Memaparkan catatan dengan label MATAWANG MAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MATAWANG MAYA. Papar semua catatan

Sabtu, 14 April 2007

VERSI TERKINI EBOOK MALAYSIAPAL

Di dalam tulisan sebelum (26/2/2007) ini saya pernah memperkenalkan kepada anda apa itu Paypal dan MalaysiaPal. Ya ! Menurut mereka yang sudah berpengalaman luas di dalam perniagaan internet, keperluan untuk memiliki akaun Paypal sangatlah tidak dapat dielakkan. Ini kerana kewujudan medium pemprosesan pembayaran seumpama Paypal membolehkan anda memperluaskan perniagaan ke seantero dunia. Kepada anda yang belum bersedia untuk melibatkan diri di dalam perniagaan internet, anda pula berpeluang untuk menyertai program penjanaan pendapatan yang lain seperti program Affiliate, AGLOCO, Search n Earn Program dan sebagainya.

Walau bagaimana pun, satu masalah yang di hadapi oleh rakyat Malaysia ialah wang yang terkumpul di dalam akaun Paypal tidak dapat dikeluarkan melalui bank-bank di Malaysia. Sehinggakan ada sesetengah pengguna Paypal membelanjakan kembali pendapatan mereka di Paypal untuk pembelian secara online. Tapi sayangnya, apalah sangat yang boleh anda beli di internet, dan apakah barang yang anda beli itu benar-benar anda perlukan atau sekadar hanya kerana hendak menghabiskan duit yang ada ?

Kehadiran ebook "MalaysiaPal : Alternatif Paypal di Malaysia", benar-benar telah membantu membuka jalan kepada rakyat Malaysia khususnya pengguna internet, menunaikan wang mereka di Paypal ke dalam Ringgit Malaysia. Ebook tersebut kini berada di dalam versi 2.0. Versi sebelum ini (V1.20) diedarkan secara percuma. Walau bagaimana pun untuk versi kali ini ianya dijual pada harga RM 10.00 sahaja. Harga yang anda pasti mampu ! Pada versi terbaru ini, tiga kaedah telah diperkenalkan bagaimana anda boleh menunaikan USD di Paypal kepada RM, berbanding versi sebelum ini hanya dengan satu cara sahaja. Anda hanya perlu memilih mana-mana kaedah yang dirasakan sesuai dengan kehendak anda. Apa dan bagaimanakah kaedah-kaedah tersebut ? Dapatkan segera ebook ini kerana segalanya ditunjukkan secara mudah, langkah demi langkah.

Seperkara yang menarik mengenai ebook ini, pembeli diberikan hak untuk menjual semula ebook tersebut pada harga yang sama. Ini bermakna jika anda berjaya menjual hanya satu salinan, anda sudah mendapatkan kembali modal anda semula. Bagaimana pula jika anda berjaya menjual 20 salinan ? Anda sendiri bayangkan… Pembeli juga akan dibekalkan dengan segala kemudahan untuk menjual ebook ini seperti surat jualan dan sebagainya.

Jika anda bercita-cita hendak menjadi usahawan internet pada suatu hari nanti, kenapa tidak memulakannya pada hari ini dengan 'produk' ini dan dengan modal yang serendah ini ? Dengan Cuma RM10.00, anda tidak akan kerugian apa-apa kerana anda mendapat tiga pilihan : 1). Pengetahuan, 2). Peluang pendapatan, dan 3).Kedua-duanya sekali.

Untuk membeli ebook ini terdapat dua kemudahan : Melalui Paypal, dengan harga USD$3.00 sila klik : MALAYSIAPAL.COM, atau melalui E-gold (USD$3.00) & Maybank2u (RM10.00), sila klik : BUKUSIBER2U. Anda akan dibekalkan dengan dua versi sekaligus ! Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Khamis, 1 Mac 2007

APA ITU E-GOLD ?

Di dalam tulisan yang lalu saya telah memperkatakan serba sedikit mengenai Paypal. Terlanjur saya telah menulis mengenai alat pemprosesan pembayaran ini, maka pada kali ini saya memperkenalkan anda kepada e-gold pula.

E-gold adalah merupakan satu lagi pilihan sebagai medium pembayaran yang amat popular di internet. Jika anda ingin melibatkan diri dengan perniagaan internet tanpa mengenali e-gold, adalah bagaikan sesuatu yang tidak sempurna. Ada laman web perniagaan yang menyediakan kedua-dua kemudahan pembayaran sekaligus (E-gold & Paypal). Ada juga yang hanya menyediakan salah satu darinya. Oleh itu saya merasakan mempunyai kedua-dua akaun sekaligus adalah lebih baik. Ini membolehkan segala urusniaga yang ingin anda lakukan di internet tidak tergendala.

E-gold membawa maksud electronic gold. Ini kerana segala urusniaga adalah secara maya melalui talian internet. Ianya merupakan satu sistem matawang elektronik yang didaftarkan di bawah e-gold Ltd, oleh Nevis Corporation, yang disokong oleh 100% bar emas yang tersimpan. Nilai matawang e-gold adalah bersandarkan nilai sebenar emas semasa. Saya tidak mahu mengulas secara sempurna mengenai latarbelakang egold ini kerana segalanya boleh anda perolehi dengan lebih lengkap dan padat tentang sejarah dan operasinya melalui laman webnya sendiri : E-gold.com. Anda cuma perlu klik pada opsyen WHAT IS E-GOLD ?

MEMBUKA AKAUN E-GOLD.

Untuk membuka akaun e-gold adalah PERCUMA. Berikut adalah panduan langkah demi langkah bagaimana untuk membuka akaun e-gold:

1. Sila klik di sini untuk ke halaman pendaftaran akaun e-gold. (User Creation)

2. Sila KLIK pada I AGREE setelah anda membaca dan memahami e-gold "Account
User Agreement". Borang Pendaftaran akan terpapar. Isikan maklumat diri anda
Sebagaimana yang diminta.

Account Name : Nama akaun anda. Boleh jadi nama penuh anda sendiri nama samaran atau apa sahaja yang bersesuaian. Nama ini akan dapat dilihat oleh pemegang akaun egold yang lain ketika membuat pemindahan / pembayaran e-gold.

Ruangan "Description" & "Additional Description" tidak wajib di isi. Namun anda boleh
mengisinya untuk menambahkan lagi ciri-ciri keselamatan. Boleh diisi dikemudian hari.

Username :Anda boleh menggunakan nama yang sama untuk Username dan Account Name. Ini akan menjadikannya lebih mudah untuk diingati."Description untuk Username juga tidak
diwajibkan untuk di isi.

Point Of Contact : Alamat perhubungan anda. Kosongkan ruangan Fax jika tidak berkenaan. Sementara Alternate Passphrase pula digunakan untuk pengesahan bayaran. Walau bagai mana ianya jarang digunakan. Boleh gunakan nama ibu anda sebagai Alternate Passphrase.

Passphrase : Passphrase ialah password anda. Ianya dalam gandingan huruf dan angka, sekurang-kurangnya 8 aksara. Isi kedua-dua ruangan dengan passphrase yang sama.

Turing Number Entery : Isikan nombor-nombor yang sama seperti telah diberikan ke dalam petak yang kosong.Perhatikan nombor-nombor tersebut betul-betul.


3. Setelah selesai mengisi borang, tekan butang OPEN yang berada di sebelah bawah.
Selepas itu buka peti emel anda . Anda akan menerima satu emel dari e-gold bersama
dengan nombor akaun e-gold anda.


BAGAIMANA MENDEPOSITKAN E-GOLD ?

Untuk berbelanja menggunakan e-gold di internet, maka anda perlulah mempunyai sejumlah e-gold di dalam akaun anda. Untuk mendepositkan e-gold, anda perlulah membelinya dari mereka yang ingin menjualnya. Terdapat beberapa pengedar egold yang popular di Malaysia. Salah satunya ialah : EgoldMalaysia.com

Jika anda ingin menjadikan egold hanya sebagai alat penerima pembayaran seperti komisen affiliate dan seumpamanya, maka tidak perlulah mendepositkannya. Tunggu sajalah komisen anda masuk! Walau bagaimana pun, untuk menunaikan egold tersebut ke dalam Ringgit Malaysia, maka anda perlulah menjualnya kepada pehak seperti EgoldMalaysia.com.