Khamis, 24 Mei 2007

KESILAPAN USAHAWAN MUDA INTERNET.

Anda pasti bersetuju jika saya mengatakan; di dalam melayari bahtera kehidupan, kita pasti akan melakukan kesilapan. Kesilapan adalah sesuatu yang lumrah di dalam kehidupan seseorang. Darinya, kadangkala kita melalui proses kematangan. Namun begitu, jika kesilapan itu mampu dielakkan, tentunya perancangan yang telah kita lakukan itu penuh dengan kebijaksanaan. Diantara kaedah untuk mengelakkan kesilapan adalah dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan orang lain.

Maka begitulah juga halnya dengan Perniagaan Internet. Apakah wajar kita selaku newbie mengulangi kesilapan yang sama yang pernah dilalui oleh IM yang lebih senior daripada kita ? Proses ini sebenarnya adalah sesuatu yang membuang masa sahaja. Apatah lagi jika sekiranya mereka yang telah berpengalaman ini bersedia untuk berkongsi kesilapan itu dengan anda…

Saudara Hafiz Latib (aka Bitol) telah menyenaraikan 10 kesilapan yang telah dilakukan oleh beliau semenjak beliau melibatkan diri dengan Perniagaan Internet ini. Pengalaman beliau ini telah beliau himpunkan di dalam sebuah ebook yang diberikan judul : “Kesilapan Usahawan Muda Internet”. Ebook ini diedarkan secara PERCUMA sahaja. Maka adalah menjadi kesilapan yang berpanjangan jika anda tidak turut memilikinya.

Jadi, apa yang ditunggu lagi ! >>> DOWNLOAD SEGERA !!! <<<

Di samping itu, anda juga akan turut menerima 15 lagi “Kesilapan Usahawan Muda Internet” dari ‘otai-otai’ perniagaan internet Malaysia yang lainnya. Jom selami pengalaman mereka semua !

Tiada ulasan: