Isnin, 29 Mac 2010

MINI SEMINAR DI FLAREBIZ NETWORK

Pada pos yang lepas, saya ada memaklumkan bahawa saya akan menghadiri satu mini seminar yang dianjurkan oleh Flarebiz Network pada 28 Mac. Alhamdulillah, hasrat dan rancangan tersebut akhirnya terlaksana juga setelah beberapa kali menunda tarikh kehadiran pada sebelum ini.

Banyak perkara telah dikongsikan oleh Labanon dan Zhafran (yang empunya Flarebiz), lewat seminar tersebut.

Saya sempat juga untuk bergambar dengan kedua-dua tokoh in. Jadi elok rasanya untuk saya kongsikannya di sini :

Bersama Labanon, dan rakan-rakan peserta.

Bersama Zhafran

Kepada anda yang berminat untuk turut menyertai seminar ini, anda boleh merujuknya di laman web NiagaKit/mini-seminar untuk perkembangan lanjut. Ianya biasanya diadakan pada setiap hujung minggu, melainkan ada hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Yuran? Ha! Ha! Ha! Cuma RM10 jer...


Sistem Kedai Online Niagakit

Khamis, 25 Mac 2010

NIAGA KIT : SISTEM KEDAI ONLINE YANG MESRA PENGGGUNA.

Kepada anda yang sedang merancang-rancang untuk menjalankan perniagaan internet, khususnya untuk menjual produk-produk fizikal, ini ada satu saranan dari saya. Jika anda sedang mencari-cari satu sistem kedai online yang sangat efektif, kenapa tidak untuk anda mencuba satu sistem kedai online yang telah direkacipta oleh rakyat Malaysia sendiri, yang mana ciri-cirinya adalah tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dengan rekaan dari luar negara. Sistem kedai online yang saya maksudkan itu dinamakan sebagai Niaga Kit, yang kini sedang dipasarkan oleh Flarebiz Network.


Saya berpeluang untuk memandu uji sistem ini. Anda juga boleh melakukannya sendiri. Sila ke laman web Niagakit.com dan daftarkan nama dan emel anda terlebih dahulu di ruang 'CUBA DEMO'.

Terus terang, sebenarnya saya tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai pembinaan laman web. Nama-nama perisian seperti NVU, Dreamweaver, Frontpage, hanya saya kenali secara luaran sahaja. Pernah saya cuba mendekati dan memesrai salah satu dari produk ini dengan bantuan video tutorial. Namun, di dalam beberapa minit sahaja, saya sudah mula merasa penat untuk memahaminya. Memang sukar untuk memahiri perisian tersebut tanpa bantuan seorang guru. Lalu, sebagai langkah awal untuk melibatkan diri dengan perniagaan internet ini, saya memulakannya dengan menggunakan hosting percuma dahulu. Di tapak web percuma ini, pihak penyedia telah memberikan kemudahan pembinaan laman web yang saya rasakan lebih mesra pengguna. Itu hanyalah sekadar pandangan peribadi saya. Maka, melalui pengalaman inilah, saya ingin berkongsi pandangan saya mengenai Niaga Kit.

Dengan Niaga Kit, terasa amat mudah sekali. Sebagai contoh, untuk menyenaraikan produk di kedai online saya, saya hanya perlu pergi ke bahagian Pengurusan Produk (Product Manager), kemudian klik pada Tetapan Produk (Product Settings), kemudian klik pula pada pilihan 'Produk', seterusnya klik pada butang 'Tambah Produk Baru'. Setelah diisi segala butiran produk yang diperlukan di ruang yang telah disediakan, kemudian klik pada butang 'Hantar', maka produk yang ingin anda jual akan tersedia terpapar di kedai online anda. Begitu mudah bukan ? Segala maklumat yang telah dimasukkan ini, boleh diubah atau diedit semula mengikut keperluan dan kesesuaian semasa.

Niaga Kit mempunyai dua pilihan bahasa; Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ini amat memberi pilihan dan kemudahan kepada anda yang kurang mahir berbahasa Inggeris seperti saya. Apatah lagi jika sasaran pasaran anda hanya di sekitar seantero Malaysia dan Nusantara sahaja. Dengan kemudahan pengendalian di dalam Bahasa Melayu ini, anda tidak perlu lagi teragak-agak, atau tercangak-cangak untuk menguruskan kedai online anda secara kendiri.

Dari pandu uji saya dengan demo Niaga Kit ini, sudah pastilah banyak perbezaannya jika hendak dibandingkan dengan hosting percuma yang sedang saya gunakan kini. Maklumlah, yang berbayar vs percuma, mana boleh sama ! Banyak ciri-ciri yang ada pada sistem Niaga Kit, tidak ada pada laman web kedai online saya. Lagi pula, laman web Kedaisiberneka bukanlah dibangunkan khusus dari sistem kedai online yang sebenar atau yang lebih dikenali sebagai 'Shopping Cart'. Maka kerana itu, ianya sememangnya tidak mampu untuk menandingi kehebatan Niaga Kit.

Saya ingin berkongsikan secara ringkas beberapa ciri-ciri lagi yang menarik minat saya mengenai sistem Niaga Kit ini :

1. Reka bentuk yang kemas dan profesional. Ciri ini sangat penting di dalam menarik perhatian pengunjung untuk kekal ber'shopping' di kedai online anda. Jika pandangan kali pertama sudah membuatkan pelanggan bosan, berserabut mata untuk membuat pilihan dan carian, maka sudah pastinya bakal pelanggan anda dengan segera akan 'melangkah keluar' dari kedai anda itu.

2. Kemudahan sistem pembayaran. Di dalam situasi Malaysia, kebanyakan pengguna internet lebih cenderung untuk menggunakan bank sebagai medium pembayaran. Oleh itu, demi untuk menjadikan kedai anda sebagai sebuah kedai yang mesra pelanggan, menyediakan senarai pelbagai pilihan bank pembayar adalah suatu langkah yang sangat wajar. Ini adalah salah satu kelebihan yang ada pada sistem Niaga Kit. Kebanyakan produk lain yang seumpamanya tidak menyediakan kemudahan ini. Melalui kemudahan ini, Niaga Kit telah menyediakan satu borang khas untuk meletakkan bukti pembayaran mereka. Pun begitu, sistem Niaga Kit turut tidak menafikan kehendak dan keperluan pelanggan-pelanggan lain yang lebih selesa membuat pembayaran melalui kad kredit ataupun paypal. Dengan wujudnya kemudahan pembayaran melalui kad kredit dan paypal ini pula, anda bukan sekadar mampu untuk berniaga di persekitaran Malaysia sahaja, bahkan juga mampu untuk melangkaui sempadan negara.

3. Pengurusan jualan dan belian. Seperti juga perniagaan konvensional, perniagaan internet juga memerlukan pengurusan yang profesional demi untuk memastikan kelansungan perniagaan dan perkembangannya. Sistem Niaga Kit turut menyediakan keperluan ini. Melalui ruangan khas di bahagian admin, anda boleh menggunakan sistem yang disediakan untuk menguruskan perniagaan anda secara lebih baik dan teratur. Segala urusniaga tersebut akan direkodkan untuk rujukan di masa depan, termasuklah maklumat terperinci para pelanggan. Ya, anda boleh memanfaatkan maklumat-maklumat pelanggan ini seumpama 'mailing list', menghantar maklumat produk terbaru, produk terlaris dan juga menghantar kupon potongan harga pada musim-musim tertentu. Ini pastinya akan membantu meningkatkan penghasilan jualan anda.

4. Mesra SEO. Enjin carian boleh dikatakan gerbang utama bagi seseorang yang ingin mencari maklumat di internet. Oleh itu, adalah merupakan suatu kerugian yang besar jika peniaga kedai online mengkesampingkan fungsi ini. Team Flarebiz telah menjanjikan bahawa sistem Niaga Kit adalah sangat mesra SEO. Bagaimanakah cara ianya berfungsi ? Team Flarebiz pastinya bersedia memberikan penjelasan kiranya anda benar-benar berminat ingin mengetahui mengenainya.

Apakah 'kekurangan' yang ada pada produk ini ?
Sejauh yang saya perasan, dan yang sempat saya kesan, ialah pada 'harga'nya. Ya, harga untuk sistem kedai online 'NiagaKit' adalah yang sangat murah yang pernah saya temui, jika hendak dibandingkan dengan produk-produk lain, yang seangkatan dan sekelas dengannya. Meski pun saya masih lagi seorang pengguna 'hosting percuma' untuk kedai online saya, namun saya juga sebenarnya sedang membuat tinjauan mengenai pakej-pakej tawaran dari pelbagai pihak, sebagai persediaan untuk menaiktarafkan perniagaan internet saya, khususnya untuk kedai online ini. Oleh itu, perbandingan harga adalah merupakan kriteria yang menjadi perkiraan dan penilaian saya, selain dari kualiti sesuatu produk.

Sepertimana yang telah saya nyatakan tadi, saya hanya ingin mengulas beberapa ciri-ciri menarik pilihan saya sahaja. Selebihnya, anda boleh mencuba dan merasainya sendiri. Sila ke laman Niaga Kit untuk maklumat yang lebih lanjut.

Anda masih tercari-cari atau terfikir-fikir produk apa yang hendak diniagakan di internet ?
Sekali lagi Flarebiz Network sedia membantu. Jom kita sertai Mini Seminar 'Asas Buat Duit dengan Produk Fizikal' yang dianjurkan oleh mereka. Ianya khusus untuk perniagaan kedai online, yang berasaskan produk-produk fizikal. Mungkin ianya bakal membantu mencetuskan ilham untuk anda. Seminar ini akan di adakan dari masa ke masa, biasanya pada hujung minggu. Anda boleh memilih masa yang bersesuaian dengan kesenggangan anda. Tarikh paling hampir ialah pada 28hb Mac ini (Ahad). Anda juga boleh mengikuti perkembangannya di laman web NiagaKit/Mini-Seminar. Apa yang paling menakjubkan ialah mengenai yurannya. Cuma RM 10.00 sahaja!

Isnin, 8 Mac 2010

PROGRAM PPL DARI ERUWAN GERRY AFFILIATES


Anda mungkin sudah pun mengenali siapa itu Eruwan Gerry Norsen. Sekurang-kurangnya, jika anda adalah pembaca blog ini ini yang konsisten, anda mungkin sudah pun mengenali beliau. Saya tidak akan bercerita panjang lagi mengeai beliau di pos kali ini. Anda boleh merujuk kembali tulisan sya mengenai beliau di sini.

Di samping menulis buku dan ebook, saudara Eruwan turut menawarkan peluang pendapatan sampingan kepada semua orang yang berminat. Peluang ini dibuka melalui program affliate bagi produk-produk beliau. Beliau mempunyai laman web affiliate induk bagi memasarkan produk-produknya. Laman web tersebut dinamakan sebagai Eruwan Gerry Affiliates. Terdapat sebanyak 9 produk semuanya yang dipasarkan melalui laman web affiliate ini. Produk-produk tersebut ialah : Video Panduan Lelong, Video Panduan Ebay, Import Dari China, Pembungkusan Hebat, Pengurusan Inventori Hebat, Rekod Simpanan Hebat, Automatic eBay Powerseller, Workshop Rahsia Raja Lelong, dan Internet Millionaire System.

Terkini, saudara Eruwan baru sahaja memperkenalkan program affiliate PPLnya. Saya pasti, anda sudah pun maklum akan apakah yang dimaksudkan dengan PPL atau Pay Per Lead ini. Saya rasa saya telah pernah menyentuh mengenainya sebelum ini.

Program PPL Eruwan GerryAffiliates diadakan bertujuan untuk mempromosikan laman web Eruwan Gerry Affiliates itu sendiri, di samping mengajak seramai mungkin mereka yang berminat untuk menyertai program affiliates EGA ini. Sebagai imbuhan, saudara Eruwan telah menawarkan sebanyak RM1.00 bagi setiap individu yang telah menyertai EGA ini melalui link affiliate anda. Paling menariknya, program PPL anjuran EGA ini tidak mempunyai tempoh masa. Dalam erti kata yang lain, sehinga bila-bila pun, selagi ada individu yang mendaftarkan diri sebagai peserta EGA, selagi itulah anda akan dibayar komisennya. Ini bermakna segala usaha promosi yang anda lakukan tidak akan menjadi sia-sia kerana ianya tidak mempunyai tarikh luput.

Komisen bernilai RM1.00 adalah merupakan antara tawaran yang agak tinggi di sekitar Malaysia kita ini. Sebelum ini ada beberapa lagi IM tempatan yang pernah menawarkan komisen sebanyak itu. Namun, bezanya dengan PPL EGA ini ialah tawaran mereka itu hanya di dalam tempoh tertentu sahaja. Sebulan misalnya. Selepas tempoh tersebut, link affiliate yang anda sebarkan ke serata pelusuk alam internet tidak akan membawa pulanga apa-apa lagi, sedangkan pemunya atau penganjur PPL tersebut masih mendapat manfaatnya. Begitu juga halnya dengan minimum payout untuk pembayaran komisennya yang agak tinggi, sehingga sukr untuk dicapai di dalam tempoh yang terhad. Hal ini seolah-olahnya menjadikan program PPL hanya layak dan dimonopoli oleh kelompok otai-otai IM yang mempunyai senarai emel yang besar sahaja. Semenjatara penyertaan golongan 'newbie' hanyalah sekadar berperanan sebagai penyumbang percuma subscriber kepada taukeh PPL. Saya rasa suasana seumpama ini perlu dikaji semula. Kita tidak seharusnya terikut-ikut dengan gaya penganjuran program PPL ala barat yang seakan-akan mengeksploitasi orang ramai. Ianya juga dirasakan seperti tidak serasi dengan kehendak Islam, di mana orang yang telah melakukan kerja untuk kita, sewajarnya diberi imbuhan yang sewajarnya.

Untuk program affiliate EGA ini, para peserta juga tidak akan dibiarkan bersendirian didalam melakukan kerja-kerja promosi, khususnya kepada anda yang masih bergelar 'newbie'. Anda kan dibekalkan dengan panduan yang berupa artikel bersiri melalui emel, serta melalui ebook-ebook yang akan diberi secara percuma. Kesemua panduan ini bernilai RM398.00!

Dengan menyertai program PPL EGA ini, anda mempunyai dua peluang; samada untuk mempromosikan produk-produk bermutu milik Eruwan Gerry dengan imbuhan komisen yang lumayan, atau pun mempromosikan produk-produk percuma beliau yang tidak kurang hebatnya, dan mendapat komisen yang lebih mudah untuk diperolehi.

Segala keputusan adalah di tangan anda !