Saya pernah menulis serba sedikit
pengenalan kepada Paypal di blog ini sebelum ini. Di awal kewujudan blog ini. Namun pada waktu, terdapat sedikit masalah untuk rakyat Malaysia mengenai Paypal. Kita, warga Malaysia, boleh membuka akaun Paypal, dan dibenarkan untuk menerima bayaran. Namun, begitu kita dihalang untuk mengeluarkan simpanan kita di Paypal itu melalui bank di negara kita. Itu bukan halangan yang kecil sebenarnya. Tidak guna kita mempunyai simpanan yang banyak tetapi tidak boleh mengeluarkannya. Memang terdapat beberapa alternatif, namun ianya bukanlah sesuatu yang mudah juga.
Namun kini tidak lagi ! Masalah dan halangan seumpama itu sudah lama berlalu. Kini rakyat Malaysia sudah bebas menggunakan Paypal sepertimana warganegara lain.
Hari ini saya ingin melanjutkan kembali penulisan
mengenai Paypal ini.
Paypal bukan sahaja berfungsi sebagai medium penerimaan pembayaran secara online. Apa yang menariknya,
Paypal mampu menjadikan urusniaga anda di internet berlaku secara
autopilot, boleh dijalankan secara automatik tanpa memerlukan anda mengawasinya sepanjang masa.
Ramai otai IM luar negara yang telah berjaya membuat ribuan serta jutaan dollar setiap bulan dengan
perniagaan internet. Akan tetapi tahukah anda sebenarnya hampir kesemua
perniagaan internet mereka dilakukan secara autopilot sahaja tanpa memerlukan mereka mengadap komputer setiap saat untuk memastikan perniagaan mereka berjalan lancar. Ya, kebanyakan IM menggunakan sistem ini kerana memudahkan mereka menumpukan kepada marketing semata daripada menghabiskan masa untuk menghantar download link kepada pelanggan. Inilah kelebihannya
perniagaan internet !
Jika mereka mampu mengaut sebanyak itu secara autopilot dengan bisnes internet mereka, mengapa tidak anda?
Siapa yang tidak inginkan perniagaan yang boleh berjalan secara automatik dan memberikan pendapatan pasif setiap hari serta setiap bulan. Siapa yang tidak mahu menambah pendapatan setiap bulan dengan cara sebegini? Saya amat yakin bahawa semua orang mahukannya!
Akan tetapi bagaimanakah caranya untuk anda menyediakan perniagaan internet anda menjadi sebuah perniagaan yang autopilot?
Sebenarnya terdapat banyak cara, malahan kos yang diperlukan untuk menjadikan perniagaan internet anda beroperasi secara automatik ini juga boleh bermula daripada RM0 (PERCUMA!) sehinggalah USD xxxx.
Jika anda tidak mempunyai modal yang mencukupi, anda sebenarnya masih boleh menyediakan perniagaan internet anda beroperasi secara autopilot. Ini kerana dengan
Paypal, anda boleh menjadikan perniagaan internet anda diuruskan secara automatik tanpa memerlukan sebarang kos. Ya, tiada sebarang bayaran dikenakan kerana ianya adalah percuma.
Persoalannya di sini ialah bagaimanakah caranya untuk jadikan perniagaan internet anda diurus secara automatik dengan
Paypal?
Sahabat saya, yang juga merupakan seorang usahawan internet iaitu Ahmad Adnin telah menyediakan panduan berbentuk video yang lengkap, menerangkan langkah demi langkah dalam Bahasa Melayu untuk anda belajar cara bagaimana untuk
menjadikan perniagaan internet anda beroperasi secara autopilot dengan menggunakan
Paypal ini. Oleh itu, anda tidak perlu lagi teraba-raba memahami panduan yang disediakan oleh
Paypal itu sendiri, atau terangkak-rangkak melalui kaedah try & error.
Terdapat 5 Video Khas Yang Merangkumi:
Video 1-:Pengenalan Paypal
Video 2-:Pengenalan Akaun Dan Panduan Pendaftaran
Video 3-:Panduan Butang Pembayaran
Video 4-:Panduan Profile
Video 5-:Panduan Extra (mengandungi beberapa nasihat penting)
Set Video Panduan Belajar Paypal ini pasti dapat membantu anda merealisasikan impian anda untuk menyediakan sebuah perniagaan internet yang automatik serta dapat membantu anda meningkatkan pendapatan pasif setiap bulan melalui perniagaan ini!
Anda boleh mendapatkannya di:
BelajarPaypal.com