Khamis, 12 Februari 2009

PELANCARAN EKATALOG 2009

Pada tahun lalu, saya ada menerbitkan sebuah katalog berformatkan ‘pdf’ yang dinamakan Katalog Produk Online ’08. Katalog ini mengandungi pelbagai pilihan produk yang boleh dibeli secara langsung melalui talian internet, melalui laman-laman web yang menyediakan khidmat jualan bagi produk-produk yang disenaraikan.

Diantara tujuan saya menerbitkan katalog tersebut ialah, pertamanya, membantu penjual memasarkan produk mereka, kedua, membantu mempermudahkan kepada pengguna yang sedang mencari sesuatu yang mereka mahukan.

Atas kesedaran itu, maka pada tahun ini saya sekali lagi mengusahakan penerbitan katalog tersebut. Dan pada kali ini katalog ini saya namakan sebagai eKatalog ’09. Terdapat sedikit perbezaan pada persembahan ekatalog kali ini. Pada tahun ini, saya bercadang untuk menerbitkan katalog ini secara berkala, dan dengan tema yang berbeza. Sebagai permulaan, ekatalog siri pertama ini bertemakan Buat Duit Dengan Internet”. Mudah-mudahan, saya akan diberikan kesempatan dan ruang untuk menerbitkan volum yang seterusnya.

Pada perancangan awalnya eKatalog ’09 ini hendak lancarkan pada awal Januari yang lalu. Namun di atas pelbagai sebab yang tidak dapat dielakkan, maka ianya tertangguh. Namun, alhamdulillah, akhirnya pada hari ini eKatalog ’09 Vol. 1 ini dapat juga diterbitkan. Mudah-mudahan, ianya dapat membantu menyemarakkan lagi urusniaga secara online di Malaysia ini.

Kepada anda yang berhajat untuk membelek katalog ini, sila muatturunnya DI SINI. Ianya percuma sahaja !

Ahad, 1 Februari 2009

PAKEJ EBOOK PERCUMA : PANDUAN UNTUK MENJADI KAYA RAYA !

Anda sering dilanda kesempitan wang dan ingin membebaskan diri darinya ? Atau anda sedang berada di zon selesa tapi bercita-cita untuk menjadi lebih kaya ? Apa pun jawapan dan impian anda, anda memerlukan panduan untuk merealisasikannya.

Anda boleh membeli buku-buku panduan yang bertauliah, atau melantik penasihat kewangan yang profesional. Namun, sebelum melangkah untuk semua itu, kenapa tidak mencuba dengan sumber-sumber yang percuma dahulu ? Apa tah lagi jika sekarang ini anda berada di dalam situasi kewangan yang merunsingkan, sudah pasti mengeluarkan modal memantapkan pengetahuan anda tentang dunia kewangan , akan menjadi satu lagi beban yang baharu pula.

Tidak mengapa. Tidak semua perkara seharusnya bermula dan bergerak dengan wang. Modal yang paling besar dan berharga di dalam diri manusia ini adalah akal fikirannya. Tanpa akal fikiran yang waras, modal yang berupa wang dan kebendaan pun belum pasti akan dapat diurus secara bijaksana. Sementara akal yang sentiasa dikemaskini dan ditambahnilai dengan pelbagai cabang ilmu, sudah pasti akan dapat merencana dan menghasilkan sesuatu yang hebat.

Oleh itu marilah kita berusaha menambahnilai kepada kualiti minda kita. Sesuatu yang diperolehi secara percuma tidak semestinya tidak mempunyai nilai dari segi ilmiahnya. Laman web VisiJutawan.com kini menawarkan sesuatu yang sangat berharga untuk anda. Tetapi tawaran ini hanya untuk mereka yang cintakan ilmu sahaja. Tawaran yang saya maksudkan itu ialah “Pakej Panduan Untuk Menjadi Kaya Raya !”.


Pakej ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Panduan Utama, dan juga Bonus. Panduan utama mengandungi koleksi artikel pelbagai tajuk, yang ditulis oleh berbilang penulis. Terdapat sejumlah 25 tulisan semuanya. Ianya menyangkuti pelbagai perbincangan dan topik, seperti motivasi, muhasabah, panduan, tips, komentar, biografi jutawan dan sebagainya. Semua berkisah di sekitar kewangan dan kejutawanan.


Sementara di bahagian Bonus pula, anda akan dihadiahkan dengan koleksi pelbagai ebook dan artikel, di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Terdapat 25 judul kesemuanya. Serba-serbinya menceritakan perihal kewangan dan perancangan kewangan. Terdapat juga beberapa judul yang membicarakan soal hukum di dalam sesuatu pelaburan dan urusniaga. Ya, di dalam keghairahan mencari kekayaan, persoalan hukum, halal dan haram, seharusnya tidak dikesampingkan.

Kesimpulan saya, sayugia benarlah anda ‘menyambar’ pakej ini segera, senyampang ianya masih diedarkan secara percuma. Saya tidak pasti apakah pemilik koleksi ini, saudara Razif Yusof, 25 tahun, akan selamanya memberinya percuma.

Dapatkan “Pakej Panduan Untuk Menjadi Kaya Raya” ini segera di www.visijutawan.com . Oh ya! Terdapat satu lagi pendedahan berani di dalam pakej ini. Pendedahan mengenai seseorang yang bernama Nabil Hamidun. Siapakah beliau ini ? Dapatkan pakej ebook ini untuk mengetahui jawapannya...




Ahad, 25 Januari 2009

MENJANA BERDUYUN PELAWAT DENGAN PERISIAN REFERERX

Di dalam apa jua bentuk perniagaan, kehadiran ramai pengunjung ke ruang perniagaan kita adalah sesuatu yang sangat diharapkan. Semakin besar jumlah pelawat yang datang, maka akan semakin besarlah harapan dan kemungkinan untuk perniagaan kita itu berkembang maju. Maka demikianlah juga halnya dengan perniagaan internet anda. Jika di dalam perniagaan konvensional, peniaga akan menggunakan pelbagai kaedah pengiklanan yang bersesuaian digunakan bagi menarik prospek, maka perniagaan internet juga mempunyai kaedahnya yang tersendiri.

Program Affiliate, Google Adwords, Teknik SEO misalnya, adalah merupakan contoh-contoh kaedah promosi yang diguna pakai oleh kebanyakan usahawan internet.

Tahukah anda, bahawa terdapat juga teknik pemasaran yang menggunakan perisian tertentu. RefererX adalah salah satu darinya. Perisian ini telah dibangunkan oleh saudara Azlan Hussain, dari RefererX.com.



Menurut saudara Azlan, dengan produk ciptaan beliau, anda akan dapat menjana pendapatan dari internet dengan lebih mudah dan berkesan. Anda boleh menggunakan RefererX untuk meningkatkan pendapatan anda melalui program Affiliate atau pun Adsense. RefererX juga boleh meningkatkan jumlah pelawat ke laman web atau blog anda. Dari ujikaji yang beliau lakukan sendiri, saudara Azlan telah berjaya menjana lebih USD$1000.00. Segalanya berjalan secara automatik ! Menarik bukan ?

Kini saudara Azlan ingin mengkongsikan hasil ciptaan beliau itu dengan semua orang. Jika anda berminat, sila dapatkan maklumat lanjut di RefererX.com. Dan jika anda masih ragu-ragu, kenapa tidak mencuba dahulu versi percubaan yang ditawarkan secara percuma sahaja. Saudara Azlan juga turut menawarkan bantuan tunjuk ajar secara peribadi, sehingga anda benar-benar mahir menggunakan perisian ini.


REVIEW ON REFERERX

MENJUAL PRODUK DI INTERNET TANPA LAMAN WEB SENDIRI.

Di dalam pos yang lalu, saya telah menulis serba sedikit mengenai Ebay dan sejarahnya. Konsep laman web Ebay adalah seumpama sebuah kompleks perniagaan, jika hendak diperbandingkan dengan perniagaan offline yang sedia ada. Jika anda menyewa lot-lot yang dinamakan Ebay Store, anggaplah anda seolah-olahnya sedang menyewa sebuah lot kedai di dalam sebuah kompleks perniagaan. Cuma bezanya sewaan tersebut tidaklah semahal menyewa sebuah kedai fizikal. Namun, walau dengan kadar sewa yang serendah itu, janganlah pula diperkecilkan kesan dan kemampuannya. Kalau tidak, masakan berbillion manusia berurusan di Ebay.

Di antara kelebihan menggunakan Ebay yang boleh saya nyatakan di sini ialah, anda tidak perlu mempunyai pengetahuan yang banyak untuk membina laman web, berbanding jika anda ingin memiliki laman web sendiri. Anda boleh mempelajarinya secara mudah melalui proses pembacaan sahaja. Lainlah halnya jika anda ingin mengetahui soal teknik dan rahsia yang berkesan untuk menjual di Ebay, maka itu anda perlulah berguru dengan SIFU yang berpengalaman. Keduanya, suatu hal yang sangat penting saya kira, dengan Ebay, anda tidak perlu lagi memikirkan soal kerja-kerja promosi bagi menarik pengunjung ke laman web anda. Adalah menjadi suatu kemestian di dalam mana-mana perniagaan pun, jumlah pengunjung yang ramai adalah harapan untuk kemajuan sesuatu perniagaan. Dengan berniaga di Ebay, anda sebenarnya sedang berada di tengah-tengah jutaan pengunjung yang sedang mencari barang-barang yang mereka perlukan.

Namun, bagi para ‘newbie’, mendengar nama Ebay sahaja ini mungkin seperkara yang menggerunkan bagi sekalangan mereka. Mungkin anda mempunyai produk yang ingin dijual untuk pasaran Malaysia sahaja. Dan mungkin juga, ada sesetengahnya yang lebih selesa untuk berurusan dengan menggunakan Bahasa Malaysia sahaja. Maka kerana itu, pos saya hari ini adalah untuk memberikan alternatif kepada anda yang dari kelompok yang sedemikian.

Memperkenalkan...
My1Stop.com.my


Apa itu My1Stop.com ?

Konsep My1Stop.com adalah seakan Ebay. Cuma bezanya sedikit ialah laman web ini tidak mempunyai ruangan ‘lelongan’. Terdapat 3 pakej yang disediakan, iaitu Startup (percuma!), Enterprise (RM90.00 – setahun), Business (RM180.00 – setahun).

Untuk Pakej Percuma, anda hanya layak untuk memuatkan 10 produk sahaja. Sementara Pakej Enterprise 50 produk, dan Pakej Business pula adalah sehingga 200 produk.

Sebenarnya, harga bagi ketiga-tiga pakej di atas adalah harga tawaran promosi. Harga sebenar bagi setiap pakej adalah seperti berikut :

1. Pakej STARTUP - RM150.00
2. Pakej ENTERPRISE - RM200.00
3. Pakej BUSINESS - RM300.00

Oleh itu, seyogia sangatlah untuk anda merebut peluang ini, sebelum tawaran harga promosi ini kembali kepada harga asalnya.

Terdapat dua pilihan untuk anda menerima pembayaran dari bakal pembeli. Sama ada berurusan terus dengan pembeli, dengan kaedah pembayaran yang dipersetujui bersama, atau pun menggunakan sistem pembayaran yang disediakan oleh pehak pengurusan. Jika anda menggunakan sistem pembayaran yang disediakan oleh My1Stop.com, ianya akan memberikan lebih banyak pilihan kepada bakal pelanggan anda. Ini kerana My1Stop.com menerima hampir kesemua perbankan internet di Malaysia. Dan yang paling menariknya, My1Stop.com turut menerima pembayaran melalui kad kredit. Ini bermakna, tiada halangan untuk bakal pelanggan anda bershopping di store anda walau pun di dalam keadaan mereka tiada wang tunai.

Ada banyak keistimewaannya jika anda menjadi ahli berbayar di My1Stop.com selain jumlah produk yang boleh anda paparkan. Anda boleh melihat sendiri ciri-ciri yang ditawarkan oleh mereka di sini. Namun jika anda masih ragu-ragu untuk melangkah laju, kenapa tidak mencuba dengan pakej percumanya dahulu ?

Isnin, 19 Januari 2009

BUAT DUIT DENGAN EBAY...

Rasa-rasanya, rata-ratanya ramai yang sudah pun tahu sedikit sebanyak mengenai Ebay ini . Namun sebagai meraikan mereka yang sedang mencari maklumat mengenai Ebay ini, berikut saya perturunkan serba ringkas mengenainya.

Apa itu Ebay ?


Ebay.com adalah merupakan pusat jual beli dan lelongan yang sangat popular di internet. Menurut ceritanya, laman lelongan ini telah diasaskan oleh Pierre Omidyar, seorang yang berketurunan Perancis-Iran pada sekitar pada tahun 1995. Laman web ini dimiliki oleh Echo Bay Technology Group, sebuah firma perunding milik Omidyar. Pada mulanya Omidyar cuba untuk mendaftarkan laman lelongan ini dengan domain EchoBay.com, namun pendaftaran tersebut gagal kerana nama yang sama telah dimiliki oleh syarikat lain. Akhirnya beliau memilih nama Ebay.

Kini, walau pun telah banyak laman web lelongan yang seumpamanya dibangunkan oleh pehak-pehak lain, Ebay.com masih tetap mengungguli kemasyhurannya. Sehingga kini, dikatakan hampir 1 billion umat manusia berurusniaga di eBay di dalam satu-satu masa.

Selain di US, Ebay mempunyai banyak rangkaiannya di seluruh dunia, di antaranya termasuklah Australia, United Kingom, Singapura dan juga Malaysia. Di Malaysia pula, Ebay adalah merupakan laman lelongan yang kedua popular selepas Lelong.com.my.

Boleh dikatakan hampir apa sahaja barang boleh anda jual di Ebay, termasuklah barangan yang anda tidak perlukan lagi. Ini kerana dengan jumlah ahlinya yang hampir 1 billion itu, sudah pasti ada seseorang yang berminat dengan barang yang anda jual itu, apa tah lagi jika sekiranya barang tersebut merupakan barang yang unik di mata mereka.

Walau bagaimana pun, untuk menjadi seorang peniaga yang profesional di Ebay, bergantung harap kepada barang terpakai, mahu pun koleksi peribadi anda yang berharga, tentulah tidak memadai. Lambat laun, barang-barang simpanan anda tersebut akan habis dijual juga, dan anda memerlukan produk lain bagi meneruskan kelangsungan perniagaan anda. Maka itu anda memerlukan sumber baru untuk terus menjual. Menyimpan stok, bukanlah sesuatu yang bijak, jika sekiranya kita adalah seorang peniaga kecil. Malahan, jika kita ada pilihan yang lebih baik untuk tidak menyimpan stok, mengapa perlu kita menanggung risiko ?


Dengan kerana itulah, maka seorang 'eBayer' berpengalaman, saudara Khairul Azlan, atau lebih dikenali sebagai Sifu LAN, telah mengilhamkan penghasilan ebook “Panduan & Teknik Rahsia Ebay”. Melalui ebook ini, anda akan diajar bagaimana untuk mendapatkan produk yang berpotensi untuk dijual di eBay. Lebih menarik lagi, anda tidak perlu untuk menguruskan kerja-kerja pembungkusan dan penghantaran produk. Segalanya akan diuruskan oleh pehak pembekal. Betapa mudahnya bukan?

Untuk anda yang berminat untuk menyelami teknik dan taktik rahsia Sifu LAN ini, sila kunjungi laman web RahsiaSIFU.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jumaat, 16 Januari 2009

BUAT DUIT DENGAN GRAFIK...

Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk membuat duit lumayan dengan grafik? Dan mampukah anda melakukannya tanpa pengetahuan yang luas di dalam bidang tersebut? Mungkin anda hanya terfikir bahawa kita hanya boleh buat duit lumayan hanya dengan servis design.

Cara buat duit dengan grafik sebenarnya masih belum banyak diketahui oleh kebanyakan usahawan internet. Percaya atau tidak, terdapat sehingga 14 cara untuk buat duit dengan grafik ini. Dan ada antara teknik-teknik tersebut tidak mewajibkan anda menjadi seorang pakar grafik terlebih dahulu.

Sehubungan dengan itu, Mawardee telah melancarkan satu lagi produk terbaru beliau. Produk ini dinamakan sebagai "Video Tulisan Pro". Di antara kandungan pakej panduan ini ialah :

- Koleksi video demi video untuk menghasilkan grafik tahap newbie dan advance.
- Ebook "14 Cara buat Duit Dengan Grafik"
- Ebook 'Teknik Ciplak Grafik"
- Ebook "RM1,000 1 Hari"
- ... dan banyak lagi !

Walaupun panduan ini kelihatannya lebih memfokuskan kepada grafik tulisan, namun sebenarnya video ini sangat melengkapi banyak aspek. Terutamanya dari segi pembelajaran, kemahiran menguasai grafik, teori dan praktikal buat duit dengan grafik, dan banyak lagi yang dibongkar.

Untuk pengetahuan anda juga, Mawardee selaku pencipta produk tersebut juga telah sudi untuk berkongsi dan mendedahkan rahsia 'Surat Jualan' beliau yang memberikan hasil sebanyak RM34,000 hanya dalam sebulan! Ini peluang yang seharusnya direbut!

Nah, apa lagi! Kini satu lagi peluang untuk anda buat duit telah terbuka. Dapatkan panduan ini untuk merealisasikan impian anda : VIDEO TULISAN PRO.

Oh ya! Menurut Mawardee, pakej ini hanya akan dijual terhad kepada 300 orang pembeli sahaja. Selepas itu nanti, jualan akan ditutup. Oleh itu, sila dapatkannya sementara masih ada kesempatan...

Rabu, 14 Januari 2009

MAJALAH IM : SUMBER INSPIRASI PERNIAGAAN INTERNET MALAYSIA.

Apakah anda mengetahui atau menyedari, bahawa terdapatnya sebuah majalah yang khusus membicarakan mengenai dunia perniagaan internet di Malaysia ini ? Dan, yang lebih menariknya, majalah tersebut diedarkan secara PERCUMA sahaja ? Jika anda masih belum tahu, maafkan saya kerana terlepas pandang untuk memperkenalkannya di blog ini sebelum ini. Majalah yang saya maksudkan itu ialah Majalah IM. Namun begitu, untuk pengetahuan anda majalah ini bukanlah di dalam versi cetak, sebaliknya ianya adalah bentuk ezine (majalah elektronik), dengan menggunakan format pdf. Anda mungkin sudah biasa dengan istilah ebook. Maka ezine seakan seumpama itulah. Cuma bezanya, persembahan dan rekaletaknya adalah seperti majalah fizikal yang biasa anda lihat di pasaran.

Memang sejak dari terbitan sulungnya lagi, saya bercadang untuk membantu mewar-warkan akan kelahiran majalah ini kepada pengunjung blog ini; sebagai sumbangan kecil saya kepada kemajuan dan perkembangan dunia perniagaan internet di Malaysia. Namun, oleh kerana terlalu banyak sangat produk yang lahir pada setiap bulan, sementara kesempatan untuk saya menyorotnya amat terhad, maka tanpa sedar cadangan itu tenggelam dan berlalu begitu sahaja.

Rupa-rupanya, tanpa disedari Majalah IM kini sudah masuk ke edisi yang ke sembilan. Diam tak diam, terlalu pantas masa itu berlalu.

Penerbitan Majalah IM ini diterajui oleh Team Flarebiz, iaitu saudara Labanon dan Zafran, serta dibantu oleh beberapa rakan yang lain. Sementara penyumbang tetap artikel-artikel di dalam setiap edisi majalah ini, bukanlah calang-calang individu. Mereka ini boleh dianggap sebagai peneroka dan pelopor kepada perniagaan dan pemasaran internet di Malaysia. Antaranya ialah, saudara SmartZul, Zamri Nanyan, Team Saifulsham, Alang, Osman Affan, Sham Raja Adsense, Irwan Dahnil, dan ramai lagi.

Oleh itu, JANGAN anda perlekehkan kualiti majalah ini walau pun ianya diberikan secara percuma sahaja. Sebaliknya, anda seharusnya berterimakasih kepada pihak penerbitannya kerana menyediakan sumber maklumat yang sangat bermanfaat untuk rujukan anda.

Sedikit ulasan saya mengenai Majalah IM edisi 9 (Januari, 2009) :

Isu utama Majalah IM edisi Januari ’09 ini ialah mengenai perniagaan hartanah online. Agak aneh bunyinya bukan ? Bila berbicara mengenai hartanah, apa yang sering kita bayangkan ialah mengenai aset-aset fizikal yang mungkin berupa tanah, rumah, bangunan perniagaan dan seumpamanya. Perniagaan hartanah online yang dibicarakan di edisi ini juga bukannya bermaksud menjual hartanah fizikal dengan menggunakan perantaraan internet. Tetapi sebaliknya, perniagaan ‘hartanah’ yang dimaksudkan itu ialah jual-beli laman web.

Ini mungkin perkara yang baru anda dengar. Bahkan saya juga! Dan lihatlah bagaimana Majalah IM mendedahkan perkara ini kepada anda. Sebelum ini, anda mungkin sudah biasa mendengar bagaimana usahawan-usahawan kita membina perniagaan internet dengan menjual produk-produk fizikal dan digital, menjual perkhidmatan, meraih pendapatan melalui Google Adsense, program affiliate, Ebay, Forex, dan sebagainya.

Selain pendedahan, penulis turut juga memberikan tip-tip bagaimana untuk memula dan menguruskan perniagaan jual beli website ini. Dan yang paling menariknya, Majalah IM kali ini turut menemuramah seorang tokoh usahawan hartanah online yang sudah boleh dianggap berjaya di dalam bidangnya. Siapakah individu itu ? Download Majalah IM ini sekarang untuk mendapatkan jawapannya. Dan mari kita sama-sama menyusuri rentetan kehidupannya sehingga berjaya ke tahap ini.