Ahad, 30 September 2007

BARU SAHAJA PULIH DARI...



Saya memohon maaf kepada semua pengunjung setia blog ini yang pastinya kehampaan kerana sudah agak lama tidak diupdate.

Sebenarnya saya sendiri tidak dapat melayari internet di dalam tempoh tersebut. Talian telefon dan internet saya baru sahaj pulih hari ini. Ianya berpunca dari panahan petir lebih kurang seminggu yang lalu. Segalanya telah 'terbakar'; kabel (di luar dan di dalam premis), CPU komputer dan modem sekaligus !

Alhamdulillah, kini segalanya telah pulih kembali. Kabel telah diganti baru. Nasib baiklah saya mengambil pakej yang mempunyai waranti untuk modem dari streamyx. Kuranglah sedikit bebanan...

Sekian, sekadar makluman dari saya. Banyak lagi perkara yang hendak dilakukan. Blog rakan-rakan juga sudah lama tidak dijenguk. Rindu pulak rasanya pada buah fikiran mereka...

Rabu, 19 September 2007

SELAMATKAH CINTA ANDA ?

Mulai hari ini, topik penulisan saya akan beralih sedikit dari topik yang sedia ada. Namun ianya masih tidak lari dari konsep sebenar blog ini. Kalau sebelum ini saya lebih banyak menulis review mengenai produk yang memberikan anda maklumat tentang perniagaan internet, maka untuk pos selepas ini nanti tema produk yang akan perkenalkan adalah lebih terbuka. Ada pelbagai produk dan sumber maklumat yang ingin saya kongsikan dengan anda.

Sebagai permulaan, saya ingin memperkenalkan sebuah ebook yang membincangkan masalah cinta. Maaf, ianya bukan novel percintaan ! Tapi adalah sebuah ebuku panduan yang membincangkan dan memberi penyelesaian kepada masalah percintaan anda !

Ebook yang saya maksudkan itu ialah “Seni Selamatkan Cinta”, hasil olahan saudara A.F Hazwan, seorang pengkaji dan penganalisis dunia percintaan.

Putus cinta bukanlah perkara mudah pada sesetengah orang. Ianya mampu memberi kesan yang negatif kepada kehidupan seseorang; kepada kerjayanya misalnya, bahkan juga boleh membawa kepada keputusan untuk membunuh diri. Apa tah lagi kepada mereka yang sudah berumahtangga, anak-anak yang akan menjadi mangsa. Oh ya! Jangan perkecilkan skop percintaan anda pada hubungan teruna dan dara sahaja ya! Malah sebaliknya, percintaan di alam perkahwinan adalah lebih jauh dan berliku perjalanannya, berbanding percintaan di alam remaja, yang hanya untuk suka-suka dan glamer!

Menurut A.F Hazwan, formula dan penyelesaian yang beliau sarankan melalui ebook ini sama sekali tidak menyalahi undang-undang mahu pun hukum agama. Ianya adalah merupakan kombinasi di antara kaedah saintifik, emosi serta penggunaan secara praktikal kaedah Neuro Ligustic Programming (NLP).

Satu perkara menarik mengenai ebook ini ! Penulisnya memberikan jaminan selama 60 hari dan wang anda akan dikembalikan kepada anda jika teknik dan penyelesaian yang beliau berikan tidak menjadi. Tetapi tentunya dengan syarat setelah anda berusaha dan beramal dengan sesungguhnya segala panduan dan saranan yang telah diberikan melalui ebook ini.

Ebook Seni Selamatkan Cinta ini tentu sahaja tidak hanya untuk anda yang sedang menghadapi masalah percintaan semata-mata, bahkan juga merupakan bekalan yang amat berguna kepada anda yang bakal bercinta dan bakal menghadapi alam rumahtangga. Ini kerana ebook ini tidak sekadar memberi bimbingan bagaimana untuk menyelesaikan masalah sedia ada, tetapi juga membantu mengelakkan anda dari dilanda masalah yang bakal menimpa. Sepatah kata orang-orang lama; sediakan payung sebelum hujan !

Selamatkah cinta anda ? Selamatkan cinta anda !!! => Seni Selamatkan Cinta...

Rabu, 12 September 2007

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARRAK !

Salam sejahtera dan selamat berpuasa saya ucapkan buat semua teman-teman pengunjung setia blog ini. Tidak dilupakan juga buat anda yang pertama kalinya berkunjung !

Saya baru sahaja menunaikan solat tarawih sebentar tadi. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga usia saya ke Ramadhan tahun ini. Walau pun saya ni bukanlah tua sangat, namun usia bukanlah pengukur untuk berapa lama kita akan berada di dunia ini.

Mudah-mudahan di Ramadhan kali ini, kita sama-sama muhasabah diri, sejauh manakah pencapaian kita dalam menabung bekalan kita untuk perjalanan ke alam ukhrawi. Seterusnya pula meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti ibadah kita. Marilah kita memanfaatkan Ramadhan ini sebaik-baiknya, kerana kita belum pasti lagi akan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang…

Di bulan Ramadhan ini kita ada dua pilihan ; ada orang yang berlumba-lumba untuk membuat pahala, sementara ada pula yang berlumba-lumba membuat duit sehingga terlupa fungsi Ramadhan yang sebenarnya. Maka terpulanglah kepada anda membuat pilihan, asalkan anda bukan dari golongan yang ketinggalan.

Bersempena dengan bulan Ramadhan ini terlebih dahulu saya ingin memaklumkan, bahawa berkemungkinan saya tidak dapat mengepos secara konsisten seperti sebelumnya. Kebiasaannya saya akan menulis sekurang-kurangnya satu atau dua pos seminggu. Maklum sahajalah Ramadhan, jadual harian biasanya amat padat dan terhad ! Peluang untuk memakmurkannya hanya sebulan dalam setahun. Itu pun jika badan kita masih sihat!

Kepada anda yang ingin membaca pos terkini saya, saya cadangkan anda menyertai mailing list saya. InsyaAllah, saya akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini blog ini dari masa ke masa. Sila daftarkan nama anda di borang subscriber di bar sebelah kanan blog ini.

Sekian, selamat berpuasa, tapi bukan hanya sekadar berpuasa !

KA'AB
1 Ramadhan, 1428.

PROJEK VIRAL LINK

Di dalam pos yang lalu, saya telah memperkatakan tentang apa itu SEO. Saya bukanlah pakar mengenai SEO ini. Untuk sekadar secara tasawwur sahaja, bolehlah sikit-sikit. Untuk mempelajari secara lebih mendalam mengenainya eloklah anda berguru dengan Meor Shukri melalui kitabnya “SEO 3 Gergasi”.

Diantara kaedah untuk meningkatkan rank SEO anda ialah dengan dengan meletakkan pautan laman web / blog anda sebanyak-banyaknya di laman web orang lain. Maka tercetuslah ilham di kalangan IM berpengalaman dengan kaedah Viral Link ini.

Untuk projek kali ini, wabak ini telah dimulakan di Blog Hikmatun dan diikuti oleh Kelas Blog, dan anda semua dijemput untuk dijangkiti penyakit ini, penyakit yang dapat membantu blog anda sendiri juga (he! he!). Untuk semua bloggers, terutamama para newbies, jom kita sama-sama kita memeriahkannya !

~ Mula copy di sini ~

Salaam alaikum. Kali ini ana mau bawak hal off topik sikit, sekali - sekala mesti ada iklan kan? hehe. Iklan kali ini bagi sesiapa yang mahukan blog-blog dia naik taraf pada page rank Google ataupun dengan kata lain, bagi mudah orang jumpa blog kita melalui search engine. Makna yang lain lagi makin ramai lah pelawat insyaAllah berkerumun ke blog kita secara tak sengaja.

Itu pentingnya Page Rank tu, kalau Google punya antara 1 - 10, 10 paling tinggi sekali, Google, Yahoo punya Page Rank sebanyak itu, pasal faham-faham je la website mereka tu hari-hari hampir setiap pengguna internet guna, sebab tu page rank mereka banyak. Antara faktor - faktor yang tentukan Page Rank adalah backlink ke blog kita, point kita kat technorati, Alexa ranking dan sebagainya. Sebab itu lah ramai yang pentingkan benda-benda tu, utk naikkan page rank la tu.

So jika anda mahukan blog2 anda pun naik page rank, perlu lah cuba cari cara macam mana nak buatkan banyak website lain link ke blog anda, makin banyak link ke blog anda maka makin tinggilah potensi anda untuk naik, maka makin tinggi lah potensi anda untuk mendapat pelawat secara PERCUMA! So di sini hari ini, ana mahu letak beberapa blog yang mengambil bahagian, dan jika anda mahu join sama, copy je belaka artikel ini dan letakkan di blog anda. Kemudian masukkan link ke blog anda sendiri kat situ nanti, dan jadikan nakhoda nya adalah blog anda sendiri, dan sila bagi tahu (Ping) ke sini, nanti saya pun akan masukkan link ke blog anda juga. So sama-sama tolong menolong untuk naikkan PR masing-masing.

Nakhoda:
Blog Kedaisiberneka : Maklumat asas Perniagaan Internet, pendapatan sampingan, review untuk produk-produk terpilih.

Senarai Blog:
Blog Kedaisiberneka : Maklumat asas Perniagaan Internet, pendapatan sampingan, review untuk produk-produk terpilih.
Kelas-blog : Mengenai tips dan panduan bagi membina dan menjaga blog.
Feedget : Perkembangan teknologi terkini.
Zubli Zainordin : Seorang pakar motivasi, penulis, mentor bab blog memblog dan sebagainya.
Hikmatun : Santapan rohani menuju negeri abadi.
Perpustakaan : Khazanah Ilmiah Online

Sila tambahkan link ke blog anda dalam senarai di atas …….

~ Tamat ~

Sabtu, 8 September 2007

APA ITU SEO ?

Di dalam apa jua bentuk perniagaan, pengiklanan dan promosi adalah merupakan elemen yang penting didalam memastikan kemajuan perniagaan tersebut. Perniagaan di internet juga tidak dapat lari dari keperluan ini. Di samping kaedah pengiklanan yang konvensional seperti suratkhabar, TV, radio, flyers dan sebagainya, perniagaan internet juga mempunyai kaedah promosinya yang tersendiri. Pengiklanan dan promosi tersebut boleh dibuat secara berbayar, atau pun secara percuma sahaja.

Google Adsense dan Bidvertiser adalah merupakan contoh pengiklanan berbayar di internet. Selain daripada itu, anda juga boleh membuat pengiklanan melalui blog dan juga forum.

Satu lagi kaedah yang dikatakan sangat berkesan untuk menarik pelawat ke laman web anda ialah melalui kaedah SEO.

Apa itu SEO ?

SEO adalah merupakan akronim bagi “Search Engine Optimization”. Jika dialihkan ke Bahasa Malaysia, ianya membawa maksud Pengoptimuman Enjin Carian. Jika dirujuk kepada Kamus Dewan, optimum memberi makna ‘kedudukan yang teratas atau yang paling menguntungkan!’. Oleh itu Pengoktimuman Enjin Carian bolehlah ditafsirkan sebagai proses atau kaedah bagaimana untuk menjadikan laman web anda berada di dalam ranking yang teratas apabila seseorang pencari maklumat membuat carian dengan menggunakan kata kunci tertentu di enjin carian.

Terdapat 3 laman web carian yang utama dan ternama di internet. Laman web Enjin Carian tersebut ialah MSN, Yahoo! dan Google. Dapat menguasai ketiga-tiga Search Engine sahaja pun sudah amat memadai. Namun begitu, ketiga-tiga Search Engine ini mempunyai proses dan peraturan yang berbeza dan tersendiri di dalam menentukan optimasi sesebuah laman. Walau bagaimana pun, mereka tetap mempunyai matlamat yang sama, iaitu memberikan maklumat yang selengkapnya kepada pengguna internet tentang apa yang ingin mereka cari.

Bagaimana untuk memahami kehendak ketiga-tiga Search Engine ini di dalam memastikan laman web anda mendapat kedudukan yang terbaik di laman mereka ? Ebook “SEO 3 Gergasi : Panduan Lengkap Optimasi Laman Web” telah menyediakan solusinya. Ebook ini adalah hasil kajian dan tulisan saudara Meor Shukri dari JomWebTemplate.com.

Terdapat 9 langkah yang dicadangkan oleh beliau melalui ebook ini. Kesembilan langkah yang disusun ini pula adalah merupakan kaedah yang selesa dan mesra dengan ketiga-tiga search engine tersebut. Ini bermakna, dengan mengikuti panduan beliau, anda tidak perlu lagi melakukan optimasi secara berasingan.

Ahad, 2 September 2007

VIDEO TUTORIAL PERCUMA !!!

Kepada anda yang masih ragu-ragu untuk membuat pelaburan dalam mencari ilmu mengenai Perniagaan Internet, kini terdapat peluang untuk anda mendalaminya secara PERCUMA !

Pelajaran percuma ini adalah di dalam bentuk Video Tutorial, yang telah diusahakan oleh saudara Zamri Nanyan dan Mohd. Sufian dari VideoPercuma.com.

Video Tutorial ini terbahagi kepada 11 bahagian, yang merangkumi panduan pendaftaran nama domain, pemilihan penyedia webhosting yang fleksibel, panduan memuatnaikkan fail ke server, bagaimana memasang forum, cara mudah memasang blog, dan berbagai lagi...

Agak sukar untuk mendapatkan sesuatu dengan percuma di dalam dunia hari ini di mana segalanya berteraskan wang. Namun jika ada pihak yang sanggup memberikan sesuatu kepada anda secara percuma, apakah wajar anda menolaknya ? Video Tutorial ini mungkin boleh dijadikan asas untuk anda menjinakkan diri dengan lebih serius di dalam dunia perniagaan internet ini.

Ayuh! Dapatkannya sekarang di VideoPercuma.com.