Jumaat, 12 Januari 2007

MENJUAL PRODUK DI INTERNET

Di dalam tulisan yang lalu,saya ada menceritakan tentang peluang-peluang bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan melalui program affiliate. Pada kali ini pula, saya akan bentangkan pula bagaimana untuk memasarkan produk anda di internet.

Apakah mustahil untuk seseorang seperti anda (dan saya juga!) mempunyai produk sendiri seperti ebook untuk dijual diinternet ? Ianya adalah bergantung kepada kepercayaan anda kepada diri sendiri. Anda mungkin memiliki sesuatu kemahiran yang tidak ada pada orang lain, dan kemahiran anda itu sebenarnya amat tinggi nilainya di sisi orang lain. Cuba lihat kepada beberapa contoh 'produk' berikut :

1. BELAJAR BAHASA ARAB
2. TIPS HARTANAH
3. RAHSIA ROTI CANAI
4. SATAY DIY

Cuba anda klik pada setiap produk di atas. Setiap produk tersebut mempunyai laman webnya sendiri. Adakah anda menyangka bahawa ebook cara bagaimana untuk memahirkan diri dengan Bahasa Arab boleh dijual di internet sedangkan buku-buku sepertinya masih banyak dijual di pasaran biasa. Begitu juga cara-cara bagaimana membuat roti canai, yang boleh dipelajari terus dengan tukang buat roti canai, namun kaedah membuatnya masih boleh dijual di internet. Contoh produk di atas juga membuktikan bahawa tidak semestinya produk yang berasaskan perniagaan internet sahaja yang boleh dijual di internet.

Jika anda mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas di dalam bidang tertentu, namun tidak berupaya untuk menzahirkannya dalam bentuk tulisan ilmiah, anda sebenarnya masih boleh 'menjual'nya dengan menggunakan khidmat penulisan upahan. Ini bukan sesuatu yang salah. Fungsi penulis upahan tersebut hanyalah merealisasikan idea anda ke dalam bentuk tulisan. Seumpama seorang perekacipta atau pereka fesyen, yang melakarkan rekaan mereka di atas kertas, tetapi yang menyiapkan ciptaan mereka ke dalam bentuk fizikal adalah tukang-tukangnya.

Jika anda memang tidak mampu untuk menghasilkan produk digital sendiri, anda masih ada pilihan lagi. Kali ini dengan produk 'Master Resell Right' pula.

Apakah yang dikatakan 'Master Resell Right'?

Master Resell Right ialah hak untuk menjual semula produk yang telah kita beli. Produk yang dimaksudkan ini sudah tentulah yang bersifat 'harta intelek', seperti ebook, perisian atau seumpamanya. Setelah membeli produk dalam kategori ini, anda seterusnya diberi kebenaran/lesen untuk menjual semula produk tersebut dengan jumlah yang tidak terhad dan pada harga yang anda suka. Mudah bukan ? Untuk melihat contoh produk master resell right, sila kunjungi : MASTER-RESELL.COM

Tiada ulasan: