- Kaji pasaran terlebih dahulu sebelum menjual. Ramai yang tersilap mencari barangan atau produk dahulu sebelum tahu permintaan pasaran. Akibatnya barang yang dijual tidak mampu menghasilkan jualan. Anda kena tahu apa permintaan yang tinggi di pasaran dari masa ke masa kerana ianya akan berubah setiap masa.
- Cari dropshipper yang membekalkan barangan yang mempunyai permintaan di pasaran. Terdapat pelbagai perkhidmatan dropship di internet. Dan kebanyakannya pula tertumpu kepada satu kategori barang sahaja. Contohnya, ada dropshipper yang cuma menjual barangan elektronik sahaja. Ada pula yang hanya menjual barangan pakaian sahaja. Oleh itu, anda kena bijak memilih dropshipper yang berkaitan dengan produk yang anda cari.
- Tentukan berapa peratuskah keuntungan yang ingin anda sasarkan. Kemudian lihat harga jualan runcit untuk produk yang nak dijual. Jangan lupa juga untuk meninjau harga yang dijual oleh pesaing anda. Kemudian, setelah ditentukan harga yang nak dijual, pastikan ianya memberi keuntungan yang sewajarnya. Jangan hanya balik modal atau keuntungan yang sedikit sahaja. Nanti tidak berbaloi pula dengan kos promosi yang anda lakukan.
- Gunakan platform jualan untuk mula menghasilkan jualan. Terdapat pelbagai platform yang boleh digunakan untuk membuat jualan. Antaranya laman sosial, blog, atau laman lelongan seperti eBay, Lelong serta Mudah.my. Jika anda sudah memiliki web e-dagang sendiri, adalah lebih baik. Anda cuma perlu tambahkan sahaja rangkaian produk tersebut ke dalamnya.
Isnin, 28 Mac 2011
BERNIAGA INTERNET TANPA MODAL ?
Isnin, 14 Mac 2011
JOM BERNIAGA DI KEDAI ONLINE !
Lot.my adalah merupakan sebuah laman web yang menyediakan kemudahan 'Shopping Cart' dan Hosting sekaligus. Laman web yang telah mula beroperasi secara online sejak Januari, 2010 ini, telah dibangunkan oleh Aidan Technologies Sdn. Bhd. Ada beberapa sebab saya menyarankan anda menggunakan sistem ini. Sebab pertama ialah kerana pehak Lot.my memberikan pilihan kepada anda; sama ada membuka akaun secara percuma, atau pun memilih akaun Premium, keahlian berbayar. Saya telah menulis mengenai perniagaan internet tanpa modal di awal penulis ini tadi. Maka saya lebih menjurus untuk mengutamakan pilihan percuma untuk penulisan ini. Namun, jika anda mampu memulakan perniagaan dengan modal yang selesa, maka tiada halangan untuk anda membuka akau Premium. Namun anda tidak perlu khuatir. Anda juga sebenarnya masih boleh menaiktarafkan akaun anda dari status percuma kepada Premium jika perniagaan anda sudah berkembang dengan baik nanti.
JOM BERNIAGA DI INTERNET BERSAMA LOT.MY !
Ahad, 13 Mac 2011
MENGAPA RAMAI PELAJAR CEMERLANG GAGAL MENGIKUTI KURSUS KERJAYA SELEPAS SPM ?
- Ramai pelajar yang akur dan patuh dengan kehendak ibubapa.
- Ramai pelajar salah pilih kursus yang tepat danbersesuaian.
- Ramai pelajar yang tiada minat yang mendalam tentang sesuatu kursus.
- Ramai pelajar yang kurang mendapat pendedahan tentang kerjaya selepas SPM.
- Ramai pelajar gagl temuduga kerana tiada persiapan awal.
- Ramai pelajar belum pernah menghadiri bengkel atau tiada pengalaman dalam ceramah kerjaya selepas SPM.
- Ramai pelajar tidak faham tentang pernyataan hasrat kerjaya selepas SPM
- Ramai pelajar dan guru serta ibu bapa tidak faham tentang meritokrasi.
- Banyak pihak pandang sambil lewa sewaktu memilih kursus.
- Kurang pendedahan tentang syarat kemasukan Universiti.
- Ramai pelajar bincang sesama mereka yang tidak tahu apa-apa.
- Guru-guru kerjaya masih tidak faham dan tidak cekap dalam menjelaskan aspek kerjaya selepas SPM.
- Ramai pelajar yang berpandukan syarat minima dalam pemilihan.
- Ramai pelajar yang pilih kursus tidak mengikut apa yang mereka minati.
- Semua perlu ingat! Kalau gagal dapat tempat kerjaya atau kursus. Rugi 1 tahun.
- Ramai pelajar yang degil!! Tidak mahu mendengar pandangan orang lain.
- Ramai pelajar pilih "U" yang ternama dan hebat sahaja.
- Ramai pelajar tidak mahu pilih Universiti yang jauh-jauh.
- Ramai pelajar yang dibimbing oleh kakak dan abang yang tidak tahu. Ramai pelajar lebih rendah ikut pelajar lebih tinggi.
Itu adalah beberapa penyebab kegagalan anda dalam mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM. Insyaallah jika perkara di atas dielak dan sentiasa bermuhasabah diri, anda terutamanya pelajar lepasan SPM akan berjaya!
Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini ? Dapatkan rujukannya di LepasanSPM.com