya bukanlah sesuatu yang menjadi kesalahan untuk saya melakukan sesuatu yang di luar kebiasaan. Walau bagaimana pun, saya tidak akan selamanya terikat dengan kerangka yang telah saya tetapkan itu. Mungkin sesekali, saya akan cuba menulis, menyorot dan mengulas tentang perkara selain dari produk jualan kami, agar laman ini menjadi lebih selesa untuk anda semua.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada tokoh-tokoh blog Malaysia seperti Smartzul, Robotys, Suhaimy, ‘Saifulsham’ dan lain-lainnya (sekadar menyebut beberapa nama), kerana telah memberikan saya banyak maklumat dan pengetahuan tentang ilmu penulisan dan pengurusan blog ini. Dengan adanya peneroka-peneroka seperti anda yang telah terlebih dahulu merintis jalan, dan berkongsi pengetahuan, menjadikan laluan kami selaku pendatang baru menjadi lebih mudah… Anda tidak mengenali saya, tapi anda semua adalah sumber inspirasi saya!

Sekian dahulu untuk kali ini, sekadar muqaddimah dan salam perkenalan!
Jangan lupa untuk kembali berkunjung…