Salah satu ciri yang penting dan amat berkesan dalam membantu sesebuah laman web jualan yang berjaya ialah sistem Autorepondernya. Ianya menjadikan seolah-olah perniagaan anda seperti sebuah perniagaan yang besar, yang mempunyai sekumpulan pekerja yang sentiasa bersiap siaga untuk melayani sebarang keperluan pelanggan anda.
Sistem Autoresponder juga membolehkan perniagaan anda beroperasi selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu, walau pun ketika anda sedang tidur atau pun sedang pergi bercuti. Bayangkanlah betapa hebat dan canggihnya sesebuah perniagaan internet itu dengan bantuan Autoresponder.
Apa itu Autoresponder ?
Secara istilahnya, ianya bolehlah dipanggil sebagai "Tindakbalasan Automatik" di dalam bahasa kita. Ini adalah istilah yang saya tafsir sendiri. Tidak pasti apakah sudah ada istilah sebenar yang standard dari DBP.
Anda mungkin pernah mendaftarkan diri untuk mendapatkan ebook percuma atau melanggan newsletter dari sesebuah laman web. Sebaik sahaja anda mendaftar, serta merta anda akan menerima sepucuk emel, meminta anda mengesahkan alamat emel anda. Sebaik sahaja anda membuat pengesahan, anda akan menerima satu lagi emel memaklumkan bahawa pendaftaran anda telah diterima. Jika anda memohon ebook percuma, link untuk mendownload ebook tersebut turut disertakan di dalam emel tersebut. Dan jika sekiranya anda melanggan newsletter pula, anda akan menerima emel newsletter dalam kala-kala yang tertentu secara auto, tanpa penglibatan secara manual dari admin laman web tersebut.
Segala pengalaman anda yang di atas tadi, sebenarnya adalah merupakan pengalaman anda "dilayani" oleh ciri-ciri autoresponder yang mungkin tidak anda sedari. Jika anda membuat pembelian di internet untuk produk digital, dengan tools pembayaran yang auto seperti Paypal dan e-gold, anda mungkin dapat menerima produk yang anda beli secara serta merta tanpa pengetahuan penjual itu sendiri. Pelanggan juga akan merasa lebih selamat, kerana tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan jawapan, mahu pun produk yang mereka beli.
Selain daripada mempermudahkan urusniaga online anda, Autoresponder juga boleh membantu menambah atau mempertingkatkan pendapatan kita. Dengan menggunakan senarai pelanggan yang sedia ada, kita boleh mempromosikan produk-produk terbaru yang akan kita jual. Kita juga boleh memperkenalkan produk-produk melalui program affiliate yang kita sertai. Demikianlah, bagaimana dan betapa berfungsinya sistem autoresponder ini.
Terdapat beberapa pilihan untuk mendapatkan sistem autoresponder ini. Anda boleh membeli, menyewa, atau mendapatkannya secara percuma. Seperti biasa, yang percuma tentulah mempunyai banyak kelemahannya. Yang berbayar pun, belum tentu lagi baik, bergantung kepada jenamanya juga.
Di dalam ebooknya ; "Kesilapan Usahawan Muda Internet", saudara Hafiz Latib (aka Bitol) ada menceritakan pengalaman beliau menggunakan sistem Autoresponder ini. Daripada yang percuma, sehinggalah yang berbayar. Dan menurut beliau, Aweber adalah merupakan penyedia Autoresponder yang terbaik setakat ini.
Kepada anda yang ingin mencuba fungsi Autoresponder ini, bolehlah melakukannya dengan mengisi borang mailing list kami di blog ini, sekaligus menjadi ahli rakan online kami !. Anda akan menerima pelbagai koleksi ebook percuma yang bermanfaat sebagai pemberian istimewa dari kami. (Untuk maklumat lanjut sila klik di sini !) Anda juga berhak untuk ‘unsubscribe’ pada bila-bila masa sahaja...