Rabu, 17 Disember 2008

PROMOSI AKHIR TAHUN DARI MASTERELOAD!

Saya telah menulis kira-kira 8 tajuk pos dalam siri Selangkah Ke Alam Perkahwinan sebelum ini. Mudah-mudahan ianya telah membantu anda dalam mendapatkan maklumat mengenai perkara yang berkaitan. Mulai hari ini, penulisan di dalam siri tersebut saya tangguhkan buat sementara waktu, untuk memberi ruang kepada perkembangan produk-produk, dan peluang-peluang yang lain pula.

Khusus kepada anda yang ingin mencari pendapatan tambahan, perniagaan prepaid secara sms dan online Mastereload sedang membuat promosi hujung tahunnya. Promosi ini terbahagi kepada dua :

Promosi Pertama : Promosi Pendaftaran RM15.00.

Untuk mendaftar menjadi ahli diluar tempoh promosi terdapat dua pakej, iaitu RM58 dan RM88. Untuk kedua-dua pakej ini anda perlu membayar kepada pehak syarikat sebanyak RM42.00 sebagai Yuran pengurusan, manakala selebihnya akan dipulangkan kembali kepada anda sebagai Modal Permulaan. Ini bermakna, dengan menyertai Mastereload di dalam waktu promosi ini, anda telah berjimat sebanyak RM27.00 (RM42.00 – RM15.00 = RM27.00). Walau bagaimana pun, anda tidak akan mendapat sebarang Modal Permulaan untuk pakej promosi ini.

Promosi Kedua : Web Replika Untuk Promosi Online percuma !

Website replika ini dinamakan WebME4u.com. Ianya dibangunkan oleh pehak Mastereload sendiri untuk membantu ahli-ahli Mastereload mencari/menambah ahli/downline secara online. Yang menariknya, WebME4u sendiri turut menawarkan pendapatan sampingan secara berasingan dengan Masterelod.com. Ini bermakna, melalui Mastereload anda boleh buat duit, dengan WebME4u pun anda boleh menjana pendapatan.

Melalui WebME4u, anda akan diberi insentif penajaan sebanyak 50 sen bagi setiap referral, sehingga ke level 2. Mulai level 3 hingga 10 pula, insentif penajaan menjadi semakin menarik iaitu sebanyak RM1.00 untuk setiap ahli yang mendaftar di dalam organisasi anda. Sebagai motivasi untuk anda; jika setiap level anda mempunyai 5 orang ahli, sehingga ke level 9, anda berpeluang untuk menjana sehingga RM1,953,125.00. Walau bagaimana pun, itu hanyalah teori di atas kertas sahaja. Tetapi tidak juga mustahil untuk menjadi kenyataan. Segalanya bergantung kepada daya usaha anda sendiri.

WebME4u kini diberikan secara percuma untuk tempoh bulan Disember ini sahaja. (Didalam tempoh promosi percuma ini, insentif penajaan tidak diberikan kepada anda !). Selepas ini nanti, ianya dijual pada harga RM16.00 (seumur hidup) untuk kos pengurusan. Ini bermakna untuk kedua-dua promosi di atas, anda telah berjimat sebanyak RM43.00. Oleh itu, janganlah disia-siakan peluang yang menarik ini. Sila klik pada url berikut untuk melihat replika WebME4u tersebut :

http://www.WebME4u.com/DARMAKIFAYAH
http://www.WebME4u.com/ROZITA

Untuk mendaftar, sila klik pada button SIGN UP NOW yang berada di bahagian bawah halaman utama WebME4u.com. Anda akan di bawa ke borang pendaftaran online.

Kepada anda yang sudah sedia menjadi ahli Mastereload, anda juga boleh mendaftar menjadi ahli WebME4u. Pastikan anda mengisi nombor HP yang sama dengan HP perniagaan Mastereload anda di dalam ruangan yang ditetapkan. Selain dari menerima satu web replika percuma untuk promosi online, tiada apa yang akan berubah. Sebaliknya ruang dan peluang untuk anda menambah ahli akan semakin terbuka luas.

Cepat ! Rebut segera peluang ini sementara ianya masih percuma !

Khamis, 11 Disember 2008

JEMPUTAN CARA SMS ?

Anda pernah menerima jemputan kenduri melalui sms ? Atau jemputan untuk acara lainnya seperti rumah terbuka hari raya, sambutan hari jadi atau kenduri arwah ? Ianya sudah pasti dari kawan terdekat, saudara-mara atau lain-lain orang yang anda kenali. Apakah perasaan anda ketika menerima jemputan itu ? Merasa kecil hati atau tersinggung kerana mereka tidak menjemput anda secara lisan ?

Saya rasa anda tidak akan bersikap begitu. Ianya seakan sudah diterima pakai sebagai suatu budaya zaman kini. Kehidupan yang pantas dan mengejar masa. Kita tidak lagi mampu melakukan seperti orang di zaman dahulu, menjemput dari rumah ke rumah, sedangkan sasaran yang ingin kita jemput itu mungkin tinggal berserakan di mana-mana.

Anda mungkin merasakan bahawa menghantar jemputan melalui kad jemputan adalah cara yang terbaik dan lebih bersopan, namun penggunaan sms juga boleh dijadikan sebagai pilihan untuk menghantar peringatan kepada orang yang sudah dijemput, terutama kepada orang-orang yang sangat diharapkan kehadirannya, agar tidak lupa akan tarikh majlis perkahwinan anda itu. Kad jemputan mungkin boleh dihantar sebulan lebih awal, agar ianya dapat sampai ke destinasinya pada waktu yang diharapkan. Sementara peringatan melalui sms pula dihantar beberapa itu sebelum tarikh perkahwinan anda itu. Ini juga dapat membantu kalau-kalau kad jemputan yang dihantar tidak sampai pada penerimanya.

Kini kaedah menghantar sms tidak hanya sekadar melalui alat handphone semata-mata. Dengan teknologi semasa, sms boleh dihantar melalui komputer dan medium internet. Kalau dahulu, kemudahan seumpama ini hanya boleh dimiliki oleh syarikat-syarikat besar, tapi kini tidak lagi. Kemudahan seumpama ini sudah boleh digunakan oleh individu-individu pada kadar yang sangat berpatutan.

Ada beberapa kebaikannya menggunakan sms melalui internet ini :

1. Bagi orang yang malas hendak menggodek butang HP seperti saya ini, menggunakan satu jari, terpaksa menaip butang yang berkongsi tiga huruf, ianya adalah sesuatu yang melecehkan. Tetapi menghantar sms melalui internet menggunakan papan kekunci dimana urusan menaip akan menjadi lebih cepat, walau pun saya sendiri tidak mampu menggunakan sepuluh jari.

2. Sms melalui internet boleh dihantar pada skala yang lebih besar, dimana ianya mampu menyimpan nombor-nombor HP yang lebih banyak.

3. Khidmat sms melalui internet juga menyediakan kemudahan untuk menggunakan ‘sender ID’ sendiri, dimana anda boleh menggunakan nama-nama pilihan anda sebagai identiti penghantar. Anda mungkin pernah menerima sms yang tidak memaparkan nombor HP sebagai penghantar, sebaliknya nama syarikat atau jenama produk bukan ? Kini anda boleh melakukannya untuk diri anda sendiri.

Itu hanyalah beberapa kelebihan yang dapat saya nyatakan di sini menurut rasional saya sendiri. Ada banyak lagi ciri-ciri yang menarik yang ditawarkan. Ianya bergantung kepada syarikat yang membekalkan perkhidmatan serta harga yang anda mampu bayar.

Jika anda berhajat untuk menggunakan kaedah sms secara internet ini, JOMSMS.NET sedang menawarkan pakej yang menarik untuk anda. Saya katakan ianya menarik kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan berbaloi. Ini diakui sendiri oleh mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan seumpama ini sebelum ini, dan membuat perbandingan.

Penggunaan perkhidmatan sms secara pukal ini tentulah tidak terhad untuk jemputan perkahwinan seperti yang telah saya nyatakan tadi. Jika anda adalah leader kepada kumpulan Pemasaran Pelbagai Aras (MLM), jika anda adalah pengerusi atau setiausaha kepada sesuatu kelab, pertubuhan, persatuan, masjid atau seumpamanya, anda boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar sebarang hebahan, jemputan dan sebagainya, kepada khalayak anda. Dan jika anda seorang ahli perniagaan, mungkin perkhidmatan ini boleh membantu mengembangkan lagi perniagaan anda sebagai satu medium promosi yang berkesan. Segalanya terletak kepada kreativiti anda sendiri.

Sekiranya anda berminat dengan produk ini, jom ke JOMSMS.NET untuk mendapatkan maklumat lanjut...


Rabu, 3 Disember 2008

KAD JEMPUTAN DIY ?

Penulisan saya hari ini masih lagi di dalam tema ‘Selangkah Ke Alam Perkahwinan. Namun hari ini saya ingin kembali ke proses pra perkahwinan semula. Di dalam proses merancang majlis perkahwinan anda. Ini kerana, saya baru sahaja menemui satu produk yang mungkin menarik minat anda.

Menggunakan kad jemputan sebagai medium pengundang tetamu ke majlis perkahwinan seperti sudah pun menjadi kebiasaan kepada kita. Sejak bila budaya ini bermula, tidaklah saya ketahui. Walau pun proses menjemput secara lisan sama ada secara bersemuka atau sekadar melalui telefon dirasakan lebih wajar, tidaklah pula ada pehak yang membantah akan penggunaan kad jemputan ini. Struktur masyarakat sudah berubah. Yang hendak dijemput tidak lagi sekadar saudara mara atau sekadar jiran yang tinggal sekampung. Saiz keluarga juga sudah membesar, dan berselerak di seluruh negara, bahkan mungkin juga sepelusuk alam. Maka itu, penggunaan kad jemputan dirasakan sangat relevan dengan suasana semasa.

Kad jemputan kahwin kini telah hadir dengan pelbagai rupa dan kadangkala melambangkan betapa prestijnya majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Namun tidak semua orang mampu menyediakan kad jemputan yang bergaya. Lagi pula tidak semua orang berfikiran dan bersikap ingin berlumba-lumba di dalam mengadakan majlis perkahwinan yang hebat dan gah di mata masyarakat. Bukan itu ukurannya kepada kebahagiaan sesebuah rumahtangga.

Kepada anda yang mempunyai bajet yang kecil dan tidak mahu berhutang hanya untuk majlis perkahwinan, atau kepada anda yang inginkan kesederhanaan walaupun anda mampu berbelanja lebih, ini ada kaedah mudah dan pilihan yang dirasakan bijak untuk anda !

Pakej Easy Kad Kahwin mungkin solusi yang terbaik untuk ikhtiar anda ! Pakej ini mengandungi himpunan yang lengkap dengan rekabentuk yang eksklusif, kata-kata indah dan doa-doa yang berkaitan. Koleksi rekabentuk di dalam pakej ini disediakan dalam format PSD dan AI, dimana anda boleh merubah kembali design yang sedia ada kepada design yang anda suka mengikut citarasa anda sendiri. Ini bermakna, dengan kreativiti anda, anda boleh menjadikan design kad kahwin anda lain dari yang lain.

Selain daripada itu, pemilik produk ini, saudara Ridzuan Jamal, turut menyediakan panduan bagaimana boleh berjimat dengan menyediakan kad kahwin sehingga serendah 10 sen kosnya untuk sekeping kad kahwin.

Kepada anda yang ingin berjimat, mungkin ini pilihan yang terbaik buat anda. Berjimat bukanlah bermakna anda kedekut. Berjimat juga bukan bermaksud anda miskin. Tetapi berjimat menunjukkan anda seorang yang berhemat dan bersyukur !

Jumaat, 28 November 2008

EBOOK SENSASI : PANCUTKAN ISTERI ?

Di dalam pos yang lalu, saya telah mengkongsikan dengan anda beberapa produk yang berkaitan dengan aktiviti hubungan intim di antara suami isteri. Ianya hanyalah untuk mereka yang memerlukannya sahaja. Samada mereka yang mempunyai masalah dalam hal tersebut, atau pun kepada anda yang berhajat untuk menambahnilai kepada ‘keupayaan’ diri anda.

Hari ini saya ingin berkongsi satu produk lagi. Kali ini bukanlah berbentuk bahan ransangan yang bersifat fizikal. Ia lebih kepada pengetahuan. Saya sering menyatakan di blog ini, dan anda pasti bersetuju mengenainya, bahawa apa pun pekerjaan yang ingin kita lakukan, hasilnya akan pasti lebih cemerlang jika kita melakukannya di dalam keadaan yang berilmu. Ini tidak terkecuali di dalam hal hubungan asmara atau atau sanggama.

Oleh itu untuk kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda sebuah ebook yang menyorot mengenai perkara tersebut. Ebook tersebut berjudul ‘Pancutkan Isteri’. Melihat kepada judulnya sahaja, saya sendiri telah berfikir beberapa kali untuk menyiarkannya di sini. Saya khuatir ada di kalangan anda yang merasa tersinggung dengan maksud judulnya yang sangat berterus terang.

Walau bagaimana pun, saya merasakan di dalam membicarakan soal hubungan mesra suami isteri ini, memang kita tidak dapat lari untuk bersikap berterus terang. Cumanya, jika di dalam keadaan dan suasana yang terbuka, maka kita haruslah menggunakan bahasa yang sedikit bersopan. Namun, jika anda membaca maklumat yang diberikan di laman web penulis ini, tidaklah keterlaluan sangat. Begitu juga bahasa yang digunakan di dalam ebook tersebut. Cuma judulnya sahaja yang agak sensasi bunyinya. Mungkin salah satu dari strategi perniagaan beliau agaknya!.

Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai kandungan ebook ini. Lagi pula saya bukanlah pakar mengenainya. Jika anda berminat, sila dapatkan maklumat lanjut langsung dari laman web penulisnya : PancutkanIsteri.com

Ebook ini khabarnya, telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Mungkinkah ianya ebook berbahasa Melayu yang paling laris di Malaysia untuk tahun 2008 ini ?

Jika anda ingin menambah ilmu, dan jika anda inginkan kelainan yang ketara dari malam-malam yang sebelumnya, dapatkanlah segera ebook ini ! Mudah-mudahan kasih sayang anda suami-isteri semakin erat...


Ahad, 23 November 2008

MANTAPKAN PERSEDIAAN BATIN ANDA !

Saya telah menulis dan berkongsi maklumat dengan anda dengan pelbagai bentuk persediaan kepada yang bakal mendirikan rumahtangga. Sebenarnya tidaklah terkecuali kepada anda yang sudah pun berumahtangga. Ini kerana, ada di antara produk-produk yang saya perkenalkan di sini masih lagi relevan untuk anda yang sudah pun berumahtangga.

Setiap orang yang mendirikan rumahtangga itu, berkemungkinan dengan niat dan tujuan yang berbeza. Ada orang yang berkahwin bertujuan untuk mencari ketenangan hidup, memantapkan ibadah, mengejar keredhaan Allah, dan mencontohi sunnah Rasulullah. Ada pula yang berkahwin untuk menyempurnakan perasaan cinta, kasih dan sayang pada pasangan kekasihnya. Tidak kurang juga ada yang berkahwin untuk tujuan melampiaskan dorongan syahwatnya.

Semua sebab di atas adalah sebab yang wajar untuk seseorang itu berumahtangga. Namun, adalah lebih beruntung menyatukan kesemua tujuan tersebut untuk menjadikan kehidupan kita lebih sempurna.

Perkahwinan di atas tujuan untuk menyempurnakan kehendak nafsu syahwat mungkin boleh dianggap sebagai sebab yang sangat sempit. Namun ianya adalah lebih baik dari melakukannya diluar kehendak agama. Aktiviti seksual sesama suami isteri adalah merupakan rahmat dan nikmat kurniaan Allah ke atas hambanya. Ianya mampu menjadi pengerat kasih sayang di antara suami dan isteri. Oleh itu, janganlah dikesampingkan, atau diremehkan keperluan ini. Akan tetapi, saya pasti, tidak ada pasangan suami isteri yang mengenepikan perkara ini. Jika ada orang yang sanggup berzina untuk menikmati kesedapan yang amat abstrak ini, kenapa pula kita yang sudah pun berada pada landasan yang halal ?

Apa yang menjadi persoalan, mungkinkah aktiviti seksualiti anda bersama pasangan anda sudah mencapai tahap kualiti yang tertinggi ? Atau, sekadar ‘melepaskan batuk ditangga’ sahaja ? Kata pepatah; ‘menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan’. Melakukan sesuatu itu, biarlah dengan bersungguh-sungguh, dan kita akan mendapat kepuasan yang maksima dari apa yang kita kerjakan.

Atas tujuan itu, bersama-sama tulisan saya pada pos kali ini saya ada menyelitkan beberapa produk yang mungkin boleh membantu menyempurnakan keperluan anda. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai produk-produk tersebut. Anda sendirilah yang membuat penilaian dan keputusan. Klik sahaja pada imej produk, dan anda akan di bawa ke laman web yang berkaitan.

Ahad, 16 November 2008

HADIAH ISTIMEWA BUAT SANG ISTERI...

Telah menjadi satu kelaziman di dalam musim kenduri perkahwinan, ialah amalan saling memberi hadiah di antara satu sama lain. Para tetamu datang dengan hadiah yang pelbagai rupa, atau sekurang-kurangnya dengan unjukan sejumlah wang, sebagai meraikan kegembiraan tuan rumah. Sementara tuan rumah pula, tidak akan membiarkan para undangannya pulang dengan tangan kosong. Sedikit sebanyak, akan dibekalkan dengan bunga telur, atau cenderamata lainnya sebagai tanda kenangan untuk dibawa pulang.

Begitu juga halnya dari pihak kedua belah pengantin. Istilah yang selalu didengar untuk pemberian seumpama ini dinamakan sebagai ‘hantaran’. Diantara perkara yang menjadi kelaziman sebagai isian dulang hantaran itu ialah persalinan pakaian, barangan kemas, atau pun makanan.

Kenapa tidak, didalam mencari kelainan, dan didalam menyatakan perasaan kasih dan sayang kepada bakal isteri, kita keluar sedikit dari kebiasaan itu. Kasih sayang tidak seharusnya diukur dengan nilai kebendaan semata-mata. Ketenteraman rohani, adalah asas yang lebih kukuh di dalam memastikan kebahagian rumahtangga. Dan didalam mencapai keteguhan rohani itu, ibadah yang sempurna adalah akarnya. Sementara ibadah yang sempurna pula memerlukan ilmu yang secukupnya.

Buku “Hadiah Buat Muslimah : Panduan Asas Fiqah Wanita” mungkin hadiah atau ‘hantaran’ yang terbaik buat bakal isteri anda, disamping barang-barang hantaran yang sedia ada. Jika anda secara peribadi mengakui hakikat diri, bahawa anda tidak mampu membimbing bakal isteri anda, walau pun sekadar di dalam perkara-perkara asas ibadah harian, maka mengapa tidak menjadikan buku ini sebagai hadiah pertama buat bakal isteri anda.

Buku ini disusun oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, seorang pendakwah bebas yang terkemuka, serta dibantu oleh Ida Ezyani Othman. Ianya mengandungi sebanyak 11 bab semuanya, yang mencakupi : Islam dan Wanita, Wanita dan Bersuci, Wanita dan Solat, Wanita dan Puasa, Wanita dan Zakat, Wanita dan Haji, Wanita dan Perkahwinan, Wanita dan Pergaulan, Wanita dan Perhiasan, Wanita dan Kewajipan Dalam Islam, dan Perbezaan Wanita Islam dan Agama Lain.

Jika dilihat pada judul-judul bab di atas, ianya sudah amat mencukupi sebagai keperluan asas (fardhu ain) untuk melakukan ibadah bagi seseorang muslimah. Buku ini amat sesuai untuk semua peringkat umur, dan tidak mengira apa pun status anda, sama ada anda seorang remaja, isteri, ibu, mahu pun nenek. Ianya juga sesuai untuk dijadikan sebagai teman setia untuk dibawa kemana-mana, sepanjang perjalanan, dan di sepanjang kehidupan.

Kepada anda yang berminat untuk memiliki buku ini, ianya boleh didapati di kedai-kedai buku terkemuka, atau untuk lebih mudah, pesan sahaja secara online di AdikBijak.com

Isnin, 10 November 2008

CENDERAMATA UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN


Telah menjadi resam kepada rakyat Malaysia, khususnya dari kalangan masyarakat Melayu, memberikan cenderamata sebagai buahtangan untuk dibawa pulang kepada tetamu yang hadir di majlis kenduri perkahwinan mereka. Bunga Telur adalah merupakan cenderamata yang sangat sinonim dengan majlis perkahwinan masyarakat Melayu.

Namun begitu, peredaran masa dan kreativiti manusia, serta keinginan untuk melihat majlis perkahwinan mereka dilihat lain dari yang lain, maka pemberian alangan ini telah dipelbagaikan. Maka timbullah pelbagai produk baru seperti bunga sabun, bunga lilin, ‘towel gift set’, kek cawan, dan seumpamanya. Pemberian-pemberian yang seumpama ini bukan sahaja menarik, malah ianya juga boleh digunakan kembali sebagai hiasan rumah, atau sebagai koleksi peribadi bagi mereka yang suka mengumpul barangan cenderamata.

Untuk pos kali ini, saya ingin memperkenalkan kepada anda satu lagi bentuk cenderamata yang tidak kurang menariknya iaitu dari produk tembikar. Ianya bukanlah sesuatu yang baru, kerana tembikar telah melalui sejarah yang panjang di negara kita ini. Namun fungsi dan keperluan kepada produk tembikar ini sudah pastinya berbeza jika dibandingkan di antara zaman dahulu dan kini.

Kepada anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk tembikar sebagai cenderamata perkahwinan, sila klik pada foto di bawah. Mudah-mudahan pemaparan ini akan memberikan anda lebih pilihan untuk anda membuat keputusan.



Produk-produk tembikar yang saya perkenalkan di sini adalah hasil usaha anak tempatan, khususnya dari kalangan usahawan desa. Ianya kini boleh didapati secara online melalui laman web Dunia Seramik.

Selain dari memberi kelainan kepada majlis perkahwinan anda, adalah diharapkan juga mudah-mudahan, pemilihan anda kepada produk ini akan dapat membantu memajukan lagi industri desa negara kita.