Jumaat, 23 November 2012

RAJA HERBA PERAWAT RESDUNG


Tahukah anda setiap tahun berjuta-juta orang di dunia ini menghadapi resdung ? Penyakit ini sudah tentu akan menyukarkan kehidupan seharian anda. Hal ini juga mampu membuatkan anda menjadi lebih mudah hilang sabar. Ini kerana mereka yang menghidap resdung akan mudah berasa sakit kepala akibat kesukaran bernafas.

Resdung berpunca daripada alahan terhadap makanan tertentu, habuk dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, akan menyebabkan kulat tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin teruk membengkak. Bagi anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.

Antara tanda-tanda anda menghadapi masalah resdung ialah hidung selalu tersumbat, lendir dari hidung dan tekak, sakit atau gatal muka terutama kawasan antar mata, sakit tekak yang berpanjangan dan berulang, demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan, dan gejala alahan hidung seperti bersin dan sebagainya.

Resdung yang lebih parah lagi boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya deria penglihatan akan berkurangan. Bertindaklah sekarang dalam merawat masalah resdung yang anda alami. Jika anda pernah mengalami tanda-tanda seperti di atas kami sarankan anda mencuba Minuman Raja Herba yang mana produk ini berasaskan 100 peratus herba dan Berjaya merawat masalah resdung yang dialami oleh ramai orang.

Encik Wan Muhammmad Roslan bin Wan Husin (gambar) yang berasal dari Pekan, Pahang, merupakan salah seorang pengguna yang mengalami masalah resdung dan alergik. Beliau juga mengalami masalah seperti migraine, badan terasa berat, sakit-sakit tulang dan kebas anggota badan. Masalah yang dihadapinya sudah hampir 5 tahun. Beliau merupakan seorang guru dan ini menyukarkan lagi proses penganjaran dengan masalah kesihatan yang dialaminya.

Bagi masalah kebas terutama bahagian tangannya, apabila beliau makan makanan yang gatal seperti sotong, udang dan ketam, tangannya akan mula membengkak. Namun selepas mencuba Minuman Raja Herba, beliau sudah boleh makan makanan yang dahulunya hanya boleh dipandang sahaja. Masalah resdung dan alergik yang dialaminya juga sudah tiada lagi dengan pengambilan Raja Herba secara berterusan. Encik Wan juga turut menjadi pengedar minuman Raja Herba selepas yakin dengan keberkesanan produk dan harganya juga amat berpatutan iaitu hanya RM35.90 sahaja. Anda boleh menghubungi Encik Wan di talian 019-9885991 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Alhamdulillah semuanya dengan izin ALLAH, tetapi sebagai manusia kita tidak boleh berputus asa dalam mencari penawar bagi setiap permasalahan yang kita hadapi. Oleh itu apa yang anda tunggu lagi, dapatkanlah Minuman Raja Herba sekarang daripada pengedar-pengedar, farmasi atau kedai herba yang berdekatan.

Untuk anda yang sukar mendapatkan Minuman Raja Herba di kawasan anda, anda boleh mendapatkannya secara online di KEDAISIBERNEKA.



_________________________________________________________

Nota : Tulisan di atas adalah salinan semula dari Rencana Iklan (Judul asal : RAWAR RESDUNG MENGGUNAKAN MINUMAN RAJA HERBA ) yang dikeluarkan oleh pehak Herba Nusantara dan telah disiarkan di akhbar-akhbar tempatan. Penyiaran semula rencana tersebut di blog ini adalah bertujuan sebagai perkongsian maklumat dan testimoni mengenai produk dan kesannya.

Sabtu, 17 November 2012

RAJA HERBA PENYEMBUH GHOUT



Penyakit ghout adalah berpunca daripada kristal-kristal asid urik yang terbentuk di dalam sendi-sendi. Ia biasanya mula terbentuk di bahagian ibu jari kaki. Asid urik mudah turun ke bahagian kaki dan susah untuk naik kembali ke bahagian atas badan.

Ia dianggap bendasing dalam badan dan satu siri serangan imunisasi badan dan akan menyebabkan radang dan bengkak serta sakit ghout yang amat sangat.

Berikut adalah pengalaman salah seorang pengguna Minuman Raja Herba iaitu Haji Mohd Yusuf bin Jaafar, yang kini berusia 65 tahun, telah mengidap penyakit ghout agak lama iaitu sejak 15 tahun yang lalu. Beliau kini menetap di Bagan Dato’, dan bertugas sebagai Tok Siak Masjid Bagan Dato’ di kampungnya.

Sebenarnya beliau juga mengalami masalah Kencing Manis dan Darah Tinggi. Beliau tidak dapat pergi ke masjid untuk menjalankan tugas sebagai Tok Siak.

Walau pun beliau berpantang dalam mengambil makanan tertentu, kadangkala penyakit ghoutnya tetap datang dengan tiba-tiba.

Seperti mana beliau sedia maklum, kandungan asid urik adalah penyebab rasa sakit, terutama di bahagian sendi dan kaki. Setelah membaca iklan di akhbar Harakah, beliau terus mencuba Minuman Raja Herba . Alhamdulillah perubahan demi perubahan dirasainya dari semasa ke semasa.

Menurutnya lagi, Minuman Raja Herba yang amat serasi dengan beliau, setelah puluhan produk kesihatan dan ubat yang dicubanya tidak mendatangkan kesan yang memuaskan. Beliau bersyukur kepada Allah swt kerana dengan izinnya penyakit Ghout yang dialaminya sembuh selepas mengambil minuman Raja Herba.

Pada peringkat awal mengambil minuman Raja Herba, beliau mengalami beberapa tindakbalas pemulihan iaitu sendi terasa sakit dan badan terasa sakit dan badan terasa gatal. Namun beliau menyedari sejak awal lagi perkara ini mungkin berlaku setelah membaca risalah produk dari syarikat tentang kemungkinan berlakunya tindak balas tersebut.

Beliau terus juga minum Raja Herba setiap hari serta minum air masak yang lebih. Setelah beberapa hari kesan tindak balas semakin berkurang dan sakit sendi juga berkurang dengan banyak sekali. Setelah mengamalkan minuman Raja Herba sebanyak 2 botol beliau berasa penyakit ghoutnya telah tiada lagi. Beliau juga telah mencuba makanan laut sepertib udang dan sotong, dan Alhamdulillah tidak member kesan sakit seperti dahulu lagi.

Kini minuman Raja Herba menjadi minuman harian beliau setiap hari. Harganya pun tidak mahal iaitu hanya RM35.90 sahaja sebotol dan boleh diminum hampir sebulan lamanya. Sesungguhnya produk yang terbaik bukanlah yang mahal atau berjenama, tetapi produk yang serasi dengan tubuh badan seseorang. Bagi anda yang mengalami masalah yang serupa, tiada salahnya untuk mencuba minuman Raja Herba. InsyaAllah dengan izin Allah penyakit ghout dan lain-lain penyakit akan beransur pulih.

Bagi anda yang ingin mencuba produk minuman Raja Herba ini bolehlah mendapatkannya secara online di KEDAISIBERNEKA.
_________________________________________________________
Nota : Tulisan di atas adalah salinan semula dari Rencana Iklan (Judul asal : DERITA GHOUT 15 TAHUN SEMBUH SELEPAS MINUM RAJA HERBA) yang telah dikeluarkan oleh pehak Herba Nusantara dan telah disiarkan di akhbar tempatan. Penyiaran semula rencana tersebut di blog ini adalah bertujuan sebagai perkongsian maklumat dan testimoni mengenai produk dan kesannya.

Jumaat, 9 November 2012

RAJA HERBA PENAWAR UNTUK DARAH TINGGI


Minuman Raja Herba secara umumnya memberi tenaga kepada luaran dan dalaman badan, melancarkan perjalanan darah, membuang toksin berlebihan melallaui sistem perkumuhan dan perpeluhan dan menyeimbangkan kandungan gula dan garam dalam badan.

Minuman Raja Herba juga membantu mereka yang ada masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, asma, buasir, resdung dan kolestrol. Selain itu juga, minuman Raja Herba juga diakui dapat mengembalikan tenaga kepada badan.

Berdasarkan testimoni terbaru yang kami terima, Encik Jamal Bin Saad (53), yang menetap di Taiping, Perak, datang sendiri ke Pejabat Urusan Herba Nusantara Enterprise dan sempat berkongsi masalah kesihatan dan kesembuhan yang dialami beliau.

Beliau merupakan salah seorang pengguna setia minuman Raja Herba. Ini kerana jumlah yang digunakan oleh Encik Jamal cukup banyak dan berterusan sudah hampir 6 bulan sehingga sekarang. Beliau turut berkongsi minuman Raja Herba bersama anak-anak kerana Raja Herba juga boleh diminum oleh kanak-kanak seawal usia 5 tahun ke atas.

Dengan penggunaan yang lebih besar dari kadar biasa badan beliau menerima kesan tindak balas yang agak kuat. Namun begitu encik Jamal tidak pernah berputus asa dan terus menggunakannya. Antara kesan tindak balas ialah sakit kepala dan sakit di bahagian pinggang. Ini kerana encik Jamal mempunyai masalah darah tinggi dan masalah batu karang yang dihadapinya sudah mencecah hampir 30 tahun dan pernah sekali bacaan tekanan berada pada tahap yang membimbangkan. Namun selepas minum Raja Herba secara berterusan, rasa sakit di bahagian kepala berkurangan dan batu karangnya juga keluar. Alhamdulillah, kini tekanan darahnya sudah stabil dan masalah batu karang sudah tiada.

Selain itu juga encik Jamal turut mengalami masalah kencing manis dan buasir. Selepas penggunaan Raja Herba dalam tempoh lebih kurang sebulan masalah kencing manis dan buasir sudah tiada walau pun masalah buasir yang diidapinya sudah agak teruk kerana sudah 3 kali pembedahan dibuat.

Selepas mengamalkan Raja Herba, encik Jamal merasakan badannya kini lebih bertenaga danmasalah kesihatan yang dialaminya sudah tiada. Kadar kolestrol dalam badan encik Jamal turut berada pada tahap normal. Beliau turut menyarankan kepada rakan-rakan yang mengalami masalah kesihatan untuk menggunakan Minuman Raja Herba .

Bagi anda yang ingin mencuba produk Minuman Raja Herba ini, bolehlah mendapatkannya secara online di KEDAISIBERNEKA.

__________________________________________________________
Nota : Tulisan di atas adalah salinan semula dari Rencana Iklan (Judul asal :  TEKANAN DARAH KEMBALI SELEPAS AMALKAN RAJA HERBA ) yang dikeluarkan oleh pehak Herba Nusantara dan telah disiarkan di akhbar-akhbar tempatan. Penyiaran semula rencana tersebut di blog ini adalah bertujuan sebagai perkongsian maklumat dan testimoni mengenai produk dan kesannya.

Sabtu, 3 November 2012

RAJA HERBA UNTUK PENYAKIT BATU KARANG


Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya tidak cukup minum air terutamanya air masak dan menyebabkan kencing menjadi lebih pekat. Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan.

Malah, individu yang bernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang. Kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun dan lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

Sesetengah ubat, contohnya ubat yang selalu digunakan oleh para atlet boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu. Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman hati, jantung, limpa, daging merah, dan makanan laut bercengkerang seperti kerang dan tiram, serta alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang.

Pada masa sama diet yang kurang serat seperti kurang pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin menyumbang kepada masalah. Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi mendapat batu karang. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Antara kesan batu karang pada badan ialah sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimana pun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan.

Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara 5 hingga 15 minit. Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

Air kencing berdarah, air kencing keruh dan berbau busuk, rasa mual dan muntah, sentiasa terasa hendak kencing dan demam jika ada jangkitan merupakan tanda-tanda awal penyakit batu karang. Oleh itu, Herba Nusantara tampil dengan menawarkan rawatan alternatif dalam merawat dan mencegah batu karang dan terhasilnya RAJA HERBA.

Mengikut testimony yang diperolehi, Encik Alias yang berasal dari Dungun Terengganu yang mengidap penyakit batu karang sembuh selepas mengamalkan Raja Herba selama seminggu. Batu Karang encik Alias keluar melalui saluran kencing dan darah tingginya juga sudah stabil.

Puan Tengku Noorela Binti Tengku Ngah yang merupakan isteri encik Ismail juga menghidap penyakit batu karang dan lelah. Penyakit lelah yang dihidapinya mula beransur-ansur kurang dan batu karang yang dihidapinya hancur dalam masa 2 bulan.

Tengku Noorela juga baru menyedari ketiadaan batu karangnya selepas membuat pemeriksaan kali kedua selepas bertemu dengan pakar perubatan dan merasa amat gembira dengan hasilnya. Tengku Noorela juga menyarankan kepada pengguna di luar sana agar turut sama menggunakan Raja Herba dan bagi mengelakkan batu karang sebaiknya pengambilan Raja Herba diamalkan secara berterusan.

Untuk mendapatkan produk RAJA HERBA secara online sila klik pada pautan berikut  :  MINUMAN RAJA HERBA



___________________________________________________________
Nota : Tulisan di atas adalah salinan semula dari Rencana Iklan (Judul asal : BATU KARANG KELUAR SELEPAS MINUM RAJA HERBA ) yang dikeluarkan oleh pehak Herba Nusantara dan telah disiarkan di akhbar-akhbar tempatan. Penyiaran semula rencana tersebut di blog ini adalah bertujuan sebagai perkongsian maklumat dan testimoni mengenai produk dan kesannya.

Isnin, 28 Mac 2011

BERNIAGA INTERNET TANPA MODAL ?

Di dalam pos yang lalu, saya ada menyentuh mengenai berniaga di internet tanpa mengeluarkan sebarang modal. Di dalam erti kata yang lebih mudah, kita menjual barang di internet tanpa perlu mengeluarkan modal untuk membeli stok dan menyimpan stok. Bunyinya agak aneh kedengaran. Namun jika anda sudah biasa dengan kaedah perniagaan internet, ianya bukanlah sesuatu yang luarbiasa.

Kaedah perniagaan seumpama ini diberi nama 'Dropship'. Dropship adalah satu konsp perniagaan yang mudah dan amat disarankan kepada mereka yang ingin menceburi perniagaan internet kerana ianya tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok. Bukan sekadar itu, anda juga sebenarnya tidak perlu membungkus dan menghantar produk tersebut kepada pelanggan anda. Anda cuma perlu dapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal atau pun 'dropshipper'. Kemudian anda hanya perlu melakukan promosi di kedai online anda sendiri, atau pun medium pemasaran internet yang lainnya. Setelah mendapat pesanan (dan bayaran), anda hanya perlu membuat pesanan semula kepada pembekal anda supaya menghantar produk tersebut kepada pelanggan anda. Begitu mudah bukan ? Anda hanya perlu menggunakan wang pelanggan anda sebagai modal perniagaan anda. Tidak perlu mengeluarkan modal sendiri.

Dengan penjelasan di atas, adalah diharapkan anda sudah pun mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan asas berkaitan 'dropshipping'. Selanjutnya, elok juga rasanya anda mengetahui pula tentang strategi dan teknik melakukan jualan melalui kaedah dropship ini.

Berikut adalah 4 tip bagaimana melakukan jualan yang berkesan dari konsep dropshipping. Kebanyakan cara ini telah dilakukan oleh ramai Usahawan Internet yang menjual produk fizikal di internet :



  1. Kaji pasaran terlebih dahulu sebelum menjual. Ramai yang tersilap mencari barangan atau produk dahulu sebelum tahu permintaan pasaran. Akibatnya barang yang dijual tidak mampu menghasilkan jualan. Anda kena tahu apa permintaan yang tinggi di pasaran dari masa ke masa kerana ianya akan berubah setiap masa.


  2. Cari dropshipper yang membekalkan barangan yang mempunyai permintaan di pasaran. Terdapat pelbagai perkhidmatan dropship di internet. Dan kebanyakannya pula tertumpu kepada satu kategori barang sahaja. Contohnya, ada dropshipper yang cuma menjual barangan elektronik sahaja. Ada pula yang hanya menjual barangan pakaian sahaja. Oleh itu, anda kena bijak memilih dropshipper yang berkaitan dengan produk yang anda cari.


  3. Tentukan berapa peratuskah keuntungan yang ingin anda sasarkan. Kemudian lihat harga jualan runcit untuk produk yang nak dijual. Jangan lupa juga untuk meninjau harga yang dijual oleh pesaing anda. Kemudian, setelah ditentukan harga yang nak dijual, pastikan ianya memberi keuntungan yang sewajarnya. Jangan hanya balik modal atau keuntungan yang sedikit sahaja. Nanti tidak berbaloi pula dengan kos promosi yang anda lakukan.


  4. Gunakan platform jualan untuk mula menghasilkan jualan. Terdapat pelbagai platform yang boleh digunakan untuk membuat jualan. Antaranya laman sosial, blog, atau laman lelongan seperti eBay, Lelong serta Mudah.my. Jika anda sudah memiliki web e-dagang sendiri, adalah lebih baik. Anda cuma perlu tambahkan sahaja rangkaian produk tersebut ke dalamnya.

Apa yang saya kongsikan di sini adalah pada tahap yang sangat asas sebenarnya. Saya akui saya sendiri masih lagi bukan seorang pakar untuk membicarakan perkara ini secara lebih mendalam. Namun anda tidak perlu khuatir. Pada hari ini, kebetulan pula seorang pakar di dalam bidang dropshipping initelah melahirkan satu produk panduan untuk anda yang benar-benar serius mahu melibatkan diri di dalam bidang ini.



Produk ini diberi judul, "Panduan Video Lubuk Rahsia Dropship". Panduan ini disediakan di dalan 9siri modul, yang terdiri dari 8 video dan 1 ebook. Panduan ini adalah hasil usaha saudara Mohd Najib Asaddok, seorang usahawan internet berpengalaman. Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan ebook ini, sila ke laman web beliau di LubukRahsiaDropship.com untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pesanan...


Isnin, 14 Mac 2011

JOM BERNIAGA DI KEDAI ONLINE !

Anda mempunyai impian untuk membuka sebuah perniagaan ? Atau anda sememangnya sudah mempunyai perniagaan, namun ingin mengembangkan lagi keupayaan perniagaan anda hingga ke persada online? Ini ada satu ruang dan peluang yang mungkin mampu membantu impian anda menjadi kenyataan .

Kepada anda yang berhasrat untuk membuka sebuah perniagaan, namun tidak mempunyai cukup pengetahuan dan pengalaman, bahkan juga tidak mempunyai modal yang besar, saya menyarankan anda memulakan perniagaan anda secara online, atau perniagaan internet. Ini kerana dengan berniaga atau membuat jualan online, anda tidak memerlukan modal yang begitu besar. Sejumlah RM500.00 sudah amat mencukupi, malah jika lebih rendah dari jumlah tersebut pun anda masih boleh memulakan langkah pertama. Bahkan juga, jika anda tahu caranya, anda juga sebenarnya boleh berniaga di internet tanpa memerlukan sebarang modal pun. Tapi harap maklum ya ! Bahawa kenyataan saya ini adalah bermaksud jika sekiranya anda sudah pun memiliki laptop dan talian internet anda sendiri.

Saya tidak akan membicarakan lanjut bagaiman anda boleh berniaga di internet tanpa sebarang modal ini, melainkan mengenai satu perkara sahaja pada hari ini, iaitu mengenai laman web. Hal-hal lain seperti bagaimana cara mendapatkan produk dan sebagainya, bolehlah anda ikhtiarkan sendiri dari sumber lain, atau insyaAllah, akan saya bicarakan di masa mendatang jika sekiranya ada kesempatan.

Laman web adalah merupakan elemen penting jika anda ingin berniaga di internet. Ada banyak pilihan bentuk laman web untuk anda menjual barang seperti blog, forum, Facebook dan sebagainya. Laman-laman web yang disebutkan tadi boleh disertai secara percuma sahaja kerana terdapat pehak tertentu yang telahpun menyediakan tapak dan pasarannya sekali. Namun jika anda serius untuk berniaga di internet, sementelahan pula barang yang ingin anda jual itu berbentuk fizikal, serta mempunyai bentuk dan jenama yang pelbagai, maka laman web yang dirasakan sangat bersesuaian untuk tujuan itu ialah laman web yang menyediakan kemudahan system 'Shopping Cart'.

Sistem 'Shopping Cart' adalah merupakan salah satu sistem yang terdapat di dalam perniagaan internet atau sistem e-dagang. Ianya juga turut dikenali sebagai 'Online Store' atau pun 'Kedai Online' di dalam Bahasa Melayunya. Analogi mudahnya sistem ini ialah seumpama anda berada di sebuah pasar mini atau pasaraya nyata. Anda berlegar di dalam kedai atau pasaraya itu sambil menolak sebuah troli. Apabila bertemu dengan produk yang anda berkenan, dan anda akan mengambilnya dan memasukkan ke dalam troli atau bakul yang anda bawa. Begitulah seterusnya sehinggalah apa yang anda cari sudah memadai., maka anda pun membawa barang-barang itu ke kaunter pembayaran. Di kedai online, anda tidak perlu berlegar-legar atau merayau-rayau sambil menolak troli. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah melayari kedai online tersebut di hadapan laptop, sambil ditemani secawan minuman panas atau sejuk. Apabila bertemu dengan produk pilihan, anda hanya perlu mengklik pada butang yang telah ditentukan, dan 'barang' tersebut akan masuk ke dalam 'troli maya' anda. Setelah berpuas hati dengan apa yang anda pilih, anda hanya perlu klik pada butang 'Check Out' untuk ke 'Kaunter Pembayaran'. Mudah bukan ? Tidak perlu bersesak di jalan raya, beratur di kaunter, menghauskan tayar kereta, menanggung kos petrol, atau pun terpaksa berebut-rebut dengan manusia lain untuk mendapatkan kenderaan awam.

Ada banyak pilihan dan jenama perisian untuk sistem Shopping Cart ini di luar sana. Anda boleh membinanya sendiri, atau pun mengupah orang lain untuk melakukannya. Namun hari ini saya lebih cenderung untuk memperkenalkan kepada sistem Shopping Cart yang disediakan oleh pehak Lot.my.

Apa itu LOT.MY ?


Lot.my adalah merupakan sebuah laman web yang menyediakan kemudahan 'Shopping Cart' dan Hosting sekaligus. Laman web yang telah mula beroperasi secara online sejak Januari, 2010 ini, telah dibangunkan oleh Aidan Technologies Sdn. Bhd. Ada beberapa sebab saya menyarankan anda menggunakan sistem ini. Sebab pertama ialah kerana pehak Lot.my memberikan pilihan kepada anda; sama ada membuka akaun secara percuma, atau pun memilih akaun Premium, keahlian berbayar. Saya telah menulis mengenai perniagaan internet tanpa modal di awal penulis ini tadi. Maka saya lebih menjurus untuk mengutamakan pilihan percuma untuk penulisan ini. Namun, jika anda mampu memulakan perniagaan dengan modal yang selesa, maka tiada halangan untuk anda membuka akau Premium. Namun anda tidak perlu khuatir. Anda juga sebenarnya masih boleh menaiktarafkan akaun anda dari status percuma kepada Premium jika perniagaan anda sudah berkembang dengan baik nanti.


Sebab kedua saya menyarankan Lot.My ialah keranan sistemnya yang sangat mudah untuk dikendalikan. Jika anda mempelajari atau mengkajinya secara serius, selewat-lewatnya dalam tempoh satu hari sahaja anda sudah boleh mengendalikan ke semua fungsi-fungsi yang telah disediakan oleh Lot.my. Jika anda masih kurang faham, usah risau, kerana boleh membuat pertanyaan terus melalui emel, atau melalui ruangan forum di Facebook. Ini adalah lagi satu kelebihan jika anda berurusan dengan Lot.my. Anda boleh membuat pilihan sama ada mahu menggunakan Bahasa Melayu, atau pun Bahasa Inggeris apabila berhubung dengan meja bantuan Lot.my. Ini kerana Lot.my dibangunkan oleh anak tempatan Malaysia. Oleh itu jika anda mempunyai sebarang masalah atau kemusykilan, anda boleh memohon bantuan dari pehak Lot.my dengan bahasa yang mudah anda fahami.

Segala ciri-ciri yang ada pada jenama software untuk sistem Shopping Cart hampir terkandung di dalam Lot.my. Anda juga tidak perlu mencari penyedia hosting untuk kedai online anda, kerana dengan menggunakan khidmat Lot.my, anda seolah-loh membeli pakej 'semua dalam satu'. Antara ciri-ciri menarik yang ingin saya utarakan di sini ialah kita boleh menatacarakan 'kos penghantaran'. Jika anda mempunyai pelbagai produk yang berbilang saiz dan berat, tentunya akan memeningkan kepala untuk menentukan kos penghantarannya. Selain itu, kita juga mempunyai kadar bayaran pos yang berbeza di antara wilayah Semenanjung dan Borneo. Dengan membuat setting di 'weight based shipping', anda boleh menetapkan kadar kos penghantaran walau berapa pun beratnya. Selain itu, anda juga masih boleh meletakkan kos penghantaran secara 'flat rates', atau pun 'per item'. Terpulanglah kepada kehendak anda sendiri. Cukuplah sekadar itu, satu contoh kemudahan kedai online yang boleh anda manfaatkan. Yang selainnya itu, anda boleh menjelajahnya secara kendiri di Lot.my.

Kedai online Lot.my tidak sekadar membenarkan anda menjual produk fizikal semata. Anda juga boleh menjual produk-produk yang bersifat digital. Menariknya di sini, anda tidak perlu menggunakan hosting lain untuk meletakkan produk digital tersebut. Pehak Lot.my turut menyediakan ruang untuk anda menguploadkan produk-produk digital anda itu. Dan pelanggan boleh terus sahaja memuatturun produk tersebut melalui ruangan download di akaun mereka sebaik sahaja anda menetapkan urusniaga anda dengan pelanggan anda itu pada status 'Completed'. Begitu mudah bukan ? Berapa banyak pun produk digital yang anda ada, anda boleh menyenaraikannya di kedai online ini

Anda mungkin tertanya-tanya kenapa atau bagaimana saya boleh menulis semua ini dengan rasa begitu yakin sekali ? Jawapan kepada pertanyaan itu ialah, saya juga adalah pengguna kedai online Lot.my ini. Saya bukanlah seorang pengulas atau penganalisa profesional. Apa yang saya tulis bukanlah sekadar pengalaman memandu uji sistem ini di ruangan Demo. Apa yang saya kongsikan di sini adalah pengalaman peribadi menggunakan kedai online Lot.my sepanjang hampir setahun yang lalu. Jika anda mengikuti perkembangan blog ini, anda mungkin sudah pun membaca pos yang berkenaan dengan pembukaan kedai online kami (KEDAISIBERNEKA) di Lot.my.



Dengan Lot.my, anda tidak perlu lagi memikirkan soal pembinaan website. Sama ada dari sudut kewangan mahu pun pengetahuan teknikalnya. "Create your store in 5 minutes", begitulah kata-kata yang boleh anda baca di laman web Lot.my. Ya! Memang semudah itu. Apa yang perlu anda fikirkan kini ialah bagaimana mendapatkan produk-produk yang mempunyai permintaan baik dan luar biasa. Jika sudah ada, bererti anda sudah pun menghampiri langkah untuk bergelar Usahawan Internet. Keahlian Percuma di Lot.my sudah pastinya tidak menawarkan ruang dan kepelbagaian kemudahan seperti Keahlian Premium. Namun sekurang-kurangnya, ianya adalah langkah pertama anda untuk seribu langkah seterusnya...

JOM BERNIAGA DI INTERNET BERSAMA LOT.MY !


Ahad, 13 Mac 2011

MENGAPA RAMAI PELAJAR CEMERLANG GAGAL MENGIKUTI KURSUS KERJAYA SELEPAS SPM ?


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai satu topik, dimana mungkin membuatkan adik-adik kita lepasan SPM 2010 khususnya tertanya-tanya; kenapa begitu ramai pelajar cemerlang GAGAL untuk mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM ?

Begitulah persoalan yang mungkin sedang menjadi kemusykilan kepada anda. Berikut adalah senarai 20 aspek mengapa kebanyakan lepasan SPM kita sering gagal :

  • Ramai pelajar yang akur dan patuh dengan kehendak ibubapa.

  • Ramai pelajar salah pilih kursus yang tepat danbersesuaian.

  • Ramai pelajar yang tiada minat yang mendalam tentang sesuatu kursus.

  • Ramai pelajar yang kurang mendapat pendedahan tentang kerjaya selepas SPM.

  • Ramai pelajar gagl temuduga kerana tiada persiapan awal.

  • Ramai pelajar belum pernah menghadiri bengkel atau tiada pengalaman dalam ceramah kerjaya selepas SPM.

  • Ramai pelajar tidak faham tentang pernyataan hasrat kerjaya selepas SPM

  • Ramai pelajar dan guru serta ibu bapa tidak faham tentang meritokrasi.

  • Banyak pihak pandang sambil lewa sewaktu memilih kursus.

  • Kurang pendedahan tentang syarat kemasukan Universiti.

  • Ramai pelajar bincang sesama mereka yang tidak tahu apa-apa.

  • Guru-guru kerjaya masih tidak faham dan tidak cekap dalam menjelaskan aspek kerjaya selepas SPM.

  • Ramai pelajar yang berpandukan syarat minima dalam pemilihan.

  • Ramai pelajar yang pilih kursus tidak mengikut apa yang mereka minati.

  • Semua perlu ingat! Kalau gagal dapat tempat kerjaya atau kursus. Rugi 1 tahun.

  • Ramai pelajar yang degil!! Tidak mahu mendengar pandangan orang lain.

  • Ramai pelajar pilih "U" yang ternama dan hebat sahaja.

  • Ramai pelajar tidak mahu pilih Universiti yang jauh-jauh.

  • Ramai pelajar yang dibimbing oleh kakak dan abang yang tidak tahu. Ramai pelajar lebih rendah ikut pelajar lebih tinggi.

Itu adalah beberapa penyebab kegagalan anda dalam mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM. Insyaallah jika perkara di atas dielak dan sentiasa bermuhasabah diri, anda terutamanya pelajar lepasan SPM akan berjaya!

Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini ? Dapatkan rujukannya di LepasanSPM.com