Khamis, 15 Mac 2007

PENDAPATAN SAMPINGAN MELALUI ENJIN PENCARIAN...


Ketika anda melakukan pelayaran di internet, apakah enjin pencari yang anda gunakan ? Yahoo ? Google ? MSN ? Atau apa-apa sajalah ! Adakah anda dibayar ketika menggunakan enjin pencarian ini? Kenapa pula kita dibayar sedangkan kita sendiri menggunakan servis mereka? Ya, betul ! Akan tetapi, meskipun pertanyaan anda itu betul, masih ada home page enjin pencarian yang sanggup membayar anda ketika anda menggunakan khidmat mereka. Laman enjin pencari yang saya maksudkan itu ialah SlashMySearch.com. Dan program yang mereka perkenalkan dinamakan sebagai : Search N Earn Program.

Apakah rasionalnya program ini ? Kata kunci mudah yang boleh saya fahami ialah : Pengiklanan, persaingan dan kesetiaan. Setiap enjin pencarian tidak sekadar memberikan kemudahan pencarian maklumat kepada pengunjungnya. Ianya juga turut menyiarkan iklan. Dan iklan ini pula adalah pendapatan kepada mereka. Pehak pengiklan pula hanya berminat mengiklankan produk mereka di tempat yang ramai orang. Tidak kiralah sama ada di TV, di suratkhabar, di stadium, atau di mana sahaja. Maka kerana itulah persaingan untuk mendapatkan ramai pengunjung, ramai pembaca, dan ramai penonton menjadi agenda utama syarikat-syarikat pengiklanan. Selain daripada itu, mereka juga mahukan pengunjung yang ramai itu kekal setia bersama mereka.

Maka kerana itulah, pada hemat saya, program Search N Earn ini diperkenalkan oleh SlashMySearch.com ini. Program ini berbentuk perkongsian keuntungan, sama lebih kurang seperti program Google Adsense sebelum ini. Bezanya Google Adsense hanya memberi peluang kepada pemilik web dan blog sahaja, sebaliknya Search N Earn Program menawarkan peluang kepada semua pengguna internet.

BAGAIMANA PROGRAM INI BERFUNGSI ?

Terlebih dahulu anda kenalah melakukan 'set up' kepada komputer anda dengan menukarkan homepage enjin pencari sedia ada anda kepada enjin pencarian SlashMySearch.com. Kaedah 'set up' ini akan ditunjukkan secara 'step by step' setelah anda mendaftarkan diri untuk program ini. Setelah itu anda hanya perlu menggunakan enjin pencarian ini seperti biasa, seperti mana anda menggunakan enjin carian yang lainnya sebelum ini. Hanya itu sahaja! Tidak perlu mengklik mana-mana iklan yang terpapar di home page enjin carian tersebut.

Anda akan dibayar sebanyak USD$0.25 bagi setiap jam pelayaran menggunakan SlashMySearch.com. Anda juga akan dibayar sebanyak USD$0.15 bagi setiap jam downline di level 2 anda menggunakan internet melalui SlashMySearch.com. Sementara untuk downline di level 3, anda akan dibayar sebanyak USD$0.05. Ya! Anda akan mendapat komisen dari downline anda sehingga ke level 3. Tiada had bagi jumlah downline di setiap level. Sila lihat contoh carta downline di atas. Dengan andaian 10 orang downline bagi setiap level, anda mampu untuk meraih pendapatan sehingga USD$1,980.00 (RM7524.00) sebulan. Cuba bayangkan jika jumlah downline anda lebih banyak dari itu ?

Berikut adalah beberapa perkara asas yang anda perlu ketahui mengenai program ini sebelum anda menyertainya :

Ø Penyertaan untuk program ini adalah PERCUMA ! Anda tidak perlu membayar untuk apa-apa tujuan pun untuk menyertai program ini. Anda hanya perlu menjadikan SlashMySearch.com sebagai enjin pencarian utama anda. Itu sahaja !
Ø Pembayaran komisen akan hanya dibuat setelah pendapatan anda mencecah USD$50.00. Walaubagai mana pun, pembayaran pertama akan hanya dibayar selepas 2 bulan anda mendaftarkan diri sebagai ahli.
Ø Pembayaran komisen adalah dengan menggunakan cek / Paypal / e-gold. Jika anda belum membuka akaun Paypal atau e-gold, sila rujuk tulisan saya sebelum ini.
Ø Perbuatan mengklik ke atas iklan yang terpapar di home page enjin carian tidak akan memberikan sumbangan kepada pendapatan anda.
Ø Anda juga tidak akan mendapat sebarang pendapatan tambahan apabila seseorang mengklik ke atas link / URL unik anda.
Ø Anda akan menerima tidak melebihi 2 emel promosi dari pihak penganjur pada setiap bulan.
Ø Anda boleh untuk men'set up'kan ID URL anda ke dalam lebih dari satu komputer. Walau bagai mana pun, di dalam sesebuah komputer tidak boleh memiliki lebih dari satu ID URL.

Pandangan peribadi saya mengenai program ini : Program ini masih baru di perkenalkan khususnya di Malaysia. Belum ada pihak yang mendakwa sudah mendapat bayaran. Oleh itu kemungkinan untuk anda akan dibayar atau sebaliknya tidak dapat dipastikan. Walau bagaimana pun risiko kerugian hampir tidak ada, kerana program ini tidak meminta sebarang bayaran. Kalau ada pun, ialah pembaziran masa anda mempromosikan program. Ada dua pilihan untuk anda yang akan memberikan dua kesan yang berbeza juga; Pertama, tunggu dan lihat dulu... kalau program ini benar-benar memberi pulangan barulah mendaftar. Tapi kesannya ialah ketika anda baru hendak mendaftar, anda sebenarnya sudah pun ketinggalan dari sudut pendapatan dan jumlah downline. Peluang untuk mendapat downline juga akan menjadi semakin sempit !

Pilihan kedua ialah; sertainya sekarang! Lakukan promosi sebanyak mungkin untuk mendapat lebih ramai ahli. Risikonya pula ialah; jika anda tidak dibayar, segala usaha anda selama ini adalah sia-sia sahaja. Namun anda masih tdak kerugian barang sesen pun! Pendek kata, tepuk dada tanya nurani...

Jika anda berminat sila klik >>> SlashMySearch.com untuk mendaftar...
(Jika anda sudah mendaftar menyertai program ini melalui link ID saya, sila maklumkan kepada saya melalui emel (kedaisiberneka@yahoo.com.my) untuk tujuan kerjasama didalam mengembangkan organisasi kita bersama! Sila maklumkan No. ID anda...)

Khamis, 8 Mac 2007

APA ITU GOOGLE ADSENSE ?

Ketika melayari internet terutamanya sewaktu mengunjungi laman web atau laman blog, anda tentunya akan tertemu dengan iklan-iklan yang berbentuk teks yang berada di sebelah atas, bawah atau pun di sebelah sisi laman tersebut. Ini adalah merupakan salah satu cara pengiklanan di internet, selain dari kaedah banner dan sebagainya. Apabila anda mengklik pada iklan-iklan ini , anda akan dibawa ke laman web pengiklan tersebut.

Terdapat beberapa syarikat besar di internet yang mempelopori bidang pengiklanan seumpama ini seperti Google, Bidviser, Adbrite dan Yahoo. Namun di antara kebanyakannya itu, Googlelah yang paling popular. Kalimah yang popular mengenai pengiklanan Google ini ialah 'Google Adsense'.

Apa itu Google Adsense ?

Terdapat dua istilah yang amat akrab mengenai pengiklanan Google, iaitu Google Adwords dan Google Adsense. Google Adwords adalah program untuk para pengiklan yang menjadi pelanggan Google. Sementara Google Adsense pula adalah program untuk pehak yang akan mempamerkan iklan-iklan tersebut bagi pehak Google. Setiap klik yang dilakukan oleh pelayar internet pemilik laman web tersebut akan di bayar antara $0.03 sehingga ke $0.50 (USD), bergantung kepada keyword tertentu.

Sesiapa sahaja layak untuk menyertai program Google Adsense, asalkan anda mempunyai laman web atau laman blog sendiri. Laman web anda tidak semestinya laman web perniagaan. Mungkin sebuah laman web yang berbentuk informasi. Atau untuk lebih mudah dan murah, anda boleh menggunakan laman blog sebagai medium pengiklanan Google Adsense anda. Google sendiri mempunyai kemudahan hosting percuma untuk laman blog yang diberi nama Blogger. Anda boleh memulakan peluang anda di sini !

Namun begitu, untuk mendapatkan hasil@pendapatan yang semaksima mungkin dari Google Adsense, maka beberapa kaedah dan helah haruslah diketahui. Anda juga sepatutnya mengetahui apa yang menjadi pantang larang pihak Google mengenai program ini yang sama sekali tidak seharusnya anda langgari.

Ebook "Raja Adsense : Rahsia Panduan Membuat Duit Dengan Google" adalah merupakan satu-satunya ebook berbahasa Melayu yang mencungkil segala rahsia mengenai Google Adsense. Ebook ini se'tebal' 81 mukasurat, kini telah berada dalam versi 3.0. Ebook ini adalah kajian dan tulisan saudara Shamsuriyadi Mamat, atau lebih dikenali sebagai Sham Raja Adsense.

Saya menganggap ebook ini sebagai sesuatu yang amat lengkap persembahannya terutamanya kepada orang-orang baru hendak mengenali apa itu Google Adsense seperti saya. Dari A to Z, dalam bahasa mudahnya! Di antara topik-topik yang diperjelaskan di dalam ebook ini ialah bagaimana untuk membuat kajian tentang keunikan dan tumpuan (niche), bagaimana untuk memohon akaun Adsense, dan bagaimana untuk membina laman blog secara percuma.

Anda juga akan diajar bagaimana untuk mempromosikan laman web atau laman blog anda. Promosi amatlah penting kerana jumlah pengunjung akan menentukan jumlah pendapatan anda. Turut diberikan ialah 15 Rahsia bagaimana meningkatkan pendapatan anda melalui Adsense. Satu lagi pemberian istimewa dari Sham melalui ebook ini ialah sejumlah 220 keywords yang bernilai tinggi, iaitu antara $2.00 hingga ke $100.00 pada setiap klik.

Kepada anda berminat untuk memiliki ebook ini, bolehlah anda mendapatkannya pada harga RM40.00 melalui laman web penulisnya ; RajaAdsense.com. Terdapat banyak lagi teknik, taktik dan trik yang terdapat di dalam ebook ini yang tidak saya nyatakan di sini...

Selain dari Google Adsense, ebook ini juga turut menyenaraikan program pengiklanan lain yang seumpamanya, sebagai pilihan kedua untuk anda.

Khamis, 1 Mac 2007

APA ITU E-GOLD ?

Di dalam tulisan yang lalu saya telah memperkatakan serba sedikit mengenai Paypal. Terlanjur saya telah menulis mengenai alat pemprosesan pembayaran ini, maka pada kali ini saya memperkenalkan anda kepada e-gold pula.

E-gold adalah merupakan satu lagi pilihan sebagai medium pembayaran yang amat popular di internet. Jika anda ingin melibatkan diri dengan perniagaan internet tanpa mengenali e-gold, adalah bagaikan sesuatu yang tidak sempurna. Ada laman web perniagaan yang menyediakan kedua-dua kemudahan pembayaran sekaligus (E-gold & Paypal). Ada juga yang hanya menyediakan salah satu darinya. Oleh itu saya merasakan mempunyai kedua-dua akaun sekaligus adalah lebih baik. Ini membolehkan segala urusniaga yang ingin anda lakukan di internet tidak tergendala.

E-gold membawa maksud electronic gold. Ini kerana segala urusniaga adalah secara maya melalui talian internet. Ianya merupakan satu sistem matawang elektronik yang didaftarkan di bawah e-gold Ltd, oleh Nevis Corporation, yang disokong oleh 100% bar emas yang tersimpan. Nilai matawang e-gold adalah bersandarkan nilai sebenar emas semasa. Saya tidak mahu mengulas secara sempurna mengenai latarbelakang egold ini kerana segalanya boleh anda perolehi dengan lebih lengkap dan padat tentang sejarah dan operasinya melalui laman webnya sendiri : E-gold.com. Anda cuma perlu klik pada opsyen WHAT IS E-GOLD ?

MEMBUKA AKAUN E-GOLD.

Untuk membuka akaun e-gold adalah PERCUMA. Berikut adalah panduan langkah demi langkah bagaimana untuk membuka akaun e-gold:

1. Sila klik di sini untuk ke halaman pendaftaran akaun e-gold. (User Creation)

2. Sila KLIK pada I AGREE setelah anda membaca dan memahami e-gold "Account
User Agreement". Borang Pendaftaran akan terpapar. Isikan maklumat diri anda
Sebagaimana yang diminta.

Account Name : Nama akaun anda. Boleh jadi nama penuh anda sendiri nama samaran atau apa sahaja yang bersesuaian. Nama ini akan dapat dilihat oleh pemegang akaun egold yang lain ketika membuat pemindahan / pembayaran e-gold.

Ruangan "Description" & "Additional Description" tidak wajib di isi. Namun anda boleh
mengisinya untuk menambahkan lagi ciri-ciri keselamatan. Boleh diisi dikemudian hari.

Username :Anda boleh menggunakan nama yang sama untuk Username dan Account Name. Ini akan menjadikannya lebih mudah untuk diingati."Description untuk Username juga tidak
diwajibkan untuk di isi.

Point Of Contact : Alamat perhubungan anda. Kosongkan ruangan Fax jika tidak berkenaan. Sementara Alternate Passphrase pula digunakan untuk pengesahan bayaran. Walau bagai mana ianya jarang digunakan. Boleh gunakan nama ibu anda sebagai Alternate Passphrase.

Passphrase : Passphrase ialah password anda. Ianya dalam gandingan huruf dan angka, sekurang-kurangnya 8 aksara. Isi kedua-dua ruangan dengan passphrase yang sama.

Turing Number Entery : Isikan nombor-nombor yang sama seperti telah diberikan ke dalam petak yang kosong.Perhatikan nombor-nombor tersebut betul-betul.


3. Setelah selesai mengisi borang, tekan butang OPEN yang berada di sebelah bawah.
Selepas itu buka peti emel anda . Anda akan menerima satu emel dari e-gold bersama
dengan nombor akaun e-gold anda.


BAGAIMANA MENDEPOSITKAN E-GOLD ?

Untuk berbelanja menggunakan e-gold di internet, maka anda perlulah mempunyai sejumlah e-gold di dalam akaun anda. Untuk mendepositkan e-gold, anda perlulah membelinya dari mereka yang ingin menjualnya. Terdapat beberapa pengedar egold yang popular di Malaysia. Salah satunya ialah : EgoldMalaysia.com

Jika anda ingin menjadikan egold hanya sebagai alat penerima pembayaran seperti komisen affiliate dan seumpamanya, maka tidak perlulah mendepositkannya. Tunggu sajalah komisen anda masuk! Walau bagaimana pun, untuk menunaikan egold tersebut ke dalam Ringgit Malaysia, maka anda perlulah menjualnya kepada pehak seperti EgoldMalaysia.com.