Saya pernah memperkenalkan kepada anda ebook rujukan untuk membina laman web jualan sebelum ini. Panduan-panduan tersebut ialah ‘Pakej Web Jualan Evolusi’ dan juga ‘Pakej Lengkap Perniagaan Internet’.
Kini telah lahir sebuah lagi ebook yang membicarakan khusus bagaimana untuk membina kedai online anda sendiri. Ebook ini dinamakan ‘Sistem Kedai Online dengan Zen Cart’. Ebook ini ditulis oleh saudara Sabri Hassan dari SaifulSham Consultants, seorang usahawan internet muda Malaysia yang sangat berjaya, serta telah banyak membantu melahirkan ramai usahawan internet Malaysia lainnya bersama rakan kongsi beliau Syazwan.
Apa itu Kedai Online ?
Kedai Online atau ‘Online Store’ ialah kedai yang menjual produk-produk fizikal dengan tema-tema tertentu seperti pakaian, buku, muzik, atau mencakupi kesemuanya sekali. Fungsi Kedai Online seakan sama sahaja dengan Kedai Offline sedia ada. Bezanya; anda memerlukan komputer dan talian internet untuk mengunjungi kedai online ini. Selain itu, anda mungkin tidak lagi perlu memikirkan soal kesesakan jalanraya dan kepayahan mencari tempat letak kereta.
Membeli belah secara online mungkin masih baru dan asing bagi rakyat Malaysia. Terdapat banyak keraguan di kalangan orang kita untuk berurusniaga secara online. Kekhuatiran kepada kemungkinan berlaku penipuan, atau mungkin juga kerana kejahilan dan ketidakyakinan kepada keupayaan internet sebagai media urusniaga. Namun keraguan tersebut semakin hari semakin terhakis mengikut perkembangan masa.
Amazon adalah merupakan satu nama besar dengan sejarahnya yang tersendiri yang menjalankan perniagaan menggunakan kaedah Kedai Online ini. Di samping itu, di Malaysia kita sendiri juga telah wujud kedai-kedai online secara tidak kita sedari. Book Cafe dan Adik Bijak adalah contoh ‘online store’ untuk buku-buku fizikal, sementara Chicwear pula mengkhusus untuk produk pakaian tidur wanita.
Untuk membina sebuah laman web kedai online secara upahan, kosnya adalah di antara RM800 sehinggalah ke puluhan ribu ringgit. Ianya bergantung kepada tahap keprofesionalan orang yang anda upah. Jika anda seorang peniaga besar dan berjiwa besar, soal wang mungkin bukanlah masalah besar. Namun kedai online juga boleh dimiliki oleh seorang individu, asalkan anda mempunyai sumber produk yang boleh dijual di internet.
Sebagai seorang individu, mengupah orang membina kedai online bukanlah langkah yang bijak. Apatah lagi jika anda langsung tidak tahu untuk mengendalikan laman jualan yang telah dibina itu. Sebagai contoh; bagaimana untuk menambah produk baru, atau mengeluarkan produk tidak diperlukan dari laman web anda?. Jika hal seumpama ini pun tidak mampu anda lakukan, maka tidak perlulah anda mengupah orang untuk membina laman kedai online anda. Ini kerana, seperti laman web jualan yang lain, kedai online perlu dikemaskinikan kandungannya dari masa ke semasa.
Ebook ‘Sistem Kedai Online ...’ telah memberikan alternatif kepada anda untuk membina laman kedai online sendiri dari mengupah orang. Kosnya juga akan merudum jauh lebih rendah dari menggunakan khidmat perunding.
‘Sistem Kedai Online ...’ tidak sekadar mengajar anda bagaimana untuk membina laman kedai online semata-mata, bahkan juga turut membimbing anda bagaimana untuk mengesani produk-produk yang berpotensi untuk dijual secara online, serta bagai mana untuk mendapatkan produk tersebut. Pendek kata, ebook ini akan membantu anda untuk menguruskan perniagaan kedai online itu secara keseluruhannya.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai ebook ‘Sistem Kedai Online ...’ ini terus dari Saudagar.com. Seperkara yang sangat menarik perhatian saya ialah tempoh jaminannya yang sangat panjang yang pernah saya ketahui, iaitu 1095 hari atau 3 tahun ! Satu tempoh yang sangat selesa untuk anda mempraktikkan segala ilmu yang dicurahkan lewat ebook ini. Mungkin, di penghujung tempoh jaminan tersebut, anda telah pun menjadi seorang usahawan internet yang berjaya !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan